Pelajar perempuan samseng : belasah, bogel, rakam

22

Julai 30, 2007 oleh HermanSamsudeen


Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Sembilan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dekat Rompin, didakwa bertindak ala Mafia dengan membelasah dan merakam gambar bogel seorang rakan mereka menggunakan telefon bimbit.

Kejadian berlaku di sebuah Felda dekat Muadzam Shah apabila mangsa berusia 16 tahun dalam perjalanan ke rumah rakannya kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Bagaimanapun, dia dihalang sembilan pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sekolah sama sebelum seorang daripada mereka menghampirinya.

Menurut sumber, pelajar terbabit bertanyakan kepada mangsa mengenai sama ada dia pernah mengutuknya, termasuk memperli dirinya ‘gemuk’ tetapi mangsa menafikannya.

Bagaimanapun, pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu membelasah mangsa sebelum disertai lapan rakannya yang menanti peluang bagi melepaskan geram.

“Mangsa dibelasah bertubi-tubi termasuk ditumbuk dan ditampar sebelum diterajang sehingga tergolek di tepi jalan hingga menyebabkan mangsa cedera dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Tidak puas dengan perbuatan itu, sembilan pelajar terbabit membogelkan mangsa dengan menanggalkan baju dan seluar dalamnya hingga tidak tinggal seurat benang.

“Mangsa yang tidak berdaya melawan atau melarikan diri hanya membiarkan colinya dipotong menggunakan gunting,” katanya.

Selepas itu, katanya, seorang daripada pelajar terbabit merakam gambar bogel mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tersadai di tepi jalan.

Penyerang ‘Minah Rewang’ itu kemudian beredar sebelum mangsa yang kesakitan dan menangis memakai baju yang ditanggalkan lalu pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya dan mereka membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah, pada hari sama.

“Akibat dibelasah sembilan pelajar perempuan itu, mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di Rompin kerana kecederaan di badan sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan sembilan pelajar perempuan di rumah mereka sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh dan semua barang yang ditemui di tempat kejadian dirampas.

About these ads

22 thoughts on “Pelajar perempuan samseng : belasah, bogel, rakam

  1. durga berkata:

    Ishkkk….
    Melampau betul budak-budak sekarang. Rasanya budak-budak Lelaki pun dah kurang jahatnya berbanding pelajar perempuan. Makin lama makin menjadi isu-isu seperti ni.

  2. palie berkata:

    mak aii… ganas giler bebudak zaman skang ni yek….

  3. nuriman berkata:

    Macam ni ke generasi yang bakal menjadi ibu kepada generasi akan datang? baik tak payah jadi pompuan hampehhhhh………hilang sudah nilai kemanusiaan………….melampau sangat…huhuhu kalau dah pompuan menganas apa lagik lelaki ..ya Allah tak taulah nak jadi dengan manusia zaman sekarang..

  4. terengganukiter berkata:

    Dah kira teruk jugak ler tu moral dan perangai bebudak zaman lenni..tambah-tambah lagi perempuan pulak tu. Sebelum ni kita hanya digemparkan dengan perangai setan mat-mat rempit buat perkara yang sama seperti ini. Kena kembali kepada akar dia, kenapa dan bagaimana perkara berlaku. Tak payah pi jauh-jauh ler just tengok pengaruh hiburan Malaysia pun lenni dah cukup….haru-biru….masyallah…

  5. Affuan berkata:

    Patutkah saya tanya soalan: Boleh kah kita salahkan ibu bapa?

  6. Gelembai berkata:

    aku rasa program jaga tepi kain orang perlu dihidupkan semula tapi dalam konteks yang baru. jiran, guru, pak dan mak sedara, sedara tua, ibu bapa kena berperanan secara saksama.

  7. catitan berkata:

    samseng betul bebudak sekarang yer, campak kat hutan borneo baru diorang tau.

  8. kuat agama berkata:

    bukankah ini sudah menunjukkan bahawa sudah sampai masanya kita semua mencari Tuhan yang benar..??
    “Akulah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (yang kekal)…”

  9. nurulailyn berkata:

    YA ALLAH kau ampunkan lah mereka ini dan kau berikanlah hidayah kepada mereka,timbulkanlah di hati mereka rasa kesesalan yg membawa titik permulaan keinsafan yg sebenar benarnya..

  10. abanglong berkata:

    Emmm…Malaysia pun blum ada lg ahli gusti pompuan. Apakata lepas kena buang sekolah ni korang masuk sekolah wrestling pastu register kat WWE ke stampede wrestling ke… korang bole belasah orang dan orang pun bole ‘hanyam’ sama korang. Baru adil mah..

  11. abanglong berkata:

    Betul gak kata nurulailyn tu, klu korang dah menyesal, bertaubat, buatlah benda2 baik dan sedia lah terima hukuman. “Berani buat berani tanggung mah..”

  12. Hambali berkata:

    aku xsuka nengok orng belasah2ni, aku nk ckp skit kpd smue rakyat Malaysia jgan la bergaduh sbb nk sambut merdeka yg ke 50 tahun bye……….merdeka…..merdeka……merdeka.uuummmmaa

  13. dabaq berkata:

    astaga bdak2 ni patut sumbat je kat penjare fox river

  14. shahrul berkata:

    bodo gila babi

  15. fiqah berkata:

    rasa kan sumbat je dlam pnjara biar lepa rasa nk jdi samseng sngat

    • JEFF berkata:

      dia orang ni patut kena penjara biar dia orang rasa,dan jangan lupa juga denda diorang hukum sebat depan pelajar lain biar jadi teladan untuk pelajar yang lai supaya kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.,inilah masalah sekarang bila cikgu pukul sikit nanti repot kat mak bapa dan sampai pula ada kes cikgu kena saman =,mak bapa mana tahu anak dia buat apa kat sekolah belajar ke main ke,tak tahu mak bapa diaorang.dan inilah punca sebenar gejala sosial seringkali berlaku di sekolah,sekolah adalah tempat untuk menuntut ilmu bukan untuk bergaduh,sekolah juga adalah tempat paling aman dan selamat dan kalau sudah ada kes pelajar bulu budak lain itu dah menjadikan sekolah bukan tempat yang selamat lagi untuk belajar.dan untuk menangani kes seperti ini ibu bapa dan guru harus lebih perihatin…

  16. malaysia baru berkata:

    Cakap banyak2 tak guna.
    Ada dua cara yg kita kena buat:
    1. Berdakwah dgn sebaik cara : semua kena buat.
    2. Pastikan negara ini mendapat rahmat Allah dgn ikut agama…: pastikan BN/UMNO tumbang
    kerana
    BN/UMNO punca maksiat di Malaysia.

    Just do it…

  17. ariana berkata:

    kenapalah mereka buat macam itu…..ish…ish….
    manusia ni kenalah brsabar…..jgn sampai terlanjur….
    tengok sekarang ni sapa yg susah…..sapa yg terkena
    jgn sesekali kita ni nak jadi samseng terhebat…
    kalau nak jadi samseng jgn terlampau sangat ok……

  18. zeeqaeliana berkata:

    Ala stakat kene ejek gemok pown nak marah. Kampung betol la ko nie. Bdak yg kne blasah ni pun mesti mulut lazer jugak. Zaman dah moden ooi, xpyah blasah-blasah, saman jek ler..

  19. bellejikyicewpunkzss berkata:

    bak2 zaman skunk da terowk gler nak mampowssss!!!!lau x puazsss aty ckp jer lar..nieyh ramai lwan 1 mane bley bai!!!2 sdah lbey…

  20. as berkata:

    9 pelajar perempuan 2 lagi hina dari binatang. kalau buat mcm tu pada keluarga aku, tau la tempat korang kt mane. sekolah agaknye bodoh, moral pun xde. ni jenis yg x tau bersyukur dan tak tau jage name keluarga. hari ni korang bt org lain, nanti orang lain akan bt begitu pada anak kamu pulak

  21. bulangou berkata:

    kita orang sokong kalau mereka ini masuk sekolah ahli gusti.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 93 other followers

Julai 2007
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers

%d bloggers like this: