dipetik: Malaysia Today
Oleh Kahanga Bin Pulasimud
Malaysia Today telah menerima sepucuk surat daripada seorang lelaki yang bernama Mohd Ariffin Abdullah pada 23 Februari 2007. Pada mulanya hanya dianggap surat layang, namun setelah membaca isu kandungan dan turun gelanggang, dakwaan pengadu benar dan tepat.
Setelah hampir tiga bulan menjalankan siasatan Malaysia Today memutuskan untuk menyiarkan surat aduan ini yang ditujukan kepada Ketua Perhubungan, Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.
Wakil Malaysia Today di Semporna telah menemui pengadu namun meminta agar gambarnya tidak dirakamkan sebagai langkah keselamatan.
Menurut Mohd Ariffin, beliau merasa berdosa dan malu apabila hampir seluruh rakyat Kunak, Semporna dan Tawau mengetahui dan bercerita tentang skandal Adun Kunak, Datuk Haji Jasa Haji Rauddah.
Sebagai ahli Umno Silam, beliau merasa menjadi tanggungjawabnya untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan kerana merasa berdosa bersubahat dengan Adun yang berpangkat Datuk dan Haji.
“Pada mulanya saya tidak percaya perkara ini, tetapi apabila mendengar pengakuan mangsa iaitu Penolong Pegawai Daerah Kunak, Bahari Haji Yunus dan pertengkaran dengan isterinya, Suraya Hussin yang mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan YB Datuk Jasa, maka saya terpaksa menulis surat aduan kepada Ketua Perhubungan Umno Sabah,” ujar Mohd Ariffin yang begitu waspada menuturkan percakapannya.
Menurut Mohd Ariffin, Jasa selalu membawa Suraya ke Tawau dan Kota Kinabalu dengan alasan Suraya menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi Puspanita Kunak sehinggalah Bahari merasakan berlaku perubahan ketara terutama hubungan ranjang dan layanan hambar Suraya sebagai isteri.
“Mereka sudah ada tiga orang anak, tetapi apa boleh buat, ADO Bahari terpaksa menceraikan isterinya setelah isterinya mengaku curang dengan Datuk Jasa,” ujar Mohd Ariffin yang simpati dengan Bahari dan anak-anaknya.
Tegas Mohd Ariffin, beliau terpaksa membersihkan nama baik Bahari yang dinista dan ditohmah sebagai mendapat ’habuan projek’ dan sehingga membenarkan isterinya menjadi ’isteri angkat’ (gundik projek) kepada Jasa.
“ADO Bahari begitu disayangi oleh penduduk Kunak, tetapi kami tidak sangka YB Jasa sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut,” ujar Mohd Ariffin yang turut menjalankan siasatan rapi sebelum mengambil keputusan menulis surat kepada Musa Aman.
Menurut Mohd Ariffin, sebelum ini Jasa pernah menjalinkan hubungan dengan bekas isteri Pegawai Daerah Lahad Datu, Samsu Baharun Abdul Rahman iaitu Sitti Jalmah Haji Armain yang merupakan bekas teman wanitanya sekalipun wanita itu telah bersuami. Sitti Jalmah kini merupakan isteri kepada Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Haji Mohd Yusof Jamli setelah diceraikan Samsu Baharun Abdul Rahman kerana kes sumbang mahram. Yusof Jamli ialah abang ipar kepada Samsu.
Dalam pada itu, selain skandal zina dengan isteri orang, ramai penduduk Kunak terutama Ketua cawangan Umno melaporkan bahawa Jasa juga mengkhianati ahli Umno Silam dengan melupakan janji yang dibuat semasa pilihan raya umum Mac 2004 terutama janji projek pembangunan kepada Cawangan Umno, perlantikan anak tempatan Kunak dan membawa Kunak membangun bersama Barisan Nasional.
“Semasa berkempen dulu, YB Jasa berjanji untuk membahagikan tanah kerajaan di Tingkayu kepada kami yang tidak bertanah. Tetapi setelah menang, dia bagi kepada taukey Cina. PKR dia yang urus dan terima wang daripada Cina tersebut untuk menutup banyak skandal YB Jasa,” ujar Lahmuddin yang selama ini begitu setia menyokong Jasa.
Tegas Lahmuddin lagi, seluruh penduduk di Ladang Tun Fuad dijanjikan akan diberi penempatan atau tapak rumah di tanah bekas Lapangan Terbang Kunak, tetapi Jasa luluskan kepada orang lain sehingga ahli Umno terpaksa menumpang di tanah orang lain kerana dihalau oleh Cina yang diluluskan tanah berkenaan.
Manakala Hazizul pula memberitahu Jasa mengamalkan nepotisme di dalam pentadbiran kerana semua pegawai lantikan politik dilantik di kalangan sanak-saudara dan ahli keluarganya.
“Dia lantik anak saudara dia, Eksxan Haji Muhammad sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO),” ujar Hazizul yang turut kesal kerana kebanyakan pegawai lantikan politik didatangkan khas daripada Semporna dan menidakkan peluang anak tempatan Kunak.
Jelas Hazizul lagi, Jasa turut melantik Mat Sah Talib, Mantan Pegawai Jabatan Pendidikan Daerah yang dibuang kerja setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana jenayah pecah amanah pada 2002 sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat Kunak (CDO).
“Seorang pesara polis, Maskor, pula dilantik sebagai Ketua Anak Negeri. Dia bukan ada jasa memperjuangkan Umno melainkan meminta rasuah semasa dia jadi polis. Kalau semua jawatan dia bagi kepada orang luar, bagaimana ahli Umno Silam?” ujar Hazizul yang amat kesal kerana kadar pengangguran di Kunak begitu tinggi.
Semasa berkempen untuk bertanding Naib Ketua Umno Bahagian Silam dan Dun Kunak, Jasa telah memberi jaminan kepada ahli Umno Silam di Kunak untuk mengutamakan mereka dalam sebarang pengagihan atau perlantikan jawatan. Jika tidak ada orang Kunak yang layak, barulah Jasa akan melantik orang luar yang berkelayakan.
“Tapi apa jadi? Jasa lantik budak hingusan dari Semporna, Nazrie Pintal sebagai Penolong Pegawai Kerja Majlis Daerah Kunak. Ramai anak Ketua Cawangan Umno yang berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana tidak ada kerja. Jadi pada pilihan raya akan datang suruhlah orang Semporna undi dia. Biarlah kami duduk di rumah, mogok…” ujar Makling dengan nada menyindir.
Makling menekankan, Jasa turut mengimport wanita daripada Semporna, iaitu Norjeti Haji Sulaiman untuk dilantik sebagai Kerani Pembangunan Majlis Daerah Kunak.
“Kau fahamlah kenapa dia pilih Norjeti. Macam juga apa dia buat pada Suraya,” ujar Makling yang menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan.
Manakala seorang kontraktor anak jati Kunak, Jasman, turut mengadu, Jasa membolot semua projek pembangunan untuk dirinya, keluarga dan suku-sakat serta sanggup merasuah pegawai penguatkuasa undang-undang dengan projek pembangunan.
“Banyak projek dia bagi kepada Ketua Polis Daerah Kunak, Inspektor Redzuan, Ketua Cawangan Khas Kunak dan juga kenduri projek dengan Pegawai Daerah, Kamlun Haji Pasal dan Penolong Pegawai Daerah Hussain dan sebagainya semata-mata mahukan laporan cemerlang agar dia terus menjadi calon BN, bila kami komplen. Kamlun kena tukar. Tapi OCPD masih jadi OCPD Projek,” ujar Jasman yang meminta Pesuruhjaya Polis Sabah menjalankan siasatan rapi.
Oleh kerana tiada pilihan dan harapan, Jasman terpaksa berhijrah ke Tawau untuk menjalankan projek Majlis Perbandaran Tawau dan projek kecil yang diagihkan secara saksama oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan.
Bagi Johari pula, beliau berpendapat Jasa sudah lupa daratan kerana secara sesuka hati melakukan sesuatu mengikut kehendaknya tanpa mempedulikan undang-undang.
“Adakah patut dia buat rumah di atas tanah simpanan kerajaan?. Saudara saya, Pegawai Kerja Majlis Daerah Kunak, Industan Lumantang cakap, YB Jasa suruh dia bagi komen positif. Begitu juga dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah. Dia buat rumah bernilai setengah juta di atas tanah rezab. Ramai rakyat pohon tidak dapat. Tapi dia ceroboh dulu baru pohon. Saya dengar sudah lulus,” ujar Johari lagi.
Johari menjelaskan, sebelum Jasa membina rumah di atas tanah simpanan kerajaan, beliau telah membina rumah di atas tanah kerajaan iaitu di dalam kawasan Rumah Rehat Kunak. Apabila banyak pihak membuat aduan, Jasa tidak lagi tinggal di situ tetapi dia membuat rumah di atas tapak yang diceroboh tanpa sebarang kelulusan termasuk pelan bangunan.
“Apa mau buat, saudara saya terhutang budi kepada YB Jasa. Dulu dia rasuah pegawai BPR apabila mereka datang mau siasat Pegawai Kerja Majlis Daerah atas tuduhan rasuah. Oleh kerana semua rahsia di dalam tangan Industan, maka YB Jasa terpaksa campurtangan. Sampai sekarang tiada lagi BPR datang,” akui Johari yang terpaksa mendedahkan perkara ini kerana simpati bagi mengelakkan saudaranya menjadi kambing hitam.
Sementara itu, seorang pesara, Haji Sumaila menyifatkan Jasa terlalu mementingkan diri dan tidak menjaga politiknya dan bersikap samseng.
“Dia tidak patut menampar seorang pekerja wanita di Milimewa Kunak hanya sebab perkara kecil. Bawalah berunding. Mereka itu rakyat, jadi kalau wakil rakyat bersikap samseng dan menampar orang sesuka hati, bagaimana perasaan ibu bapa dan sanak-saudara pekerja itu? Mereka juga pengundi. Jadi kalau hati mereka disakiti, mahukah mereka undi BN lagi? Inilah susahnya kerja kami,” ujar Haji Sumaila yang sering berulang-alik dari Semporna ke Kunak kerana mengusahakan kolam ternakan udang.
Difailkan dalam: Artikel, Isu Agama, Isu Politik, Isu Sosial, Surat Pembaca, kenyataan




















haa padan muke c jasa…die ingat die kuat sgt tuu…
die ingat kuase die BESAR sgt..
ingat la kuase ALLAH lg besar..
jgn la tamak sgt…
sume jawatan family ko sapu…
sume projek konco2 ko sapu…
aku rase ko masuk neraka lg lame dari aku…muahahaha…
Kalau nak tahu, abang kepada Norjeti iaitu
Simudah Hj Sulaiman telah dilantik sebagai ADO yang baru di daerah kunak.Begitu juga tentang permohonan rumah dikawasan simpang 4,tidak mempunyai ketelusan,ramai yang dapat sehinga 2 sampai 3 buah rumah dan mempunyai pendapatan mewah sedangkan disediakan kepada golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki rumah.Datuk Jasa juga mengambil kesempatan dengan projek ko-nelayan kerana membuka kolam memelihara ikan di kawasan Semporna yang ia mempunyai kepentingan.Dia ingat rakyat didaerah Kunak ini bodoh dan tidak tahu tungglah sampai masa dan ketika pilihanraya baru dia rasa ha ha ha
apa ada halnyer…
kat simpang 4 pun wat round about…
giler ke ape…
bodoh sial jasa ni…
geram lak aku…nak makan penampo ni…
Kebenaran terbukti juga nanti tunggula…..
Sejak tersiarnya berita sensasi ini, ramai dikalangan rakyat
Kunak berasa marah dan aib kerana nama saja haji tapi penzina,perasuah,penipu dan paling dia suka isteri orang.Sedarlah pengundi Kunak siapa suruh pilih sijasa ini, namaya Jasa tapi pengkhianat sebenarya. Pilihlah peminpin yang taat dengan ugama, berkebolehan,jujur,amanah dan yang paling penting berpendidikan bukan macam sijasa cakap orang putihpun bahasa pasar, dia ingat boleh kalentong orang kampung tapi dia tak tahu ramai anak kampung lebih berpendidikan dari dia.Sekarang ini ada cadangan dari penduduk Kunak supaya jawatan YB. siJasa ini dimansuhkan dan pecat sahaja, sebab sangat-sangat memalukan apatah lagi sebagai seorang islam ,haji lagi itu suka berzina dgn. isteri orang……..tepuk dada tanya selera ……..isteri orang
hantu-hantu yang buat fitnah ni bodohlah..asal je tak dapat projek mula la buat keja kotor.Sudah-sudahlah ingat dengan TUHAN.
kalau ko jadi YB pun ko akan bolot semua projek dkt kunak tu…ko akan ambil semua family ko keja dkt kunak tu..ko orang ada bukti ke jasa buat zina??? tak baik tau tuduh-tuduh orang ALLAH akan murkaaaaa
ada lagi
1. ingat suraya jugak ka yang jadi mangsa? byak lagi la contohnya anak hj pileh tu…maimunah dulu kan selalu dibawa dan dihayak kesana sini masa tu mereka masi rapat lagi..psl tu si hj tu teriak sana sini sebabnya anaknya dah di hayak sana sini dr tawau sampai ke k.l..psl tu la hj tu frust sebab dah pakai anak orang tak dikawin saja..akhirnya hj ikut pembangkang….
2.TSH KILANG yg ada dikunak jaya perlu di ambil perhatian oleh masayarakat kinak sebab mereka yb dan barua-baruanya ada kepentingan…rumah yb tu siapa buat?cdo bahlul tu rumah siapa buat sekarang ? sedarlah rakyat kunak dan badab bertanggung jawab perlu bertindak ketue kampung,guru besar si normah tu jangan asyik terima hamper ja dah diam,jkkk,kesihatan,bpr,jabatan alam sekitar,jkr dan masyarakat perlu bertindak sebelim ada kemalangan dan taraf kesihatan makin meruncing di masa akan datang…ingatlah anak cucu kita terutama orang yang ada kepentingan tu janganla sokong membabi buta jasa tu tak akan kekal selama-lamanya kunak ibarat tempat berehat buang tahi,main golf bawa orang ponteng kerja,karaoke dirumah haram tu di mata jasa…DAN INGAT TINDAK-TANDUK ADIK JASA YANG TEMBERANG TU PERHATIKAN GAYANYA MACAM ANJING LAPAR KALO TENGOK ORANG…KALAU BERCAKAP MCM LANGIT TU DIA PUNYA ..pernah sekali tu memanggil ocpd mcm panggil budak2 tak hormat lansung /….balik la bugaya
saya bukannya kontraktor atau orang yang punya kepentingan dalam apa -apa projek,atau apa sahaja yang penting bagi saya adalah mencari kebenaran dan untuk kepentingan rakyat Kunak. ini bukan fitnah, kalau tak percaya sila tanya Ado Bahari, kenapa mereka bercerai,saya kenal rapat dengan Ado ini dan apa sebab siSuraya pindah kerja ke Tawau dan perkara ini sudah lama terjadi tapi apabila Ado dapat kepastian sudah,baru dia bercerai dengan terpaksa dan berpindah dari Kunak.Kalau semua pemimpin yang hipokrik, dan jaga kroni-kroni sahaja janganlah dipilih,buatlah pilihan yang terbaik supaya rakyat dapat menikmati kemajuan dan pembangunan ini tidak, hanya pandai cakap sahaja, pandai ambil kesempatan rumah saja 1/2 juta kereta mewah hampir 1/2 juta bukan kah ini bukti,rakyat bukan buta,pekak dan bodoh dan tanah tingkayu 500 ekar untuk siapa dia bolot bersama kronilah, tanah diperuntukan kepada pekebun kecil masih dikuasai oleh taukeh cina hampir 2000 ekar, kenapa tidak dibagi kepada rakyat kunak, kenapa,sebab taukeh taukeh inilah yang belanja membina rumahya,minyak keretanya (petrol), tayar,bateri dan lain lain lagi, memalukan sahaja begitu rendahnya maruah seorang pemimpin,sedarlah rakyat Kunak janganlah bagi peluang lagi ,ramai lagi lagi pemimpin yang ikhlas dan boleh menjadi model yang terbaik. rakyat sekarang bukan seperti dulu sikit-sikit takut dan pak turut sahaja sekarang mereka lebih berpengetahuan dan apa lagi generasi baru dengan sistem IT boleh disampaikan dengan lebih berkesan.
