5 bulan 52 kes rogol

Tinggalkan komen

Julai 10, 2007 oleh HermanSamsudeen


Oleh Muhd Izawan Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA PILAH: Jumlah remaja terbabit jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 52 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu mencatatkan jumlah 52 kes berbanding sepanjang 2006 yang hanya 96 kes.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata rogol adalah jenayah kedua tertinggi dilakukan remaja sepanjang tahun lalu.

“Daripada statistik 2006, jumlah jenayah kekerasan membabitkan remaja dan pelajar 620 kes dengan kes pergaduhan paling banyak dilakukan iaitu 106 kes diikuti 96 kes rogol,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perkhemahan Kor Kadet Polis Kebangsaan Ke-11
di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran negeri, Mohd Yasin Mohd Yunus dan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Mohd Noh Kandah.

Mohd Najib berkata, secara keseluruhan, 1,831 kes jenayah membabitkan pelajar dilaporkan sepanjang 2006.

“Jumlah tangkapan yang dilakukan polis pula 3,350 orang selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, bagi jenayah harta benda, 1,211 kes dilaporkan dengan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor didapati paling tinggi dilakukan pelajar iaitu 587 kes.

“Kes kedua tertinggi pula kes curi biasa 332 yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Najib menasihatkan ibu bapa supaya memberi perhatian lebih kepada pergerakan anak mereka.

“Pendidikan di sekolah saja tidak mencukupi untuk mendidik pelajar supaya menjadi insan berguna. Kawalan ibu bapa sebenarnya memainkan peranan penting bagi membendung jenayah di kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, katanya, penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum seperti kadet polis dilihat dapat membantu menyemai disiplin dan akhlak mulia di kalangan generasi muda.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 95 other followers

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: