Pesawat Nuri Tidak Menghadapi Masalah Teknikal Sebelum Terhempas

2

September 28, 2007 oleh HermanSamsudeen


KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Laporan analisis dan kejuruteraan menunjukkan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang nahas di Genting Sempah Julai lalu tidak mengalami masalah teknikal.

Hasil siasatan juga mendapati tidak berlaku kebakaran pada enjin dan kotak gear sebelum nahas itu, kata Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Bashir Abu Bakar ketika mengumumkan laporan siasatan nahas itu di sini hari ini.

“Pasukan siasatan telah melakukan pelbagai ujian dan analisis ke atas beberapa komponen penting pada pesawat Nuri seperti enjin dan gear box. Analisis ke atas sampel minyak, cecair hidraulik dan pelincir yang digunakan oleh pesawat terbabit juga dibuat.

“Laporan analisis dan laporan kejuruteraan menunjukkan bahawa tiada sebarang masalah pada sampel-sampel dan tiada bukti bahawa ada masalah teknikal pada pesawat itu,” katanya.

Nahas 13 Julai itu mengorbankan juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Mohd Azmi Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan ke Kuantan dari Pengkalan TUDM Sungai Besi di sini.

Bashir berkata siasatan mendapati pesawat itu telah melanggar kanopi pokok sebanyak tiga kali sebelum ia terhempas.

Cuaca buruk akibat hujan yang menyebabkan jarak penglihatan kurang dua kilometer serta keadaan muka bumi yang berbukit-bakau juga menyumbang kepada nahas itu, katanya.

“Faktor utama nahas adalah helikopter terbabit telah melanggar beberapa kanopi pokok sebelum terhempas dalam percubaan melepasi kawasan Genting Sempah,” kata Bashir.

Beliau berkata terdapat dua orang saksi yang melihat pesawat Nuri terbabit terbang pada paras rendah.

“Pada jam 9.35 pagi, seorang pegawai Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli di Gombak, melihat pesawat terbang rendah dalam keadaan berkabus tebal masa itu. Sementara itu saksi kedua, seorang pegawai TUDM, lihat Nuri tersebut membuat pusingan kiri pada kordinat 280,” katanya.

Beliau berkata juruterbang pesawat Nuri tersebut telah membuat keputusan untuk tetap membuat penerbangan walaupun sedar cuaca amat buruk.

Katanya, juruterbang perlu memeriksa cuaca dan mencari altitud yang selamat untuk melakukan penerbangan dan bukannya terbang rendah dalam keadaan kabus tebal.

“Juruterbang terbabit perlu patah balik bila keadaan macam itu dan kena ada awareness. TUDM membuat keputusan untuk membuat latihan “situational-awareness” bagi juruterbang supaya dapat buat keputusan semasa penerbangan dan kecemasan,” katanya.

Lembaga penyiasatan khas TUDM diketuai oleh Left Kol Syed Islam Shahajam dan dibantu oleh Left Kol (Dr) Zuki Othman, Mejar Yee Ching Choy dan Mejar Muhd Noorafzanidzam Frienney Salleh.

– BERNAMA

About these ads

2 thoughts on “Pesawat Nuri Tidak Menghadapi Masalah Teknikal Sebelum Terhempas

  1. mizi berkata:

    bulll shit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  2. How come laporan nahas Genting Sempah cepat keluar… manakala nahas 26-04-1976 tak keluar keluar selepas 36 tahun??? Siapa yang tembak jatuh heli FM 1715 berkenaan??? Apa sebenar nya berlaku…?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

September 2007
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: