Diami tanah sejak sebelum merdeka, mahu diusir kejam bak pelarian

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) – PAS kesal dengan sikap kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana mahu meroboh dan mengusir penduduk Kampung Simpang Batu, Kuala Lumpur, sedangkan mereka meneroka kawasan kediaman sejak sebelum merdeka.

PAS juga menyelar kerajaan kerana tidak mempunyai perancangan yang teliti dan sistematik dalam membela peneroka bandar yang seringkali ‘dianaktirikan’ apabila sesuatu projek atau pembangunan dijalankan.

Continue reading

Siling Plaster Bukan Penyelesai Masalah Bocor

Isu keruntuhan siling di pejabat-pejabat Kerajaan baru-baru ini benar-benar mengusarkan Samy Vellu. Siasatan telah dijalankan oleh Kementerian Kerjaraya.

Namun keputusan bagi menguatkuasakan penggunaan siling plaster bagi mengantikan siling jenis akustik bagi semua projek baru pada masa akan datang dijangka tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Siling plaster memang agak mahal kerana ia diperbuat dari campuran batu kapur. Walaubagaimana pun ia juga tidak mampu menampung barang yang berat dan mempunyai risiko untuk bocor sama seperti siling akustik. Ia juga mampu menjadi tempat pembiakan kulat bila terkena air.

Continue reading

Ayuh ke himpunan umat Islam Jumaat ini!

Oleh Anis Nazri

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) – Kerajaan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas merampas kabinet Hamas, sedangkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Ismail Haniyeh itu adalah pilihan rakyat yang sah pada pilihan raya Palestin.

Justeru, ayuh! Umat Islam diseru beramai-ramai membantah kebiadapan Fatah itu dengan menyatakan sokongan terhadap Hamas pada 29 Jun ini, selepas solat Jumaat.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, NGO-NGO, dan mahasiswa Islam itu akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika, Jalan Ampang.

Kepada para pencinta kebenaran, anda diminta menyatakan bantahan atas tindakan Fatah, di samping menyatakan sokongan kepada Hamas sebagai sebuah kerajaan yang sah. – mks.

ASTRO Untung RM31.9j, Tapi Yuran Langgan Tetap Naik RM 15

ASTRO All Asia Networks Plc mencatat keuntungan bersih RM31.9 juta bagi suku kewangan pertama berakhir 30 April 2007.

Keuntungan ini diperolehi sebelum kadar yuran langganan dinaikkan kepada RM 15 pada bulan lepas. Dengan pengumuman yang dibuat oleh ASTRO ini, seluruh pelanggan Astro dinegara ini terasa seperti dibuli oleh syarikat pengedali TV Satelit ini.

Continue reading

Permbebasan Eric Chia Bukti Kepincangan Serius Sistem Kehakiman Negara

Pembebasan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock daripada tuduhan pecah amanah jenayah (Criminal Breach of Trust – CBT) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melengkapkan lagi episod malap sistem perundangan tanahair, sekaligus mencalarkan lagi sistem kehakiman negara yang sedia parah.

Continue reading

Stesen KBS terharu kisah Mariam

Oleh Azida Shaharuddin

JOHOR BAHRU: “Kasih seorang ibu terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar. Walaupun selepas 64 tahun meninggalkan anak-anaknya, Mariam (Johari) tidak dapat melupakan mereka.” Kasih sayang Mariam itu menjadi pendorong Produser Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young mengikuti liku hidup wanita Melayu kelahiran Plentong, Johor itu.

Continue reading

Sambutan Hari Guru Pasti Wilayah Persekutuan 2007

Pada 23 Jun 2007, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras telah berlangsung program Sambutan Hari Guru Pasti Wilayah Persekutuan 2007. Majlis bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari.

Kira-kira 30 orang guru Pasti dari 15 buah pasti yang ada di sekitar Kuala Lumpur telah hadir untuk meraikan majlis yang khas diadakan untuk mereka.

Continue reading

Altantuya dan Razak Kahwin di Hong Kong

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Norhashimah Mohd Radzali

SHAH ALAM: Altantuya Shaariibuu memberitahu penyiasat persendiriannya, Ang Chong Beng (gambar), dia sudah berkahwin dengan Abdul Razak Baginda di Hong Kong tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu semalam.

Ang, 56, memberitahu mahkamah, perkara itu diberitahu Altantuya kepadanya pada September 2006 ketika beliau ditugaskan oleh wanita Mongolia itu menyiasat sama ada Abdul Razak berada di Malaysia atau luar negara.

Continue reading

Kakitangan awam tidak perlu takut nyatakan pendirian politik – Abdullah Karim

Oleh Basiron Abdul Wahab

TEMERLOH, 27 Jun (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pahang berharap teguran Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato’ Tan Aminuddin Ishak terhadap guru supaya jangan menantang arus yakni mencampur aduk kegiatan siasah dengan tugas guru terpakai untuk semua parti politik.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim berkata, pihaknya bersetuju dengan teguran beliau jika teguran tersebut ikhlas dan membabitkan semua guru termasuk guru-guru yang menjadi memimpin Umno di kampung-kampung.

Continue reading

Usaha Turunkan Harga Set-Top Box Sebelum RTM Tukar Kepada Siaran Digital

Oleh Chong Shelly

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) — Kerajaan akan memikirkan cara yang terbaik bagi menurunkan harga set-top box yang diperlukan oleh pengguna bagi mengakses siaran televisyen digital (DTV) sebelum RTM menukar siarannya daripada sistem analog sekarang kepada DTV menjelang 2015.

Continue reading

“Tangan ghaib arah Jais tahan saya”

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) – Pendakwah dan juga bekas penyanyi kumpulan rock The Riyadh, Ustaz Akil Hayy Rawa mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ bermotif politik yang mengarahkan agar beliau ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau yang ditahan ketika memberi kuliah di Surau al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada malam 23 Jun lalu mendakwa ada usaha pihak tertentu yang cuba memerangkapnya, katanya semasa ditemui Harakahdaily dalam satu majlis pelancaran album di Kuala Lumpur semalam.

Continue reading

Bantu kumpul dana beli Darul Ummah

Oleh Nurhelmi Ahmad

PAS Kawasan Titwangsa melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Pembelian Darul Ummah (PADU) sedang berusaha keras untuk mencukupkan pengumpulan dana pembelian tapak yang diduduki di mana terletaknya Markaz PAS Kawasan Titiwangsa iaitu Darul Ummah.

Jumlah yang mesti dikumpul adalah sebanyak RM250,000 iaitu 50 peratus daripada harga jualan yang diletakkan oleh pemilik tanah tersebut dalam jangka masa sehingga hujung bulan Jun 2007.

Tanah seluas 8393.5 kaki persegi itu telah disewa sejak tahun 2000. Antara mekanisma pengumpulan dana adalah menerusi skim Qardhul Hasan, Infaq dan Wakaf.

Untuk itu, sahabat-sahabat dipohon untuk mewakafkan perbelanjaan dapur untuk 1 minggu saudara, atau bajet pakaian baru saudara atau keluarga bulan ini, atau aksesori kereta yang kalau tidak pasang pun, kereta saudara masih boleh berjalan lagi, atau duit perbelanjaan elektrik saudara yang digunakan untuk tidur selesa di dalam bilik hawa dingin untuk 2 bulan, yang mana mungkin setiap satu berjumlah RM100 atau kurang, untuk diwakafkan ke Darul Ummah

Tuntutlah kebaikannya di kubur nanti, di mana tiada apa yang dapat membantu selain salah satunya, harta yang dibelanjakan untuk Allah. Harga wakaf adalah RM 100 bagi 1 kaki persegi.

Sila hubungi nama yang tertera di bawah:

Urusan Qardhul Hasan:
Hedzer (019-2708639/014-6279847)

Urusan Infaq:
Zakri (019-2107060)

Urusan Wakaf:
Ust Amran (019-3654505)

No Akaun BIMB: 14-032-01-003510-0
Cek atas nama: Tabung Pembangunan Darul Ummah UMMAH 2000 – 2007

* Nurhelmi Ahmad ialah Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa

Kes Altantuya: Abdul Razak Baginda Ancam Mahu Bunuh Mereka, Kata Namiraa

SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Abdul Razak Abdullah Baginda, penganalisis politik yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu, telah menghantar dua lelaki untuk mencampak wanita Mongolia itu, serta dua yang lain, keluar dari tingkap dan membunuh mereka.

Namiraa Gerelmaa, 23, dari Ulan Bator, Mongolia berkata beliau, Altantuya dan rakan mereka, Uuriintuya Gal Ochir, telah beberapa kali didatangi K. Suras Kumar, pembantu P.Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak, di hotel mereka menginap, untuk mengugut membunuh mereka.

Continue reading

Piket bersama MTUC Hari Ini

Tarikh : 25 Jun 2007 (Isnin)
Jam 5-6.30 Petang

Kuala Lumpur:
Berhampiran bangunan KWSP, Jalan Raja Laut.

Selangor :
Berhampiran Lam Soon dan Cycle & Carriage, Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya,
Bulatan Sek 15, Shaha Alam (berhampiran Goodyear),
Bulatan Sek 16, Shah Alam (berhampiran ProtonKlang),
Berhampiran Jaya Jusco, Bandar Baru Klang,
Berhampiran Pasaraya Warta Bangi.

Melaka :
Berhampiran Melaka Mall.

Johor :
Berhampiran Pejabat Pos Johor Bharu.

Perak :
HSBC, depan Tmn Sri Kelebang Ipoh.

Pulau Pinang :
Jalan Baru Prai, berhampiran Mega Mall & padang TNB.

Sarawak :- Wisma
Saberkas, Kuching (simpang Batu Lintang – Green Road).

Kanak-kanak 12 Tahun Menang kerana prihatin

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

SHAH ALAM: “Saya dah nampak, takkan saya nak biarkan. Jika dibiarkan, akan berlaku pembaziran,” kata pelanggan ‘cilik’ Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Nor Azwa Asshifa Asseri, 12, yang melaporkan kejadian paip bocor berhampiran kediamannya kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel), Oktober tahun lalu.

Berikutan keprihatinannya, dia dipilih sebagai seorang daripada sembilan pemenang pelanggan prihatin kategori sekolah rendah anjuran Syabas.

Continue reading

MTUC jadi piket

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 24 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan berpiket esok bagi menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta.

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamad berkata, memandangkan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan tersebut selepas tempoh seminggu diberikan, MTUC tidak akan berganjak dengan pendirian asal kesatuan itu.

Katanya, bermula pukul 5 hingga 6.30 petang esok, ahli-ahli MTUC akan berkumpul untuk mengadakan piket serentak di lebih 13 lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam, Klang, Johor, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban.

Continue reading

Apa relevan Finas sambut ulang tahun?

SAYA hairan kenapa Perbadan Filem Nasional (Finas), sebuah agensi kerajaan menyambut hari ulang tahun penubuhan mereka dalam bulan Jun setiap tahun?

Dan sekarang ini mereka asyik mengadakan acara untuk menyambut ulang tahun ke-26 dengan kemuncaknya sebuah jamuan makan di Hotel Istana pada 26 Jun ini.

Kenapa Finas rasa ia begitu besar dan penting sehinggakan ia mahu mengadakan upacara ulang tahun setiap tahun?

Sedangkan agensi kerajaan lain termasuk jabatan yang lebih penting dan ulung tidak berbuat demikian.

Continue reading

Bicara Kes Altantuya Minggu Pertama Penuh kejutan

Oleh MURNI WAN OMAR, Harian Metro

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pembunuhan model sambilan dan jurubahasa, Altantuya Shaariibuu, 28, yang berlangsung lima hari sejak Isnin lalu, sememangnya menjadi tumpuan.

Ini kerana, kes membabitkan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 46, itu dipenuhi pelbagai kejutan.

Continue reading

50 Tahun Merdeka : Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak

Oleh Herman Samsudeen

Semalam, seorang sahabat yang juga bekas pensyarah saya, Sdr Raja Ahmad Iskandar dari Manchester menghantar satu email yang agak menarik.

Artikel bertajuk “Bartenders whip up a storm at contest”, terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.

Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.

3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.

Continue reading