Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu believes that there should not be any leniency.”They are responsible. We have faced many problems because of them,” he said after visiting the site where a mudslide along the North-South Expressway occurred last week. When told that Perangsang International was linked to the Selangor State Government, he said: “We do not care if they are linked to somebody. In fact, those who are linked to a State should be more responsible.” Perhaps complicating any attempt to get back any compensation is the fact that the company linked to the Selangor State Government has been sold to a RM2 company. The building originally cost RM167 million and was to have been completed in 1997.- P. Chandra Sagaran (NST)
Arkib Harian: Oktober 23, 2004
Tabur Syiling : Taktik Peragut Umpan Peniaga
KUALA LUMPUR 23 Okt (Harian Metro): Kumpulan ‘Geng Syiling’ yang menggunakan taktik menaburkan duit syiling ke kaki mangsa sebelum meragut mereka, mengganas kembali apabila menjadikan seorang ahli perniagaan sebagai sasaran terbaru. Dalam kejadian Isnin lalu, seorang peniaga berusia 44 tahun kehilangan RM4,800 selepas diperdaya kumpulan itu berhampiran Stesen KL Monorail, Jalan Hang Tuah, di sini.
Jurucakap polis Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa sedang menunggu kedatangan monorail sebelum dihampiri seorang lelaki yang tidak dikenali.Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian sengaja menjatuhkan beberapa keping syiling ke kaki mangsa dan berpura-pura mengutipnya secara tergesa-gesa bagi mengelirukan mangsa.“Mangsa kemudian terkejut apabila mendapati wang tunai RM4,800 yang diletakkan dalam poket seluar dilarikan seorang lagi lelaki.“Kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri dengan masuk ke dalam satu gerabak monorail yang kebetulan tiba di stesen itu,” katanya.
Difahamkan wang tunai itu baru sahaja dikeluarkan mangsa dari bank untuk membayar ansuran kereta.“Mangsa yakin kes seluk saku itu dilakukan tiga hingga empat lelaki yang mengekorinya dari bank,” katanya yang yakin jenayah terbabit dilakukan penjenayah profesional warga Filipina berdasarkan beberapa tangkapan sebelum ini.Kumpulan penjenayah berkenaan yang bergerak di kawasan tumpuan awam dikatakan turut menjadikan pelancong asing di ibu negara sebagai sasaran utama.
Dalam kejadian berasingan 21 Ogos lalu, Jurucakap itu berkata, seorang ahli perniagaan dari Qatar kerugian lebih AS$10,000 (RM38,000) selepas menjadi mangsa kumpulan terbabit.Dalam kejadian jam 1 petang, mangsa berusia 38 tahun menaiki Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen LRT Dang Wangi ke Stesen LRT KLCC.Menurutnya, ketika mangsa berjalan keluar dari gerabak LRT di Stesen KLCC, seorang lelaki tiba-tiba menghalang perjalanannya.“Dia kemudian berpura-pura menjatuhkan beberapa keping duit syiling berhampiran kaki mangsa.“Lelaki itu tergesa-gesa tunduk sambil mengutip syilingnya.
Selepas itu, dia memaut kaki mangsa menyebabkannya berusaha melepaskan diri,” katanya.Dua lagi lelaki datang menghimpit dan melanggar mangsa dari belakang sebelum beredar.“Mangsa terkejut apabila mendapati sampul surat berisi wang tunai RM38,000 lesap dalam poket seluarnya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pelancong KLCC, sejurus selepas kejadian,” katanya.Dalam satu lagi kes berasingan 15 Ogos lalu, seorang pelancong Arab Saudi berjaya memberkas seorang lelaki warga Filipina yang cuba melarikan wangnya dengan taktik sama.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 52 tahun sedang menaiki lif di pusat beli-belah KLCC.Mangsa yang cuba keluar dari lif dihalang seorang lelaki yang berpura-pura mengutip duit syiling di lantai.“Pada masa sama, mangsa ditolak dari belakang oleh seorang lelaki lagi. Namun, mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian memeriksa poket seluarnya sebelum mendapati wang tunai RM2,600 lesap,” katanya.Mangsa yang bekerja sebagai guru kemudian menangkap seorang daripada lelaki berkenaan iaitu warga Filipina berusia 34 tahun sebelum diserahkan kepada polis.
Pemilik Saham Bertelagah:
Dalam satu kenyataan di sini, Mohd Saleh dan Aziz Salleh yang mendakwa mewakili tiga syarikat pemilik berkepentingan bagi blok saham itu berkata, mereka memutuskan memilih bida yang dikemukakan Syed Mokhtar “selepas berunding dengan kerajaan”.Aziz ialah individu yang mewakili Citaria Sdn Bhd (Citaria), Syarikat Manhamat Sdn Bhd (Manhamat) dan Billiard Distributors Sdn Bhd (Billiard) yang mendakwa secara bersama, memegang 40 peratus kepentingan dalam blok saham berkenaan.Kenyataan itu mendakwa, selain tiga syarikat berkenaan, Mohd Saleh yang juga Pengerusi DRB-Hicom, memiliki 20 peratus kepentingan dalam blok itu manakala waris Allahyarham Yahaya memegang baki 40 peratus.
Bagaimanapun, Ahmad Othman Yahaya, dalam satu kenyataan berasingan bagi pihak waris Allahyarham Yahaya, mempertikaikan pengumuman yang dibuat oleh Mohd Saleh dan Aziz itu serta menyifatkannya sebagai ‘tidak berasas’.Beliau yang bertindak sebagai pentadbir bagi pewaris juga mendakwa kedua-dua pihaknya atau peguam mereka, tidak dapat melihat ada bukti berhubung kerjasama pada asas 40:40:20 seperti didakwa Mohd Saleh dan Aziz dalam kenyataan mereka.Kenyataan Mohd Saleh dan Aziz menyebut: “Kami – Citaria, Manhamat, Billiard dan Mohd Saleh – pemilik berkepentingan bagi 60 peratus daripada 155.4 juta saham DRB-Hicom, mengumumkan memilih Etika Strategi Sdn Bhd (Etika Strategi) yang berkaitan Syed Mokhtar, sebagai pembida pilihan bagi blok saham itu.“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira syarat dan tawaran yang dikemukakan dua bida bertarikh 7 September 2004 dan selepas berunding dengan kerajaan, yang memiliki 35 peratus kepentingan saham dalam DRB-Hicom,” katanya.
Sehubungan itu, pemilik berkepentingan terbabit berkata, rundingan untuk memeterai perjanjian jual-beli dengan Etika Strategi akan dimulakan sebaik mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.Pemilik terbabit juga menegaskan mereka tidak mengetahui mengenai sebarang perjanjian penjualan bagi saham itu yang didakwa sudah dimuktamadkan dengan pihak lain seperti dilaporkan akhbar kelmarin.Kenyataan itu sekali gus menyangkal pengumuman waris Allahyarham Yahaya pada 16 Oktober lalu yang mendakwa sudah bersetuju dengan syarat yang ditawarkan konsortium diterajui SM Nasimuddin untuk membeli saham berkenaan.Bagaimanapun, Ahmad Othman dalam kenyataannya menyebut: “Kedua-dua pewaris atau peguam kami tidak dapat melihat sebarang bukti sahih mengenai dakwaan perkongsian 40:40:20 itu.“Sejak 7 September lalu, pewaris enggan menerima keputusan proses bida itu kerana ia tidak sah.
Tan Sri (Mohd) Saleh tahu mengenai perkara ini kerana ia sudah dimaklumkan kepadanya,” kata kenyataan itu.Ahmad Othman juga mendakwa, Mohd Saleh gagal memberikan bukti beliau “sudah berunding dengan kerajaan” mengenai pendiriannya atau sama ada kerajaan memilih satu daripada dua pembida yang bersaing itu, walaupun selepas diminta berbuat demikian.“Sehingga ini, pewaris tetap dengan pendiriannya menjual pegangan saham dalam DRB-Hicom milik keluarga kepada konsortium yang diterajui Nasimuddin.“Kini pertikaian ini sudah diketahui umum dan pewaris akan merujuk perkara ini kepada forum yang sesuai, pada masa yang sesuai untuk mendapatkan penyelesaian,” katanya.
Blok pegangan 15.8 peratus itu menerbitkan sejumlah 155.4 juta saham DRB-Hicom yang dimiliki Yahaya ketika Allahyarham menjadi pengerusi syarikat itu. Saham berkenaan dipindahkan kepada warisnya selepas Allahyarham terkorban dalam satu nahas helikopter pada 1997.Blok saham itu kini dipegang oleh penjaga amanahnya yang dianggotai Datuk Tik Mustaffa dan Ahmad Othman yang juga anak lelaki Yahaya, manakala ING Corporate Advisory (Malaysia) Sdn Bhd menjadi penasihat bagi pihak keluarga Yahaya.Syed Mokhtar dan Nasimuddin bersaing hebat untuk menguasai blok saham dalam DRB-Hicom, satu daripada kumpulan perindustrian terbesar tempatan yang 35 peratus ekuitinya dimiliki secara tidak langsung oleh kerajaan
Pada mulanya, Nasimuddin dilihat memenangi persaingan itu apabila Sabtu lalu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh pihak yang memegang amanah kepentingan keluarga Yahaya menyebut ia sudah menerima tawarannya.Bagaimanapun, Syed Mokhtar mempertahankan bahawa 60 peratus daripada pemilik kepentingan dalam blok saham itu tidak menyatakan mereka akan menjual kepada konsortium diterajui Nasimuddin yang menguasai Kumpulan Naza.Nasimuddin bergabung dengan Nizam Razak, bekas pemilik syarikat broker saham dan Datuk Muhammad Azaham Wahab, pemaju hartanah, dikatakan menawarkan membeli saham DRB-Hicom itu pada RM3.65 sesaham, membabitkan sejumlah RM567 juta.Syed Mokhtar yang pada mulanya dikatakan menawarkan RM3.35 sesaham, kemudian menaikkan bidanya kepada kepada antara RM3.80 hingga RM4 sesaham, selain menawarkan ekuiti dalam MMC Corporation Bhd (MMC) – Azizi Othman
Saranan tutup TV ‘elak anak tonton siaran teruk’ tidak praktikal
Kata mereka, sewajarnya kerajaan yang memastikan siaran televisyen tidak melanggar dasar penyiaran termasuk norma agama dan masyarakat. Sehubungan itu, mereka beranggapan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohammed Yusof Hussain bahawa ibu bapa boleh menutup televisyen jika programnya tidak baik, dianggap wajar tetapi kurang praktikal. Ini kerana masa anak-anak bersama ibu bapa amat terhad berbanding masa mereka bersendirian, bersama kawan-kawan ataupun berada di luar.
Para ibu bapa berpendapat, dari segi asasnya memang wajar ibu bapa boleh menutup saja televisyen untuk mengelakkan anak-anak daripada menonton rancangan-rancangan yang tidak baik, tetapi ia tidak praktikal pada masa kini kedua-dua ibu bapa banyak menghabiskan masa di luar untuk bekerja. Mereka berkata, tindakan tersebut tidak mampu untuk melawan arus perkembangan semasa yang mempengaruhi jiwa anak-anak terutamanya untuk menangani gejala sosial.
Tambahan pula katanya, siaran televisyen sekarang ada yang beroperasi 24 jam dengan ratusan stesen tanpa tapisan. Katanya lagi, pengisian rancangan televisyen tersebut tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa. Sehubungan itu katanya, sebagai pentadbir agama, seseorang mufti boleh memainkan peranannya iaitu sekurang-kurangnya bertegas terhadap penyiaran televisyen yang boleh merosakkan akhlak masyarakat. “Mungkin mereka boleh memberi peringatan kepada pihak atasan yang terbabit dalam pengelolaan siaran TV tersebut bahawa siaran berkenaan memberi kesan buruk kepada penonton,” katanya lagi.
Katanya, untuk mengatasi masalah gejala sosial bukan saja berada di tangan ibu bapa tetapi semua pihak perlu memainkan peranan khasnya pemerintah. “Sekiranya, pemerintah hidupkan suasana yang baik dalam negara, insya-Allah masyarakat akan ikut selain mendapat didikan sempurna dari keluarga,” katanya.
Katanya, di samping ibu bapa pihak berkuasa juga perlu memantau program-program TV supaya dapat bersama-sama mengatasi gejala sosial yang melanda masyarakat negara ini. “Lagipun kalau mengharapkan ibu bapa saja mana boleh kerana ibu bapa tidak mampu untuk menghadap peti televisyen sepanjang hari,” katanya. – lanh