Kuala Lumpur, 18 Nov : Laluan Jalan Masjid Jamek dan Masjid India kembali diwarnai dengan kuning semalam. Kira-kira 30 orang pemuda dari Wilayah Persekutuan telah hadir untuk menyambung perjuangan Gelombang Kuning. Kali ini mereka hadir bukan untuk berdemontrasi, tetapi untuk mengedarkan risalah BERSIH.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr. Kamaruzaman Mohamad telah mengetuai rombongan ini dan mengedarkan risalah tersebut disekitar Jalan Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tunku Abd Rahman dan perkarangan Sogo. Sepanjang sesi edaran, Kamaruzaman juga menggunakan pembesar suara untuk memperjelaskan kepada orang ramai yang hadir tentang tuntutan-tuntutan BERSIH.
Ternyata ‘ceramah jalanan’ ini berjaya menarik perhatian orang ramai. Mereka yang mendengar dan menerima risalah BERSIH mengangkat tangan memberikan signal ‘bagus’ dan mengucapkan syabas kepada Kumpulan KUNING ini kerana berani untuk tampil sekali lagi ke tempat yang menyaksikan sejarah kebangkitan gelombang KUNING pada 10 Nov yang lepas.
Walaupun pada minggu lepas, himpunan gelombang KUNING telah dikejar dan disembur dengan asid dan gas tetapi sedikit pun tidak menakutkan mereka untuk hadir kembali ke tapak himpunan bagi meneruskan perjuangan dan memberikan ‘pendidikan politik percuma’ kepada rakyat.
Pihak Polis dan Kakitangan DBKL juga turut tidak terlepas untuk menerima risalah BERSIH, dan mereka juga memberikan kerjasama yang baik dan tidak menggangu kumpulan KUNING ini untuk mengedarkan risalah sambil mengadakan ‘ceramah jalanan’
Kamaruzaman yang ditemui menekankan bahawa para pemuda dan penyokong-penyokong BERSIH harus turun ke lapangan masyarakat bagi meneruskan perjuangan dan mengedarkan risalah-risalah bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang tanggungjawab mereka untuk bersama menegakkan kembali demokrasi yang tempang dan memilih pemimpin yang betul pada Pilihanraya akan datang.
Beliau juga berharap agar program-program BERSIH tidak bernoktah di 10 Nov, tetapi harus dperhebatkan lagi agar rakyat sedar akan hak-hak mereka.
Rata-rata rakyat masih lagi tidak mengetahui fungsi dan pentingnya diri mereka bagi merubah sistem yang ada. Maka petugas dan penyokong BERSIH akan terus menerus turun untuk membawakan mesej bermakna kepada seluruh rakyat.
Pada minggu hadapan pula pemuda-pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun mengadakan Road Show di 4 Parlimen iaitu Titiwangsa, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Putrajaya. Road Show ini juga akan dipimpin oleh Setiausaha Agung PAs Pusat, Dato’ Kamaruddin Jaafar bersama Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Mustapa Ali.
Difailkan dalam: Artikel, Demontrasi, Hak Asasi, Isu Politik, K.Media DPPWP, Keratan Akhbar, Kuala Lumpur, Laporan Aktiviti, Pilihanraya




















Inilah Yg dikatakan pemuda harapan semua bangsa..
Tahniah …Semuga Gelombang kuning terus hidup..
Gelombang kuning..Gelombang harapan rakyat.
BUATLAH SETIAP SABTU!!!!!!!!! WE LIKE YELLOW
tahniah. kita mesti bersatu dan menyebarkan informasi ini kepada rakyat jelata!
syabas Pemuda PAS!!!
bagus!!
teruskan..syabas..
BERANI KERNA BENAR. SYABAS
[...] the 18th of November, there were some yellow wave found in Masjid Jamek recently. (Source) Malaysiakini also reported that ‘Launch of Yellow Day was marred by police [...]
Teruskan perjuangan tanpa jemu….demi menegakkan keadilan dan kebenaran. Kalah di jalanraya…. tapi pasti akan semasa piliha raya…….
tahniah!! sebarkan juga kekawasan luar bandar
Fight for your right. Tuntut dengan berani hak anda. Cuma yang korup sahaja yang akan berselindung dan terus MENIPU dan MENYELEWENG