Afghanistan 19 Tahun Terkehadapan dari Malaysia bagi program Angkasa Lepas

2

Oktober 22, 2007 oleh pemudawilayah


Oleh iBNuZaCK2

Jujur penulis katakan, antara rakan bloggers yang penulis kenali, penulis mungkin blogger yang paling malas mengulas berkenaan keberangkatan Dr Syeikh Muszaphar ke angkasa. Ramai teman penulis sendiri mengkritik, membelasah dan tidak kurang juga yang cuba husnuzzan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi dengan harapan moga-moga berpadananlah hasil yang diterima daripada misi yang dilaporkan mencecah kos RM100 juta.

RM 100 juta bukan sedikit. Andai jumlah sebesar itu digunakan bagi membina rumah kos rendah,maka 25 000 rakyat kerdil akan dapat berteduh dari hujan dan panas. Tidak perlu lagi rakyat Kampung Berembang hidup di dalam khemah dan tidak perlu lagi penduduk Kampung Bujal menangis melihat tumbangnya masjid mereka. Andai wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan,maka ratusan ribu remaja Islam tidak perlu menanggung beban riba PTPTN

Jadi, nilai sebesar itu jika dibelanjakan, pastilah ianya lebih bernilai dan lebih penting daripada memberikan tempat berteduh buat rakyat atau membebaskan pelajar muslim dari belenggu riba. Sekurang-kurangnya ia penting buat survival politik parti pemerintah.Manakan tidak,ditengah-tengah hambatan peristiwa rusuhan Batu Buruk,kadar jenayah yang meningkat,pakatan VK Lingam-Tun Ahmad Fairus, Altantuya Sharibuu yang kematiannya genap setahun hari ini (19 Oktober 2006) dan kegagalan pengurusan ekonomi negara,maka Sheikh Muszaphar adalah satu-satunya umpan yang tinggal untuk diberi makan buat rakyat. Jesteru tidak hairan jika kejayaan gemilangnya ke angkasa diperbesar-besarkan media hingga menenggelamkan isu lain yang lebih penting,isu lain yang lebih wajar mendapat keutamaan.

Penulis sememangnya tidak menolak kemajuan.Andai sudah pelbagai negara ke angkasa dan kita baru memulakannya 9 hari yang lalu,tidak mengapa.Sekurang-kurangnya lebih baik bermula lewat tapi tidak bermula langsung. Namun, apa yang menjengkelkan hati penulis tatkala melihat laporan demi laporan propaganda pro kerajaan yang seolah-olah menyifatkan kejayaan Syeikh Muszaphar ke angkasa ini sebagai tanda negara maju,negara sudah setaraf dengan negara maju lain dan sebagainya. Eh! apakah negara yang menumpang kapal angkasa sudah boleh dianggap hampir mencapai taraf negara yang mencipta kapal angkasa itu sendiri?

Akhirnya pagi semalam penulis ketemu juga dengan sesuatu yang memeranjatkan penulis sendiri. Laman yang memuatkan koleksi astronout yang ada antara mereka sudah 4 kali terbang ke angkasa. Namun yang lebih menarik hati penulis adalah biografi astronaut di bawah ini.


Abdul Ahad Mohmand

Abdul Ahad Mohmand Abdul Ahad Mohmand adalah rakyat Afghanistan yang pertama dilepas ke angkasa. Jika tidak kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakan senegaranya, Mohammad Dauran Ghulam Masum,maka sudah pasti Afghanistan akan mempunyai 2 angkasawan merereka sendiri. Juruterbang tentera yang kini berusia 48 tahun itu berlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia, Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov. Beliau selamat tiba di bumi pada 6 September 1988;menjadikan ekspedisinya berjalan selama hampir 9 hari.

Cerita keseluruhan pengembaraan mereka boleh dibaca di laman web First Afghan Astronaut. Sementara biografi koleksi astronaut,cosmonaut dan adik beradiknya boleh didapati di laman ini. Sungguh jika benar kita sudah sebaris dengan negara maju dengan ‘terbangnya’ Syeikh Muszaphar ke ISS, maka bagaimana pula dengan negara Afghanistan?Boleh kita katakan Afghanistan 19 tahun lebih maju daripada kita?

Penulis teringat kata-kata seorang teman,Melayu ini kadang-kadang seperti budak kecik. Dirotan di punggung,dibedal di belakang, dicubit di lengan, di luku di kepala, di piat di bahu, maka pasti budak itu akan menangis. Tapi bila disuap sahaja lolipop 20 sen ke mulutnya, maka tangisan itu akan berganti dengan senyuman.
Anda bagaimana? Sudah dewasa atau masih ‘budak kecik’?

Jangan tuan-tuan, andainya kejayaan Dr Syeikh Muszaphar ini akan melupakan kita pada Kampung Berembang, melupakan kita pada peristiwa Kampung Bujal, melupakan kita pada skandal kapal selam,skandal kehakiman,penganiayaan di Batu Buruk,ISA, rampasan royalti, peminggiran dan berat sebelah terhadap rakyat dan kerajaan kelantan serta pelbagai lagi kisah lampau yang masih berdarah lagi lukanya. Jangan tuan-tuan,jangan jadi ‘budak kecik’..

Sumber asal: http://ibnuzack.blogspot.com

About these ads

2 thoughts on “Afghanistan 19 Tahun Terkehadapan dari Malaysia bagi program Angkasa Lepas

  1. Mari makan lolipop RM100 juta!

  2. faerrin berkata:

    sokong kamu!!!! sgt sokong!!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

Oktober 2007
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: