Kisah Kehidupan Presiden Iran

3

November 21, 2007 oleh HermanSamsudeen


Dr Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun beliau bermahzab syiah, namun keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Apa yang dilakukannya, jauh berbeza dengan apa yang pemimpin UMNO@Islam Hadhari kat Malaysia lakukan. Semoga pemimpin sebegini akan hadir memimpin negara ini..

Oleh : Abu Mardhiah, Subang

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran!

 

 

 

Bacalah sekali, komen-komen orang ramai tentang pemimpin yang berjiwa rakyat ini!

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by siput on Tuesday, November 20 @ 17:02:25 MYT
(User Info | Send a Message) http://siputonline.blogspot.com/
sepanjang browsing saya di internet bernaitan dengan Mahmoud Ahmadinejad .. tiada satu pun saya menjumpai gambar beliau dengan perempuan yang menjatuhkan matrabat agama .. tetapi .. apabila dicari nama abdullah ahmad badawi .. jauh sekali bezanya .. buat malu islam hadori jer ..browse sendiri .. kemudian .. nilai .. siapa yg anda akan ikut .. orang jahil .. atau orang alim ..

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by akusokongtokguru on Tuesday, November 20 @ 17:02:27 MYT
(User Info | Send a Message)
sama macam kehidupan tok guru nik aziz dan tok guru haji hadi…ALLAHHUAKBAR!!!

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by speedganu on Tuesday, November 20 @ 17:14:35 MYT
(User Info | Send a Message)
masya Allah.sorang dalam sejuta….man nak cari camni
negara arab lain termasuk malaysia..rakyatnya kuar beramai2 kerana memprotes dan membantah pemimpin2 mereka dgn sebab cara pemerintahan pemimpin mereka yg tidak kena..tp di iran..rakyatnya kuar beramai2 untuk memberi sokongan kepada presidennya…alangkah kagumnya melihat rakyat iran dan presidennya…

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by maxnaz on Tuesday, November 20 @ 17:29:15 MYT
(User Info | Send a Message)
masyaAllah…sebab tu Allah kurniakan kemajuan pada Iran.Wajarnya Ahmadinejad jadi pengerusi OIC…aku sokong SYIAH tak syiah nama yg dia bawa ISLAM bukan syiah…sejahat mana syiah dia org ISLAM sebaik mana yahudi atau nasrani dia tetap musuh ISLAM sedarlah hakikat….sampai bila kita nak berpecah..ayuh bergabung..letakkan ISLAM di atas bukan kefahaman atau ideologi.Aku sokong ahmadinejad sebab dia ISLAM bukan sebab syiah….jgn nak fitnah syiah…dia ISLAM jugak…takbiiirrr!!!! jika tak mahu syiah terkehadapan mana pimpinan sunnah..tunjukkan yg lebih baik dan bekerjasama sesama islam.igt…ayat Allah penuh seribu makna.Allah akan datangkan satu golongan yg Allah cinta mereka n mereka cinta Allah.bertegas kepada musuh dan berlemah lembut sesama mukmin islam (Mana ada sebut syiah atau sunnah???) kita ORG MUSLIM tak ada syiah atau sunnah…berbaik sangka sesama Muslim…ok?

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by rakyatmalaysia on Tuesday, November 20 @ 17:38:01 MYT
(User Info | Send a Message)
semoga allah memanjangkan umur Dr Mahmoud Ahmadinejad untuk berkhidmat kepada manusia sejagat.aminnnn.di malaysia, aku rasa hanya tuan guru nik aziz , tuan guru haji hadi dan sebilangan pemimpin je amalkan cara hidup camni.

kat malaysia ni, jadi AJK pun dah berlagak macam PM. sapu licinnnn.

sesuap makanan haram hasil rasuah, beribu tahun dipanggang api neraka.

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by camazol on Tuesday, November 20 @ 18:16:26 MYT
(User Info | Send a Message)
PAS memiliki 2 org pemimpin begini,
1 di Kelantan 1 di Trengganu.Apa kata org wahabi nanti bila kita siarkan kisah Presdien Iran ini?
Dikatanya kitra dah dirasuk Syiah nanti.

Cuba bandingkan pula tabiat dan perangai MAZA bila baru dilantik sebagai seorg mufti, belum lagi menteri…

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by raina on Tuesday, November 20 @ 18:17:31 MYT
(User Info | Send a Message)
Masya allah, terharu melihat pengorbanan Dr. Mahmoud Ahmadinejad. Kata-kata beliau yang penuh keikhlasan menyentuh kalbu. Inilah pemimpin yang sejati. Rela berkorban dan berjuang untuk rakyat Iran. Teringat hujah-hujah beliau terhadap Amerika. Tidak akan mengikut telunjuk dan menjadi boneka puak Yahudi. Semoga Allah merahmati pemimpin, kerajaan dan rakyat Iran keseluruhannya. Allahu Akhbar!

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by Wassini on Tuesday, November 20 @ 19:49:40 MYT
(User Info | Send a Message)
Assalamualaikum wbt….Hek elehhhhh… apa Lah sangat Presiden Iran tu kalo nak di bandingkan dengan PM kita. Korang tengok jer Pak Lah cikai macam tu tapi kuat tahajut tu sebab tu dia selalu tangkap lentuk kat memana2. Tahajut dari kol 12 tgh malam sampai solat subuh tuuuu….

Siang sentuh pompuan bukan mahram malam solat sunat taubat…. Nak dapat tarikh pilihanraya dia wat solat istikharah…. Supaya anak beranak dimurahkan rezeki dengan projek berbilion2 dia wat solat sunat hajat. Masyallah…. Hebat Perdana Menteri kita nie….

Bukan setakat Lah Iman Islam jer Hadhari lak tu…. perghhhhhh….. Mana pak arab badwi tak respek sama Mesia.

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by kudekepang07 on Tuesday, November 20 @ 19:50:23 MYT
(User Info | Send a Message)
Tapi ada jugak yang tak reti-reti mengaut kekayaan negara macam bapak dia punya.

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by doraemat (doraemat@doraemat.com) on Tuesday, November 20 @ 21:36:17 MYT
(User Info | Send a Message)
Untungnya Iran. Aku benar2 berharap agar suatu hari nanti, PAS juga memiliki presiden sehebat Mahmoud Ahmadinejad. Bukan hanya zuhudnya (bkn hanya rumah tp termasuk juga kereta) tp juga dari segi keterampilan, kehebatan berhujah/ berpidato, kehebatan dlm merancang , memimpin dan berpolitik.Teringat bagaimana Ahmadinejad berdebat di universiti US, wlaupun pengerusi tak bersikap adil, beliau tetap menang sbb beliau mmg power. Setiap tutur kata dan ucapan Ahmadinejad tak mampu dijadikan senjata utk menyerang beliau balik.

Emm, andainya tak sehebat 100%, sehebat 75% pun jadilah..

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by almanaf74 on Tuesday, November 20 @ 23:24:11 MYT
(User Info | Send a Message)
Iman dan taqwa membezakan seseorang hamba dengan hambanya yang lain. Setiap insan adalah hamba dan pemimpin. Dr Mahmoud Ahmadinejad memilih tidak bersalam dengan perempuan bukan muhrimnya kerana dilarang oleh Allah(hukum Allah) berbuat demikian. Kalau tak dapat berbuat perkara semudah demikian (kalau iman tebal di hati), macam mana nak menjalankan hukum Allah yang lain?Tapi PM Malaysia, yang kononnya mempelopori Islam Hadhari, sempat pula meraba bahu pelakon( Michelle Yeoh). Mana letak imannya ketika itu? Adakah Islam Hadhari tidak melarang berbuat demikian? Sedangkan Allah melarang berbuat demikian.

“Ya Allah kami memohon kepada Mu, berikan kami seorang pemimpin yang seperti Dr Mahmoud Ahmadinejad, dan bukan seperti Abdullah Ahmad Badawi. Amin..”

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by uma on Tuesday, November 20 @ 23:44:09 MYT
(User Info | Send a Message)
wa respect pimpinan yg tidak “blebih2″
dan kureng dgn pimpinan yg “blebih”hanya manusia pilihanNYA aje
yg mampu.

Re: Kisah Kehidupan Presiden Iran (Score: 1)
by doraemat (doraemat@doraemat.com) on Wednesday, November 21 @ 00:39:46 MYT
(User Info | Send a Message)
Emm… bila bandingkan ada dikalangan pemimpin pas yg menerima kereta mewah dr tokoh korporat yg cintakan perjuangan islam. Tetap menerima kereta mewah dgn alasan memudahkan jalan dakwah bukannya utk bermewah. Kenapa Ahmadinejad tak gunakan alasan yg sama utk menerima kereta mewah? Sbg presiden, beliau juga perlu pergi banyak tempat. Perlu juga kereta mewah yg lebih selesa dan selamat. rakyat iran pun tentu mahu presidennya selamat.Selain tu presiden iran seharusnya menganggap tidak salah berkereta mewah utk menegakkan agama Allah. Atau hujah bahawa asalkan dr sumber yg halal apa salahnya. Sebagaimana pandangan sebahagian forumer dlm thread http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7831&start=0

doraemat: akhirnya faham kenapa Presiden Iran Ahmadinejad begitu ditakuti oleh barat dan berjaya

About these ads

3 thoughts on “Kisah Kehidupan Presiden Iran

  1. fathimah berkata:

    subHanaLLah….
    seMoga negaRa kiTa
    dapaT meniRu nya, . , .

  2. Saya amat mendambakan lebih ramai Nik Aziz dapat dilahirkan di dalam PAS. Ketrampilannya menggugat setiap musuh dan mengingat setiap teman. Marilah kita tiru Nik Aziz, sepaling tidak pakai serban ketika setiap kali solat…boleh ke?

    p/s: kalu berserban pun susah…em, tak tahulah.

  3. murdaniangeo berkata:

    semoga dia akan selalu menjadi pemimpin islam dunia…. ALLAHuakbar……….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 95 other followers

November 2007
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 95 other followers

%d bloggers like this: