Tuntutan syarikat pengangkutan awam untuk naik tambang hingga 600% tidak wajar

1

Oktober 4, 2007 oleh HermanSamsudeen


Tuntutan menaikkan kadar tambang antara 100-600 peratus pada tahun hadapan oleh syarikat-syarikat pengangkutan awam adalah tidak wajar. Tuntutan ini agak melampau jika dibandingkan dengan keadaan semasa rakyat yang bakal menghadapi ‘putaran ganas’ ekonomi kapitalis yang semakin menghimpit kantung rakyat menjelang tahun hadapan.

Refleksi tuntutan yang bakal dihadapi juga merunsingkan kerana kadar pertumbuhan gaji dinegara ini amat rendah khususnya di sektor swasta berbanding dengan apa yang terpaksa dihadapi oleh rakyat dipasaran barangan dan perkhidmatan.

Oleh itu, pihak Kerajaan haruslah menilaikan tuntutan ini dengan mengambil kira kemampuan rakyat yang mana kita juga menghadapi krisis ketidakwajaran kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh industri pengangkutan negara ini dan mereka juga masih mampu meraih keuntungan besar dalam keadaan sekarang.

Oleh itu, satu ketetapan harus dilakukan bagi memastikan agar kitaran ganas ekonomi negara tidak terus menerus berlaku dalam tempoh yang pantas sehingga rakyat tidak lagi mampu untuk menghirup kedamaian fikiran lantaran memikirkan beban sara hidup yang melonjak tinggi hingga meninggalkan mereka dibawah paras kemiskinan beku.

Kita tidak seharus terus menerus hidup begini jika fakta kerajaan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan stabil adalah benar. Oleh itu Kerajaan perlu menginsafi dakwaan mereka dan mengakui kelemahan yang ada serta bersikap tegas kepada pengusaha yang dengan wewenangnya menaikan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati mereka tanpa sedikit kepedulian pada kemelaratan rakyat – Herman

————–

Utusan Malaysia : Pengangkutan awam tuntut naik tambang hingga 600%

Oleh Norliza Abd. Rahman

PUTRAJAYA 3 Okt. – Syarikat pengangkutan awam memohon untuk menaikkan kadar tambang antara 100 hingga 600 peratus mulai tahun depan dengan alasan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran berkata, tuntutan itu adalah untuk semua jenis pengangkutan awam.

Sehubungan itu, katanya, kadar tambang baru untuk semua jenis pengangkutan awam akan diumumkan pertengahan tahun depan selepas mengambil kira kos operasi itu.

“Kita tidak akan terima bulat-bulat pandangan mereka. Banyak penilaian perlu dibuat tetapi kita juga mengambil kira kenaikan kos operasi terutamanya bahan api yang mencecah sehingga 60 peratus.

“Kadar tambang baru akan datang bukan sahaja melambangkan kepada kos yang mesti ditanggung oleh penumpang tetapi ia juga mesti menggambarkan bagaimana pengusaha itu sendiri boleh meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus kesedaran pemandu bas ekspres sempena musim perayaan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini, hari ini.

Katanya, semakan tambang baru pengangkutan awam itu akan dilakukan serentak untuk bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi.

“Ini kerana penumpang bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi adalah berlainan antara satu sama lain.

“Semakan secara serentak lebih praktikal kerana kalau sekarang kita kaji teksi enam bulan akan datang bas pula, lepas itu teksi terasa nak naikkan lagi, jadi elok kita buat seragam semua sekali dan gunakan ia sebagai ukuran,” katanya.

Beliau berkata, semakan kadar tambang untuk pengangkutan awam adalah setiap lima tahun tetapi ia boleh dipercepatkan mengikut keperluan semasa.

Markiman berkata, kali terakhir semakan semula tambang bas dan teksi dilakukan pada 2005.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu pembayaran gaji pokok serendah RM250 kepada pemandu bas berlaku disebabkan oleh tindakan pengusaha memajakkan perkhidmatan mereka kepada pihak ketiga.

Menurutnya, jika sesebuah syarikat pengangkutan itu menjalankan sendiri operasinya, masalah gaji rendah tidak akan timbul.

About these ads

One thought on “Tuntutan syarikat pengangkutan awam untuk naik tambang hingga 600% tidak wajar

  1. amien berkata:

    adakah rapid penang pegangkutan yang mencapai tahap penyelenggaraan yang sempurna
    adakah rapid penang menikut dasar pengangkutan jalan?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 97 other followers

Oktober 2007
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 97 other followers

%d bloggers like this: