3 Jawatan Tertinggi DPPWP Menang Tanpa Bertanding

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan Muktamar Tahunan yang ke-22 pada 29 April 2007, bertempat di Markas PAS Kawasan Titiwangsa, Kg. Pandan.

Muktamar ini telah dirasmikan oleh YB. Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Mohamad Nor Mohamad.

Dalam ucapan perasmian, Salahuddin mengesa agar Pemuda PAS meningkatkan gerak kerja kemasyarakatan dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap program yang dianjurkan oleh parti. Pemuda PAS harus menjadikan agenda “Duta Penyelamat dan Kasih Sayang” sebagai gerak kerja terpenting bagi memastikan PAS mampu menjadi ikon yang sinonim dengan kehidupan masyarakat.

Continue reading

DPPWP Mengutuk Samseng UMNO Yang Menyerang dan Merompak Petugas PAS

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakan ganas samseng-samseng UMNO yang telah menyerang dan merompak Petugas-petugas Pilihanraya BA pada pukul 6.15 pagi, 28 April 2007 iaitu pada pagi hari pengundian di Ijok.

DPPWP telah menghubungi mangsa kejadian iaitu seorang pemuda PAS dari Hulu Langat, Saudara Nazar Abd Latif bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, selepas solat subuh beliau dan 5 orang petugas lain telah melihat satu banner yang tertulis “Anwar Agen Yahudi” digantungkan ditepi jalan, tidak jauh dari Bilik Gerakan Pilihanraya BN yang dihuni oleh ahli UMNO Klang.

Continue reading

Sekitar Pertandingan Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI WP 2007

Kejohanan Sukan Bolasepak dan bola jaring anjuran PASTI WP baru sahaja selesai dengan pelbagai kenangan manis dan tersendiri kepada anak-anak pelajar, ibubapa dan keseluruhan yang terlibat.

Program yang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dimulai dengan curahan hujan lebat pada sebelah malam yang mengakibatkan genangan air hujan di sana sini di atas padang. Namun kemeriahan dan keceriaan semakin menguasai diri anak-anak PASTI dan semua warganya yang sudahpun memulakan latihan sejak sebulan yang lalu.

Continue reading

Pengundi Ijok jangan terperangkap dengan ‘durian runtuh’ – Mahathir

Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

Kempen Pilihan Raya Kecil Dun Ijok semakin hangat, penggunaan pihak berkuasa – polis, FRU dan segala jentera kerajaan bagi memastikan BN terus berkuasa di Ijok semakin ketara.

Beberapa insiden sekatan terhadap ceramah yang dianjurkan oleh KeADILan bersama pakatan pembangkang membayangkan BN terdesak meraih undi rakyat di Ijok.

Continue reading

Calon PKR Suruh Undi Calon BN?

Berita TV3 dan TV1 semalam telah menyiarkan rakaman ucapan Calon PKR, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim yang menyeru para pengundi mengundi Calon Barisan Nasional untuk menjamin pembangunan berterusan di Ijok.

Rakaman ini diulang-ulang dan menjadi tatapan seluruh rakyat, khususnya pengundi di Ijok yang kini sedang menanti hari pengundian yang dijadualkan pada 28 April ini.

Para penyokong BA yang berada di luar kawasan Ijok, terpinga-pinga melihat sandiwara yang dimainkan oleh BN ini.

Continue reading

Kerajaan Khir Toyo Disaman 14 Juta !!

Oleh semangat98

“Kepala Khir Toyo bertambah pening apabila kerajaan Islam Hadharinya disaman oleh rakyat hari ini. (Bertambah berminyaklah muka Khir Toyo yang semakin licin semenjak mendapat khidmat pakar muka.)

Malaysiakini melaporkan bahawa seramai 130 pemilik tanah lot untuk Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut gantirugi RM14 juta kerana gagal menyiapkan projek tersebut.

Continue reading

Daulat Tuanku!!!


| View Show | Create Your Own

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ~ Yang diPertuan Agong Malaysia ke 13.

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah dan petunjuk ke bawah Duli Tuanku dan DYMM Raja Permaisuri Agong , seterusnya menjadi contoh tauladan yang baik kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

 

FRU dan water cannon ‘gempur’ ceramah KeADILan

oleh Azamin Amin dan Anis Nazri

IJOK, 25 April (Hrkh) – Tidak cukup dengan pelbagai janji manis ditabur pemimpin Barisan Nasional, gumpalan jutaan wang rakyat bertaburan di merata-merata, projek menurap jalan dan parit panjang, keresahan BN semakin menyerlah apabila kempen pilihan raya yang dibenarkan selama sembilan hari juga akhirnya dicabuli untuk memastikan pembangkang khususnya KeADILan diasak hebat dan kecundang pada pusingan pertama.

Continue reading

Satu Lagi Lawak Bodoh SPR Di Ijok

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus dibedil bertubi-tubi kerana kelemahan dalam mengenalpasti dan membuat pemutihan dalam senarai pengundi di Ijok. SPR telah melakukan satu ‘keajaiban’ bila mana pengundi yang berusia lebih satu abad masih ada dalam senarai pengundi. Mungkin SPR masih boleh mendakwa bahawa orang ini masih hidup, tapi bagaimana dengan budak yang berumur 8 tahun yang turut dimasukan dalam senarai pengundi di Ijok.

Continue reading

Muktamar Bukan Pasar Borong

Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat bermuktamar atau mesyuarat agong kepada semua ahli PAS di seluruh Negara yang kini sedang menghadapi musim muktamar di peringkat cawangan , kawasan dan dewan – dewan sebelum berlangsungnya muktamar penuh pada akhir bulan Mei kelak .

Semoga muktamar atau mesyuarat agong pada sessi ini berlangsung dalam suasana yang memberangsangkan ke arah membina reputasi parti yang hebat . Penuh dengan analisis dan post mortem yang jujur dan telus serta lontaran idea yang bernas dari perwakilan .

Continue reading

Cadangan Melupuskan ‘Kereta Tua’ Perlu Diteliti

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kurang bersetuju terhadap cadangan bagi melupuskan kereta tua yang berusia lebih15 tahun yang diutarakan oleh Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 April 2007.

 DPPWP, melihat bahawa cadangan FMCCAM ini perlu diteliti kerana ia melibatkan banyak pihak dan implikasinya juga besar.

Continue reading

Ijok medan pertarungan Khalid vs Parthiban dan Anwar vs Najib

Mohd Rashidi Hassan

IJOK, 23 April (Hrkh) – Barisan Nasional (BN) semakin ‘panas’ di Ijok! Ijok bukan sahaja menjadi medan pertarungan calon Keadilan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan calon BN, K R Parthiban, tetapi ia menjadi gelanggang debat Anwar – Najib!

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan ‘lawan beliau’ Dato’ Seri Mohd Najib sering berbalas hujah setiap hari sejak hari penamaan calon 19 April lepas hi ngga ke hari ini.

Continue reading

PAS yakin kuasai semula Terengganu

oleh Maslan Yusoh

Harakahdaily : PAS Terengganu berkeyakinan dapat menguasai semula negeri itu pada pilihan raya akan datang, biar pun Umno melancarkan slogan ‘lautan biru’ menggantikan ‘gelombang biru’.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, faktor utama riak-riak kemenangan mulai berpihak semula kepada PAS berdasarkan semangat luar biasa ditunjukkan ahli parti dan rakyat Terengganu sekarang.

Continue reading

Kita Semua Adalah Wakil Rakyat !

Oleh AMKN9

Tahukah anda tanggungjawab seorang wakil rakyat ? Sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi anda diberi pilihan untuk memilih wakil rakyat di kawasan anda untuk menyuarakan permasalahan dan kehendak rakyat di Dewan Undangan Negeri serta di Parlimen Malaysia. Anda menentukan siapa calon pilihan anda. Siapa sahaja yang anda pilih sebagai wakil rakyat, pastikan wakil rakyat ini bertanggungjawab untuk memelihara hak anda sebagai warganegara Malaysia yang merdeka.

Continue reading

Gejala Riddah Kian Meluas

Oleh Permai

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 80 tahun runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Continue reading