Memang benar, kilang TSh ini bukan sahaja menyebabkan bunyi bising ,tetapi pencemaran udara yang menyebabkan ramai penduduk dikampung Kanak Jaya dan sekitarnya mengalami penyakit seperti resdung dan selalu merasa mengantuk dan yang paling teruk ialah sistem penapisan sisa toksik dikawasan belakang kilang TSH yang tercemar dan berbau busuk tidak dibina mengikut peraturan dan membiarkan sisa toksik itu mengalir kelautan dan menyebabkan pencemaran,banyak sudah pokok kayu bakau yang layu dan telah mati, inilah bukti betapa TSH hanya mengejar keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan kepada masyarakat dan alam sekitar.Kilang TSh sebenarnya belum memperolehi kelulusan dari JAS dan dalam taklimat yang diberikan oleh syarikat TSH tidak ditunjukkan surat kelulusan dari JAS. Tiada sesiapa menolak kemajuan dan kami juga berterima-kasih kerana ada syarikat besar yang sudi melabur didaerah kami ini, terutama diKampung Kunak Jaya tetapi biarlah mengikut peraturan dan undand-undang ini tidak ramai lagi penduduk kampung tidak mendapat pelunag kerja disitu tetapi ada yang hanya setakat kad pengenalan palsu pun dibenarkan bekerja ,rujuklah ke pendaftaran negara, TSH syarikat ternama diMalaysia tetapi melanggar peraturan dan menggaji pendatang asing (I/C palsu) amat dikesali,pencemaran sisa toksik yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar walaupun masaalah ini telah diketahui oleh pihak pengurusan tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasinya kerana kedekut tidak mahu keluarkan kos. Kami mungkin kan memenggil pihak media seperti TV3 atau NTV 7 untuk meninjau dan mendedahkan keadaan tersebut tidak lama lagi dan biar TSH malu dan kena siasat.
aaaaaaaaaaaaa……………………..
kau urang banyak cakap sj…………
kasi duit sikit sudah inda ingat dunia…..
kpd mrk yang post pasal perbuatan zina yb tu….ati-ati sbb memfitnah tu lebih teruk dari membunuh….
baik kamu semua balik sekolah blajar balik pengetahuan islam…
bikin malu urang kunak sj kamu ni…..
atau mungkin kamu ni bukan orang kunak sebab tu la kamu suka sangat bila tau pasal yb tuuuuu…..lantak dia la mau buat apa biar pihak berkuasa yang ambil tindakan biar tuhan sj yang hukum dia….kalu dia salah…apa kamu mau bikin
kamu ingat mendedahkan keburukan urang lain tu bagus ka???? kalu kena kkapala kamu sdri apa macam??????
Oh, undilah pemimpin yang tiada ‘otak’ tersebut lagi. Hidup anda akan bahagia hingga ke anak cucu. Bila BN nak BE END kalau orang kita masih dikelabui dengan duit pemerintah yang mana asalnya memang duit rakyat? Kencing dalam tempurung dan tilik muka tuh..
kita tidak sepatutnya hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa memberikan YB untuk mempertahankan dirinya, tidak d nafikan dalam kes-kes tertentu yang d laporkan ada kebenarannya berdasarkan bukti-bukti yang nyata, contohnya dalam hal mengimport sanak saudara YB untuk berkhidmat d daerah kunak tapi dalam soal skandal seks kita tidak patut mempercayainya 100% ini kerana seandainya itu merupakan fitnah dan berbaur dendam dan iri hati maka adalah menjadi dosa besar untuk mempercayainya tanpa usul periksa dan bukti yang sahih. Ingatlah benda yang tidak baik itu lama kelamaan akan terbongkar jua………
kalau dia bukan YB., tak ramai yang kisah.. sebab orang lain ambil kisah kerana dia adalah YBlah bodoh. si jasa ialah orang yang mewakili seluruh rakyat di kawasan Kunak, yang telah dipilih oleh rakyat Kunak , jadi tidak salah rakyat menilai apa yang telah dilakukannya selama mewakili mereka…. kalau pemimpin cronisme,rasuah dan tidak menjalankan tugas dengan penuh dedikasi,adil dan saksama apa gunanya rakyat memilih pemimpin begini lagi didalam election akan datang, walaupun dia bukan siJasa.Rakyat kunak sudah bosan dengan kepimpinan yang lalu sebelum siJasasiUnding 2×5 dan 5×2 jugalah ,Stail Playboy.Apa ada diKunak ini,banyak aktiviti tidak sihat yang berleluasa umpamanya soal najis dadah,perjudian haram (wahui,mesin slot), yang merosakkan , dimana peranan pihak yang berwajib terutama Ybnya tidak melakukan sesuatu walaupun dia tahu. perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pihak berwajib benar-benar menjalankan tugas dengan betul, ini bukan KLumpurlah hanya pekan kecil sahaja inilah padahnya kalau kehidupan penuh dengan rasuah dan kemewahan semata-mata…semuanya tutup mata dan pekak telinga sahaja..? Ikut AFlah dalam ramai calun pilihlah yang terbaik untuk pihanraya kan datang ,untuk UMNO, saya tak kisah orang Kunakkah atau orang luarkah yang penting memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh rakyat Kunak.siJasa ini biarklah dia jadi lipatan sejarah hitam dan satu pengajaran untuk orang-orang Kunak ,nanti dia jadi macam siUnding jugalah itu, tiada siapa yang mahu ambil peduli sama dia lagi…..kalau bukan sudah Yb
1
KEPADA SEMUA WARGA KUNAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
KALU BERANI MARI BUAT MEMORENDUM KITA TANDATANGAN RAMAI2 GULINGKAN JASA………….
MAIMUNAH TU CIKGU KAN?
SOALNYA SEKARANG YB NI KENA SIASAT BETUL-BETUL KITA KENA INGAT PAKAI KOMPUETR PUN YB NI TAK PANDAI,PEREMPUAN DAH JADI MAKANAN DAN SANTAPAN UNTUKNYA,BYK LAGI LA TAPI YANG PENTING SEKARANG ORANGKUNAK KENA BERTINDAK MELALUI SALURAN YANG BETUL KALAU BETUL TAK MAU YB NI…BAGI DIA KOMEN-KOMEN KITA DALAM NI LANGSUNG TAK MENGGUGATNYASEBAB DIA MEMANG ORANG YANG TUBAL DAN JENIS IQ YANG RENDAH DALAM SEGALA HAL EXCEPT PEREMPUAN DAN RASUAH..TENGOKLAH KUNAK JAYA TERCEMAR SEKARANG NI DIA TAK PEDULI LANSUNG PASAL DIA TU TAK MENETAP DI KUNAK..FIKIRLAH
inilah perangai umno!!! kaki pusing….tapi pelik ye nape rakyat tak berani?bukanke Allah tu lg besar dan maha berkuasa.memalukn kisah wakil rakyat yg penzina,kaki rasuah dan byk lagi.leh la di katakan semua maksiat di bolot kot….lps ni mungkin ada kisah YB terlarang kot…..taubatla banyak2..
kenapa xda ka yang berani buat bantahan terhadap si jasa niee…????
buat surat…….hantar sama siapa2 sj yang berkenaan…panggil tv 3 rtm,cnn,bbc atau al-jazeraa kita crita sama durang pasal ‘YB’ kita ni..
I’m feel sorry to YB.Jasa. I am not BN or PAS. for me this is not funny story. your are not child anymore, don’t be silly YB. Please!!!!!!!!!!!! CLEAR YOUR NAME. Don’t make everybody stupid like what are you doing now. sorry I say like this but we’re not stupid like pig. I think Kunak people know what happend between you and Suraya. I have question for YB. WHAT YOU FEELING WHEN YOUR WIFE HAVE AFAIR WITH ANOTHER MAN??????????? CAN YB.JASA GIVEN THE ANSWER??????????????? THINKING….
tunggu apa lg..dedah la kepada rakyat…….nk pru nie mmg leh guna isu ni
apa kejadah ini semua
brp ramai org kunak yg boleh baca ni crita.. brp ramai org kunak yg ada internet.. brp ramai org kunak yang boleh pegang komputer…
nampak gayanya JASA tetap berdiri teguh..
fikirkan sesuatu sebelum semporna menjadi bandar metropolitan dan kunak tetap berdiri dengan kelapa sawit G.Hope sepanjang jalan.
saya org indonesia ikut prihatin akan hal ini
Assalammualaikum,
Memang perkara sebegini tidak harus timbul terutamnya ianya melibatkan seorang ADUN yang berkhidmat untuk rakyat jelata, dan kerajaan… dan tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak yang berkaitan, apa kah kita harus membiarkan perkara ini terus berlaku? berleluasa? ingatlah ALLAH maha mengetahui apa yang kita lakukan dan pasti pembalasan akan datang.
kepada YB Hj Jasa kembalilah ke pangkal jln, jgn terus melakukan dosa yang terkutuk, Allah menerima taubat.
Walaubagaimanapun jagan lah kita tuduh menuduh sesungguhnya menfitnah itu adalah dosa yang lebih besar daripada membunuh… kepada mereka yang mempunyai bukit-bukti silalah di serahkan kepada pihak yang berkenaan dan sekiranya tiada bukti dan setakat mendengar kata-kata cerita maka haruslah di ingat jangan sampai kita melakukan fitnah …
Mudah-mudahan ALLAH memelihara kita semua… Amin
siapa kita nak menghukum orang ini, cukuplah kita mampu untuk membenci mereka di dalam hati, saya yang pasti tidak akan mengundi seorang pemimpin yang dipersepsikan secara negatif oleh rakyatnya sendiri. “kita boleh kata itu semua fitnah, tapi yang mengetahuinya kebenarannya cuma orang-orang yang dikatakan itu”
Bak pepatah melayu : pokok bergoyang kalau bukan ditiup angin apa lagi………….
Wahhh…. ni kes baru nie… gulingkan pemimpin takde guna tue. Buat menyusahkan jer…. camana nak majukan rakyat kalau isi tengkolok sendiri jer…. kesian anak bini dier…
apa crta lg nie….sdah2 la 2 knapa ka kamu nie x pndi aman…maun kiamat sdh kali….kamu nie ada2 jak…ska dngr crta yg bukan2..klau ya pun dia wat mcam 2 tu biar pihat b’kuasa ambik tindakan…jgana canang keburukan org kbrukan sndiri kau ada ambik tau ka jga…yang kau tau pagi2 dduk d rstran fitnah orang politik orng….jgan biar pasal msalah politik kau lupa ngan tuhan….kau x dpat projek kau lupa tuhan anak kau x dpt keja d krjaan kau lupa tuhan….
klu bkn YB JASA yg memimpin kunak ni ingat membangun ka kunak? arap kpla otak kmu yg kotor tue… sedar2 la pembangunan yg tlah d lakuan d kunak tu sepa yg buat ha? tula rakyat kunak tak dpt maju sbb hasad dengki, asyik crita hal org, hal sndri tdk terjaga… fikir lah…
SOALAN SAYA KEPADA ORANG2 YG MENABUR FITNAH NI KENAPA UNDI DIA DULU?
SEBAB APA KAMU FITNAH HALAM BAI KAM TA BUANAN PROJEK?
NAH LANDUKN ARUPANG BI…. DIA ORANG BERFIKIRAN DIA PILIH JUGA
ORANG MANA YG LAYAK DAPAT DUIT……
KALAU LAH ORANG BAJAU YG BUAT FITNAH NI INI MAKNANYA KAMU PUN SAMA JUGA MACAM DIA!!!!
BERHENTI LAH DARI MEMBUAT KEKEJAMAN SAMPAI BILA KAMU MAJU KALAU KAMU MASIH BERFIKIRAN
MACAM ZAMAN NENEK MOYANG KAMU…… APA YANG SAYA HARAPKAN ORANG2 SEPERTI INI AKAN
MENDAPAT BALAH YANG PALING HEBAT DI ATAS MUKA BUMI ALLAH S.W.T… AMIN…….
yeahh…hack da planet…. tuh laa gua dah cakap mcm mana nak maju kalau sama sendiri dok gaduh..that why ramai org semenanjung di hantar ke sana untuk mendidik org sana , maybe kerana taraf pendidikan yang amat rendah dan pemikiran yg kolot , asyik dok cakap pasal org , diri sendiri sendiri mau ingat ..insaf laa dunia dah nak akhir zaman nihh , umat Nabi Muhammad hanya hidup 1500 tahun sehaja … sekarang nih dah 1429 hijrah… jadi kita ada cuma 71 tahun lagi untuk beramal .. adakah kamu semua sudah cukup amal di dada … tidak takut kah kamu kepada API NERAKA … Nauzibillah…bertaubat laa sementara pintu taubat masih terbuka … memfitnah org dosanya lebih besar dari membunuh …dah sesungguhnya org yg memfitnah itu tergolong dalam kaum MUNAFIK di mana Nabi sendiri tidak mengaku umat.. APAKAH ITU YANG KAMU MAU…. fikir fikir kan JIKA KAMU TERGOLONG DARI GOLONGAN CERDIK PANDAI…..
Dalam Era serba canggih dan maju seperti sekarang rupanya masih ada orang yang berfikiran KOLOT, OUT DATED dan berfikiran CHILDISH…….Tomahan ,tuduhan dan fitnahan yang dedahkan oleh sipenulis artikel terhadap YB…….jika kita perhatikan dan teliti dengan mendalam……100% mengandungi luahan dari seorang yang tidak puas hati , kecewa dan terpinggir. Well……perkara begini tidak perlu dihairankan dan tidak perlu diambil peduli langsung kerna sesungguhnya MANUSIA yang kecewa akan melakukan apa saja untuk mendapat perhatian dan simpati murahan…… Kepada semua pengkritik yang telah menyumbangkan pendapat2 negatif melalui BLOG ini perlu ingat satu perkara . Negara kita ini adalah sebuah Nagara yang ditadbir melalui sistem perundangan. Sesorang itu hanya akan disahkan BERSALAH setelah dibuktikan BERSALAH melalui proses perundangan. Jadi Fikir Fikirkan lah ya……
Hakim pun rasuah, suruhanjaya pun entah apa-apa, peguam negara pun teruk, menteri pun korup. Itulah sistem yang sedang dipraktikkan di Malaysia.
Manusia yang asyik berfikir tanpa bertindak (mengikut tatacara perundangan) setelah tahu kebenarannya di panggil pemalas, penakut, taksub dan jumud.
Adakah mengkritik tindakan buruk penguasa sebagai kecewa. Andaikata isteri, adik, kakak atau anak dara anda di cabul pemipin seburuk ini anda masih berfikir lagikah.
Kepada yang masih suka bersekongkol dengan penguasa kotor dan jijik ini, cuba anda raba lutut anda, ada tak benda macam otak di situ? dan raba atas sikit di celah paha anda, masih adakah dua biji bola tergantung. Saya rasa mungkin dah tersalah tempat. Baik cepat cari…
Mana mungkin pak haji yg beriman kepada allah seperti haji jasa itu sanggup melakukan perbuatan dilaknati allah???..tidak mungkin..tidak mungkin!!…..yang aku tahu..orang2 tamak dan kafir sahaja yang sanggup demi harta!!!….
Mana mungkin orang2 UMNO al hadhari sanggup berbuat spt itu????..yg aku tahu org 2 UMNO semuanya baik2..tak rasuah dan 24/7 menjaga hak asasi org2 malaysia dan singapura…dan memberi peluang orang2 indon dan filipina menambah populasi malysia….ahhhhhhhh…UMNOLAH katkan!!…hebatkan ???…hidup ummmm NO!!!
Sdra dajay530401, Tidak salah jika kita mengkritik seorang penguasa…… Negara kita adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi. Sesiapa pun bebas untuk mengkritik sesiapa saja penguasa yang berkuasa. Tapi satu perbezaan ketara dalam amalan Demokrasi Negara kita dengan lain lain negara yang mengamalkan sistem pemerintahan yang sama, ialah Negara Kita mengamalkan sistem Demokrasi apa yang disebut sebagai ” Demokrasi Berpalimen” . Kalau sdra tidak faham atau pun sengaja tidak mahu faham, sesorang itu haya bebas untuk menyuarakan sesuatu ketidak puasan, atau pendapat tempat yang dibolehkan dan dibebaskan adalah dalam Dewan Rakyat atau pun Dewan Parlimen. Itu makanya sistem pemerintahan Negara kita dapat mentadbir negara kita dengan adanya suara pihak Pembangkang yang kuat dan terhormat sehingga kini. Masakan itu pun sdra tak tahu atau tak pernah bacakot… . Atau jangan jangan sdra ni bukan RAKYAT MALAYSIA tulin baranhgkali ?Sekiranya kita yang mengakui diri kita sebagi rakyat Malaysia yang setia dan patuh kepada Lima Tunjang Rukun Negara sepatutnya tahu semua ini. Kalau kita tidak mahu akur dengan peraturan dan enggan mengikuti perjalanan Undang Undang Negara ini, bagus berhenti saja menjadi Rakyat Negara ini. Atau pun lebih baik lagi berhenti daripada menjadi MANUSIA…… Jadi Manusia kalau tak boleh berfikr dengan akal dan fikiran pun buat apa kan ?Tahu tak apa gelaran yang diberkan kepada orang yang bersikap begini ? ” Dalam bahasa English ianya digelar sebagai ” Espinage ” atau pun istilah dalam bahasa Malaysia maksudnya ” MUSUH DALAM SELIMUT” Oh ya satu perkara lagi kalau nak gunakan nama samaran pun Cari lah nama samaran lain JANGAN LAH CIPLAK NAMA SAMARAN KITA….K ? Adios Amigo
apa dah jadi dgn yb Jasa???….sungguh begitu sekali…org kunak tak mengenang JASA si jasa….wkakakakakakakaa……itulah…dah dapat peluang menjadi pemimpin…tapi peluang disia2kan…semoga kes yb jasa menjadi contoh dan PENGAJARAN untuk pemimpin kunak di masa akan datang!!……
first thing first,i think u all people out there in kunak doesnt know about to think first before what are u going saying juz know about datuk jasa..
inilah masalah masyarakat kita skrg, suka dengki dengan orang yang berjaya dan sanggup “kawan makan kawan”.. macam mana kamu orang kunak mau berjaya dan maju kalau msaih berada di tampuk yang lama..sedarlah…kita harus berfikiran yang waras dan menganalisis sumthing…
inilah masalah org yang tidak mempunyai paradigma diri sendiri..
what are you talking ROUNDABOUT ni DEMON??…..hahahaaha….
HANYA ALLAH YANG TAHU! TAPI, KITA DILARANG MENUDUH TANPA BUKTI. T
TINGGALKANLAH SYAK.
kamu jelos lau sama dia.. jgn2 kamu p masuk meminang anak dia, durang x terima kan..
Fikir la beb… mana ada buaya tolak BURGER….
Sdra Hijau,
Saya sokong penuh dengan tindaka sdra yang akan memanggil TV3 atau NTV 7 untok membuat liputan berhububg dengan pembinaan kilang TSH di Kunak Jaya.Tapi saya terasa sedih kerana tindakan Sdra itu ibaratkan “Hangat hangat Tahi Ayam”.Sejak 25hb2007 sehingga lah sekarang tidak menampakkan kesungguhan sdra.Mengapa Kes Pembahagian tanah Tingkayu, TV3 boleh membuat liputan menyeluruh?Kesihan kan lah penduduk Kunak Jaya setiap hari hanya mendengar dentuman bising dari kilang tersebut.Jemput lah En.Karamsing Waliyah membuat liptuan kesana.Saya rasa anda adalah seorang penyumbang kesejethraan kaum sekira ini dapat dilakukan. Bravoooo..
Salam…
Memang YB ini buruk perangai. malah suka ambil kesempatan terhadap jawatan yang dia pegang. Adakah dia luluskan sebuah kilang di kampung Kunak Jaya, kilang tersebut berada di hadapan sekolah. Baru-baru ini seorang pelajar sekolah telah di langgar oleh sebuah lori yang menganggkut minyak kelapa sawit.
Ada juga saya dapat maklumat rumah besar yang dia bina telah di sumbangkan oleh syarikat kilang tersebut. JASA memang glamour di kunak sebagai oeang yang tidak mengenang jasa.
Salam Nabila,
Saya sokong sangat dengan perasaan Nabila yang meluap luap atas sebab perangai buruk YB kita dulu.Saya berharap Nabila patut ketengahkan persoalan ini kepada YB baru kita En.NIlwan Kabang.Dulu nasib kita sebagai warga Kunak memang tidak terbela sama sekali,apa tidak nya dia hanya pastikan kantong nya tidak akan kosong.Saya juga sama seperti Nabila terkadangkala meluat juga dengan sikap prejudis nya.Bayangkan sekira nya ada kekosongan jawatan,dia pasti import saudara mara nya dari Sem…apa kurang dengan anak anak warga Kunak,saya rasa mereka jua berkebolehan mungkin ada yang memiliki izajah…boleh mentakbir daerah sendiri.Nabila..ajak lah warga Kunak ubtok berfikir sejenak,jangan sampai”Menang Sorak Kampung tergadai”…
biasa la 2….kita perlu belajar dr kesilapan lalu,moga warga Kunak dpt apa yg diperjuangkan slama nie.terus mengkritik utk kebaiakan bukan utk mengaibkan…wasalam.
kita juga tidak boleh salahkan yb yg dulu…sebabnya…kenapa dia menang kalau org kunak sendiri tidak memberikan kemenangan pada dia??..apakah kerana 20 ringgit dan sekilo ikan masin…maruah dan semangat perjuangan org2 kunak berkubur begitu saja??….lain kali berhati2 dgn politik IKAN MASIN itu!!!….
semoga warga kunak akan mendapat kemenangan yg besar dari semua sudut bersama Yb yg baru ini…amin.
Dearest warga kunak yg prihatiin…camna?…skrg kita sudah tau what had happened to US in Kunak…
Ndakkan la kita berani ckp jak but yet no action has been taken…I really think that kita should do something…for the sake of penduduk jati Kunak. Kita perlu sedarkan org tua kita dan masyarakat di kunak ni supaya mengubah cara diorg berfikir…kalau bukan kita yg ade pendidikan ni bg input, sapa lagi…
Telampau byk bnda yg ndak betul berlaku depan mata kita…instead of blaming org lain terus-terusan…lagi bagus kalau kita take the responsibilities and try to change semua yg ndak betul ni…
So…for those yg berani take the challenge and take this responsibilities…why not…kita build a team…memperjuangkan masa depan dan hak kita di Kunak…
Cakap jak ndak cukup Fren….
setelah saya baca, rata-rata org kunak tidak suka sama itu yb jasa & orang semporna
siapa orang kunak?
itu salah yb itulah
bukan salah org sempornakalau begitu mau ada menteri kunak khaslah
jangan telampau zumudlah
di semporna ini, banyak org kunak jualah
org KL pun banyak
orang pilipinpun banyak
orang indon pun bannyak, kami tidak pernah merungutlah……. ahi ya
Hah.. Semua YB UMNO di Kunak tu sama shj…. sebelum kena undi, janji sana, janji sini… sudah di undi.. haram!!!! Kena buat pembaharuan sikit la.. kita undi pembangkang.. kalu ndak bagus.. pilihanraya lain kali hajar lagi…
kita kena bantu nelayan di kunak pula. pengurus dan beberapa lembaga pengarah Persatuan Nelayan Kunak pecah amanah . betulkah? Persatuan nelayan yang sepatutnya melindungi dan membela nasib nelayan kini digunakan untuk kepentingan mereka.
why everybody so angry with yb.jas???????????
let me knw what going on pls………………..