Pertikai ‘Rasa Sayange’, tanda Indonesia hilang rasa sayang serumpun terhadap Malaysia

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

SEREMBAN, 3 Okt (Hrkh) – Tindakan beberapa ahli Parlimen dan politik negara jiran Indonesia mempertikai hak cipta lagu ‘rasa sayang’ terhadap Malaysia membayangkan betapa rakyat negara jiran berang dan hilang rasa sayang serumpun terhadap Malaysia atas beberapa sebab, kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar.

Menurut Kamarudin, meskipun pertikaian terhadap lagu ‘Rasa Sayange’ itu dilihat sebagai satu perkara yang kecil, tetapi ia menandakan rasa marah rakyat negara itu terhadap sikap Malaysia dalam melayani warga Indonesia di sini.

Beberapa kes yang berlaku ke atas warga Indonesia baru-baru ini membuatkan rakyat negara itu mula membibitkan rasa marah meskipun melalui hal-hal yang kecil yang tidak sepatutnya dijadikan isu, kata Kamarudin.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini ketika mengulas isu pertikaian lagu ‘rasa sayang’ oleh rakyat negara jiran semalam.

Kes babitkan polis dan Rela

Mengulas lanjut beliau berkata, kes polis Malaysia mengganasi jurulatih karate negara Indonesia yang berlaku di Nilai, Negeri Sembilan baru- baru ini turut menyumbang kepada kemelut antara dua negara.

Selain itu beberapa kes membabitkan penderaan amah (pembantu rumah warga Indonesia) oleh majikan-majikan di sini juga menyebabkan rakyat negara itu mula menyimpan rasa marah terhadap Malaysia, katanya.

Sikap pertubuhan Rela dan pihak berkuasa menangani pendatang dari Indonesia selain berlakunya kes rogol warga Indonesia oleh anggota Rela menyebabkan api kemarahan membara, katanya.

Malah dasar serantau yang diamalkan Malaysia hari ini terlalu kurang memfokuskan hubungan dengan Indonesia menyebabkan negara tersebut ‘kecil hati’ dengan layanan yang diberikan, katanya.

Malaysia cenderung kepada Singapura, Amerika

“Malaysia lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Singapura, dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri lebih senang untuk berkunjung ke Australia, Rusia dan Amerika Syarikat menyebabkan hubungan yang selama ini agak baik menjadi renggang,”katanya.

Malaysia juga lebih banyak memberi tumpuan kepada hubungan dengan Singapura berikutan beberapa faktor politik dan kekronian berbanding Indonesia, katanya.

Kebimbangan timbul jika suatu hari nanti isu-isu seperti pertikaian lagu ini hanya akan membibitkan rasa marah lalu menyebabkan kemungkinan berlakunya ‘konfrontasi’ sekali lagi, katanya.

Walaupun kemungkinan pemerintan Indonesia tidak menggalakkan konfrontasi, tetapi dibimbangi jika rakyat mereka bertindak sendiri, katanya lagi.

“Kita bimbang akan keselamatan, cukup ramai pelajar Malaysia yang kini sedang menuntut di Indonesia jika berlaku sesuatu.Tetapi kita tidak mahu ia berlaku dan mengharapkan agar pemimpin negara kita sedia berdialog dan berbincang memperbaiki hubungan dua negara agar keadaan aman sentiasa,”katanya.

Untuk itu Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, sudah tiba masanya Malaysia mengeratkan semula hubungan antara dua negar melalyui pelbagai perbincangan antaranya hubungan dagangan, ekonomi dan politik.

Ahli Parlimen Indonesia pertikai lagu ‘Rasa Sayange’

Laporan Bernama menyebut, seorang anggota Parlimen Indonesia mahu kerajaannya bertindak terhadap penggunaan lagu tradisional Indonesia ‘Rasa Sayange’ dalam kempen Truly Asia anjuran kerajaan Malaysia untuk menarik pelancong.

Hakam Naja dari Partai Amanah Nasional dipetik oleh akhbar Jakarta Post sebagai berkata, jika kerajaan dapat buktikan lagu itu milik Indonesia, ia hendaklah menyaman kerajaan Malaysia.

“Kerajaan perlu selidik asal-usulnya, sama ada ia dari Indonesia ataupun bukan,” katanya.

‘Rasa Sayange’ dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia, dan dinyanyikan sejak generasi dahulu bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada alam sekitar.

Hak cipta batik juga dipertikai

Hakam juga menuduh Malaysia telah menjadikan batik sebagai hak miliknya.

“Ini berlaku kerana kerajaan Indonesia tidak bertindak berhubung hak cipta atau untuk mempatenkan warisan negara. Jika sesiapa mahu menggunakan elemen budaya Indonesia, kerajaan perlu diberi pampasan,” kata Hakam.

Priyo Budi Santoso dari Parti Golkar pula berkata, Malaysia perlu meminta izin kerajaan Indonesia untuk menggunakan lagu itu kerana ia adalah warisan negara.

Pengerusi Majlis Hak Cipta Indonesia, Enteng Tanamal, berkata tindakan untuk menyaman Malaysia mungkin tidak akan berjaya kerana tidak ada siapa tahu siapa pencipta lagu itu.

“Bagaimana nak saman Malaysia jika tidak ada siapa yang tahu siapa pencipta lagu itu? Jadi biarlah Malaysia menggunakan lagu itu sebagai lagu tema pelancongan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan boleh menyemak dengan Jabatan Paten atau kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk cuba mengenal pasti pencipta lagu itu.

8 Respons

  1. [...] Ditulis oleh Junarto Imam Prakoso di/pada Oktober 19th, 2007 Malaysia tak habis pikir dengan sikap Indonesia yang mempertikai Lagu “Rasa Sayange” yang menjadi lagu tema kampanye parawisata mereka. Mereka bersikeras “Rasa Sayang” adalah lagu rakyat Nusantara. Buat mereka, sikap Indonesia emosional karena membesar-besarkan masalah kecil. “Indonesia telah hilang rasa sayang serumpun,” kata mereka. [...]

  2. mungkin lagu rasa sayange(sayang) telah sama2 dinyanyikan sejak dahulu di kedua negara. dan kejelasan siapa penulis aslinya sungguh belum di ketahui secara jelas.
    untuk saling menjaga rasa dikedua belah pihak.., mungkin lebih bagus pihak malaysia tidak usah memakai lagu tersebut untuk promosi parawisata negeri tersebut.
    pakai lagu2 malaysia yang lain saja.., yang jelas dibuat oleh pembuat lagu dari malaysia.
    misal M.Nasir… dll. gitu kan lebih baik?

  3. Malaysia Akhirnya Akui Rasa Sayange Milik
    Indonesia
    Selasa, 13 November 2007, 08:38:29

    Jakarta, myRMnews. Pemerintah Malaysia akhirnya menyerah soal polemik lagu Rasa Sayange. Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan Malaysia Rais Yatim telah bertemu dengan Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Jero Wacik. Dalam pertemuan itu, Malaysia mengakui lagu Rasa Sayange sebagai lagu asli Indonesia.

    Ketua Umum DPP Persatuan Artis Penyanyi, Pencipta Lagu, dan Penata Musik
    Rekaman Indonesia (PAPPRI) Dharma Oratmangun mengatakan, dalam kunjungan
    ke Malaysia, lahir kesepahaman antara Jero Wacik dan Rais Yatim. “Persoalan lagu Rasa Sayange selesai. Secara de facto, Malaysia mengakui itu milik Indonesia,” kata Dharma kemarin (12/11).

    Pernyataan eksplisit Rais Yatim, menurut Dharma, disampaikan saat acara Temu
    Jembatan Budaya di Kuala Lumpur kemarin. Dharma merupakan salah seorang
    anggota delegasi kebudayaan Indonesia. “Oleh Pak Menteri (Menbudpar Jero Wacik) disampaikan bahwa sebagai negara bertetangga, semua persoalan agar diselesaikan dalam konteks masing-masing. Adapun lagu Rasa Sayange sudah bisa dipahami
    sebagai warisan yang dipunyai Indonesia,” jelas Dharma.

    Lagu tersebut memang hidup di masyarakat secara luas hingga ke Malaysia. Karena itu, rakyat Malaysia juga mengenal dengan baik lagu tersebut. “Jadi, tidak ada
    masalah lagi,” tegasnya.

    Jero Wacik saat dihubungi tadi malam membenarkan bahwa masalah lagu Rasa Sayange sudah tuntas. “Sebenarnya, tidak hanya masalah itu yang dibahas. Ada banyak hal,” kata Jero. Sayang, pembicaraan tidak berlanjut karena Jero sedang mengikuti jamuan makan malam.

    Sebelumnya, kementerian kebudayaan Malaysia mengakui telah lalai menggunakan lagu Indonesia lainnya. Yakni, lagu Tiar Ramon karya musikus Minang, yang digunakan tarian delegasi Malaysia pada Asia Festival 2007 di Osaka.

    Indonesia tidak akan memperkarakan lagu dan kesenian yang dipakai Malaysia. Sebab, Indonesia dan Malaysia masih serumpun. Hanya, Indonesia meminta, jika
    Malaysia menggunakan kesenian Indonesia, harus diumumkan kepada publik bahwa itu berasal dari Indonesia.

    Di Malaysia, selain menghadiri Temu Jembatan Budaya, Jero Wacik membuka Indonesia Trend (Trade, Tourism, and Investment) Expo 2007 di Kuala Lumpur. Itu merupakan pameran produk-produk ekspor Indonesia ke Malaysia.

  4. [...] Malaysia tak habis pikir dengan sikap Indonesia yang mempertikai Lagu “Rasa Sayange” yang menjadi lagu tema kampanye parawisata mereka. Mereka bersikeras “Rasa Sayang” adalah lagu rakyat Nusantara. Buat mereka, sikap Indonesia emosional karena membesar-besarkan masalah kecil. “Indonesia telah hilang rasa sayang serumpun,” kata mereka. [...]

  5. [...] Malaysia tak habis pikir dengan sikap Indonesia yang mempertikai Lagu “Rasa Sayange” yang menjadi lagu tema kampanye parawisata mereka. Mereka bersikeras “Rasa Sayang” adalah lagu rakyat Nusantara. Buat mereka, sikap Indonesia emosional karena membesar-besarkan masalah kecil. “Indonesia telah hilang rasa sayang serumpun,” kata mereka. [...]

  6. lagu jerrr. tak payah panjang panjang…yang penting kita nyanyi sama sama untuk hiburan seterusnya…benda yang kecil jangan lah di perbesar macam nak tsunami…

    Muda muda jangan ikut hati…

  7. baka..baka desu malaysia……i love indonesia kawaiso ne…indonesia indo wa shinsetsu na…. malay yaku ni tata nai.!!!!! wakaru desu ka?

  8. Sebenernya bangsa Indonesia tidak akan dan tidak mau meributkan masalah kecil seperti yang diurai di atas, kenapa kita sensitif terhadap isu di atas?

    1. Sipadan dan Ligitan case
    2. Issue Malaysia akan mematenkan Batik
    3. Claim Malaysia terhadap reog
    4. Issue kekerasan dan pelecehan Malaysia terhadap masyarakat indonesia

    seta issue2 lain yang ikut memberikan rasa antipati bangsa indonesia terhadap Malaysia

Tinggalkan jawapan