Inilah dia sikap wakil rakyat UMNO-BN. Dari bawah sampailah ke pimpinan atas, mereka tidak habis-habis nak membazir. MB Pahang sanggup bazirkan RM48,000 untuk nombor kenderaan CCCC 9 yang tak boleh dibawa mati. Ini baru harga nombor, belum kereta lagi.
Isu duit sendiri atau duit rakyat tidak lagi menjadi persoalan. Isu disini adalah pembaziran. Apa salahnya duit yang sebanyak itu didermakan kepada fakir miskin. Ramai lagi rakyat Pahang yang hidup dibawah garis kemiskinan.

Kenapa mereka nak berebut-rebut tunjuk kekayaan sama seperti pemimpin masyarakat zaman Firaun dan zaman Jahiliyyah. Mereka kena ingat, bila mati nanti batu nisan pun orang tolong beli dan harganya tak sampai pun beribu-ribu macam nie.
Rakyat wajar menjatuhkan pemimpin sebegini. Mereka tidak layak bekerja untuk rakyat kerana sikap yang tamak, sombong dan suka menunjuk-nunjuk macam ini.
Berita 1: Pejabat MB menang bidaan CCC 9
KUANTAN 26 Nov. (Utusan Malaysia) – Pejabat Menteri Besar Pahang memenangi tender bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan CCC 9 selepas membida pada harga RM48,000.
Harga tersebut merupakan yang ketiga tertinggi dibida bagi siri nombor CCC selepas Sultan Pahang yang membida pada harga RM76,600 untuk CCC 1 dan dua Exco kerajaan negeri yang membida sebanyak RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8. Bagaimanapun dua Exco itu dilaporkan telah menarik diri.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500.
Senarai nama pemohon yang berjaya bagi nombor siri CCC yang ditender, kini dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Alor Akar di sini.
Jumaat lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob memberitahu, dua anggota Exco kerajaan negeri Pahang yang membida nombor pendaftaran tersebut telah menarik diri.
Dua Exco itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.
Adnan berkata, beliau tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan berharga lebih RM10,000 kerana mereka mempunyai sumber pendapatan lain misalnya perniagaan.
‘‘Tetapi bagi mereka yang menjadi Exco, kalau nak beli nombor pendaftaran, saya nasihatkan berhentilah jadi Exco,’’ katanya.
Sementara itu, mengikut laman web JPJ, nombor 1 hingga 10 dikelaskan sebagai nombor utama dan pembida perlu membayar 10 peratus daripada nilai bidaan semasa memohon.
Pembida yang berjaya perlu membayar baki nilai tempahan dalam tempoh dua minggu dan mendaftarkan nombor tersebut dalam masa satu bulan.
Berita 2 : Pahang oh Pahang di manakah Adnan
Dipetik dari Manjanik
“Keluarga hidup dalam ‘reban ayam’” tajuk berita akhbar Berita Harian 8 Jun 2007 menyentak hatiku. Sungguh menyayat hati. Rupa-rupanya masih ada insan di bumi bertuah ini yang sebegini rupa kehidupannya.
Air lombong jadi minuman

KUANTAN: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pepatah ini sesuai untuk sepasang suami isteri dan lapan anak mereka termasuk seorang yang baru berusia tiga minggu yang tinggal di sebuah rumah tidak ubah seperti reban ayam di kawasan bekas lombong, Jalan Kuantan-Muadzam Shah, dekat Gambang, di sini.
Zakaria Deraman, 42, dan Nurhamizah Mat Jusoh, 34, dari Sungai Tong, Setiu, Terengganu berhijrah ke sini, empat tahun lalu, untuk mencari rezeki dengan harapan dapat mengeluarkan keluarganya daripada belenggu kedaifan.
Bagaimanapun, apa yang dicari bukan saja masih belum ditemui, malah pasangan itu bersama anak-anaknya Nur Ain Emylia Janora, 13; Mohd Zulfikar, 11; Rosol Azi, 9; Nurain Juliana, 7; Nuratiqah, 5; Mohd Saro, 3 dan Puteri Zazani, 2, dan Fitri berusia tiga minggu terpaksa menempuh hidup lebih getir dan melarat di bandar.
Keluarga daif ini yang pernah tinggal di Kampung Seri Fajar, dekat Gambang, tiga tahun lalu dengan sewa RM50 sebulan, terpaksa menyisihkan diri ke kawasan bekas lombong itu kerana tidak mampu membayar sewa, selain dikatakan menjadi punca masalah denggi di kampung itu apabila besi buruk dikumpul untuk dijual didakwa menjadi tempat pembiakan aedes.
Agak menyedihkan keadaan isterinya baru bersalin dan belum habis pantang, manakala bayi mereka berusia tiga minggu terpaksa berdepan kehidupan yang menyulitkan di pondok usang yang turut dihurungi nyamuk dan lalat.
Pondok mereka diami di kawasan lombong itu terletak dalam persekitaran semak samun dan kotor, tiada kemudahan elektrik dan air bersih.
Kawasan bekas lombong dihuni pelbagai jenis hidupan air termasuk udang galah, ikan baung dan keli itu menjadi punca rezeki utama keluarga itu, manakala air lombong dijadikan sumber minuman, selain untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh pakaian.
Rezeki diperoleh tidak menentu, kadang kala dalam tempoh seminggu baru dia dapat mengumpul dua kilogram udang galah yang dijual RM25 bagi setiap kilogram, selain pelbagai jenis ikan untuk makanan harian.
“Siapa yang mahu hidup begini miskin, susah dan melarat. Orang pandang hina pada kita. Ketika tinggal di Kampung Seri Fajar anak-anak saya bermain di sekitar kawasan kampung dipandang jijik.
“Besi buruk yang saya kumpul di rumah untuk dijual dikatakan menjadi punca pembiakan aedes. Saya sedar dan akur terhadap pandangan sinis masyarakat kampung dan terpaksa mencari kawasan lain untuk dijadikan tempat berteduh mungkin buat sementara waktu.
Zakaria sekeluarga yang hidup `kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, berkata, terdesak dengan kedaifan hidup, dia pernah menyerahkan seorang daripada anaknya kepada orang lain, kononnya mahu membantu meringankan beban.
“Malangnya, orang yang diharap meringankan beban kami sekeluarga mahukan satu perjanjian dibuat dan tidak membenarkan kami menyentuh zuriat yang kami berikan kepadanya sebagai anak angkat.
“Saya tidak boleh terima perjanjian seperti ini. Dia tidak boleh putuskan tali perhubungan kami sekeluarga. Jadi, saya terpaksa mengambil semula anak saya itu dan menyerahkan kembali motosikalnya.
“Saya sudah bertekad susah senang, makan atau tidak, biarlah kami hidup sekeluarga bersama,” katanya.
Oleh kerana ketiadaan kenderaan, Zakaria terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer untuk keluar ke jalan besar sebelum meminjam motosikal rakannya di Taman Perumahan Rakyat Gambang untuk ke bandar seperti dilakukan sebelum ini.
“Saya berharap dapat motosikal untuk menghantar anak ke sekolah. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, kerap anak saya tidak bersekolah,” katanya yang tidak mahu pulang ke kampung mengadukan penderitaannya kerana keluarganya juga susah.
“Sekarang, lombong inilah yang menjadi sumber rezeki utama saya. Di lombong inilah saya hidup, mencari rezeki, mendapatkan sumber air, mandi dan sebagainya, walaupun orang kata di sini ada buaya.
“Syukur Alhamdulillah, setakat ini, saya tidak berdepan musibah seperti terserempak atau diserang haiwan itu,” katanya.
Ditanya pernahkah dia mencari pekerjaan tetap untuk mengubah nasib keluarganya, Zakaria yang agak pemalu berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan, tetapi kadang kala dia membuat keputusan yang kurang bijak.
“Saya mengaku, kadang kala tersilap buat keputusan dalam hidup. Nak buat macam mana, semuanya sudah ditentukan Allah SWT. Lebih-lebih lagi sekarang, isteri saya masih dalam pantang,”katanya.
Kenapa begini nasib hamba Tuhan ini? Di mana laungan memerangi kemiskinan? Teriakan hidup melayu yang dilaungkan oleh pemimpin Umno di mana kesudahannya? Apakah mereka merasa tidak berdosa membiarkan rakyat meratah derita meneguk duka?
Aksi lucah sebeginikah yang rakyat pahang mahukan. Menteri Besar apalah sebodoh ini. Otak letak di kaki kalau beginilah perangainya.
Harga sebatang kayu golf atau sebatang cerut Menteri Besar Pahang sudah cukup untuk perbelanjaan mereka 3 bulan. Silalah bersuka hilai bergelak ketawa di atas kedukaan dan kefakiran rakyat kamu! semoga kamu berbahagia dengan air mata mereka yang tumpah setiap kali sedar dan bangun dari tidur sengsara.
Hidup Umno laungan keramat yang mematikan melayu….teruskan, sebab luncai tidak selalunya terjun dengan labu-labunya…. Ketika itu sudah pasti Umno akan terbiar dan dipinggirkan… Islam Hadhari yang semakin hari semakin membiarkan rakyatnya terseksa dalam meneruskan sebuah kehidupan…
Persoalannya, apakah Adnan Yaakub dan pemimpin Umno Pahang terlepas dari soalan di Akhirat kelak terhadap pengabaian ke atas rakyatnya?
Apakah sekali lagi kita akan mengundi BN dan membiarkan diri kita terus-terusan diperbodohkan?
Difailkan dalam: Artikel, Isu Ekonomi, Isu Politik, Keluarga&Masyarakat, Keratan Akhbar, Kezaliman BN, Pilihanraya





















[...] Pemuda PAS Wilayah MB Pahang Bazir RM 48,000 untuk Nombor CCC 9, Rakyat Terus Dibiarkan MiskinDBP alami kemandulan mindaProvokasi polis punca himpunan kecoh, dakwa Ustaz NasharudinKejamnya, [...]
Eeh , sakit hati tul bila nampak berita ni . Sampai bila lah Anggota2 Kerajaan kita ni tahu dapat menilai berapa wang ringgit Rm 48,000.00 tu ?????
Dari tahap Sultan hinggalah ke tahap exco kerajaan negeri ?? Kalau lah , jumlah jumlah wang tersebut yg hendak dibida oleh org2 yg seperti dinamakan diatas , agaknya kira kira berjumlah dlm Rm 250k … boleh lah di sumbangkan dan di bahagikan kepada keluarga2 miskin , saya yakin pujian , kehormatan yang telus dan pahala akan di kurnia kan tetapi malangnya nombor nombor plate kereta di jadikan keutamaan kalian …….
kalau ikut cina, c tu mati… tunggulah… mungkin dia orang ke 9 mati utk tahun depan… tak kira la mati apa… mati pucuk ke, mati terus ke, mati dari jawatan ke…
Sedih sangat dengan keluarga ni…
Puji Tuhan! ada lagi manusia yang masih mengambil berat saudara yang memerlukan bantuan. Tolong berithau sekalian macamana nak hulurkan bantuan kepada keluarga miskin tersebut.
negara sekaya kita ini tiada gunaan nya kalau kemiskinan ini di biar kan.
kerajaan tak mampu biaya, biarlah kita raakyat yang menghulur tangan membantu.
kampong di mana ini ?
BODOH ! ….jakun betul !…..
Ada tak cara nak bantu keluarga tu..?
Adakah mereka dikunjungi oleh crew “Bersamamu TV3″?
Sedih sangat!
Saya ingin membantu…
Dah penat jaga kebajikan rakyat, apa salahnya kekadang bedal duit rakyat. Barangkali itulah apa yang tersimpan dalam benak kebanyakan pemimpin UMNO.
ada ke nombor akaun keluarga ni untuk dibantu.
Ramai juga orang yang berminat untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. InsyaAllah saya akan cuba menghubungi Ketua Pemuda PAS Pahang untuk menjejaki keluarga ini. Semoga dengan keprihatinan anda semua, usaha untuk membantu mereka akan dapat disempurnakan.
Sebenarnya ramai lagi insan-insan malang diluar sana. Bukan mereka tak nak kerja, tapi nasib tidak menyebelahi mereka. Ada yang sakit, ada yang dah terlalu uzur untuk bekerja, malah kalau yang muda pun tak dapat buat apa-apa. Pendidikan tiada, dan tempat mereka tinggal diluar bandar tu tak banyak pekerjaan.
Jika nak bercucuk tanam, takut disaman oleh kerajaan kerana meneroka tanah secara haram. Bila mohon, pegawai pejabat tanah minta macam-macam dokumen. Akhirnya kembali kepada keadaan asal gak!
Bagaimana cara nak hulurkan bantuan pada keluarga ni….. Tersentuh hati bila membaca kisah ni… Walaupun seteruk mana pun mereka adalah hamba Allah yang perlu pertolongan…
CCC 9, cakap cina mati mati mati 9 = mati terus …..
CCC9 lagi satu erti = Angjing Mati. (9 = Angjing) ..
Celaka punya bodoh!
Stail mahu,mati rakyat tidak apa.
Inilah yang dikata Malaysia Boleh.
Hak melayu diperkayakan keluarga UMNO.
The Malays must elect a wise and firm leader with principles. Until then this rot will continue. Pahang has been bankrupted many times over despite being it being resource rich. Power is in their hands…but the wrong people get elected. If no one from UMNO emerges as a strong leader…it is better for the people of Pahang to elect PAS…….they need a Awang Hadi, Nasharudin Mat Isa or a Hatta….
kita rakyat malaysia sudah biasa dgn keadaan tolong menolong sesapa saja… kan kita dah ada tuk menolong sesapa saja buat apa ketua yg dilantik buat kerja2 kebajikan mcm ni… buang masa je buat kerja2 ni. kita bayar cukai pendapatan, cukai pintu, cukai tanah, tak lama lagi cukai longkang belakang rumah, pastu cukai angin dan termasuklah kerja kebajikan. apalah kesalahan rakyat2 malaysia ni… kecewa betul hati sy bila tgk duit rakyat dikerjakan betul2 oleh pemimpin contoh kita… janji manis org politik semua sama je! meluat tul…
sigh….!
Rasa saya pemimpin kita ini kureng pengetahuan dan fahaman ugama atau sengaja tak nak tahu undang-undang ugama kot. Neraka adalah tempat yang paling sesuai bagi mereka.
Bloody corrupted BN fools
CCC 9 ??? betol betol anjing mati as per hokkien…
pff..
literally family ni boleh belanja for 1 1/2 years.. or even 2 years with that RM48K!..
Assalamulaikum..
Bila Allah dilupakan dan bila kematian tidak didahulukan, maka NAFSUlah yang akan bertakhta..manusia memang Pelupa, dan jug ALPA!!
How do i help this family..any account number or numbers to be contacted..and I’ve heard that accordingAl-Quran membazir itu adalah amalan syaitan..
does that means the satans are ruling this country??..
An Islamic country ruled by Satans in disguise..How pathetic!!!
Aku orang Pahang… dan aku MALUUUUUUUUUU.. huwaaaaa…..
Tolong bagi tahu bagaimana and siapa yang perlu dihubungi agar keluarga Zakaria ini dapat dibantu, jangan hanya letak cerita sahaja, tapi tidak beritahu bagaimana kita boleh hulurkan bantuan.
[...] boleh buat mengubah nasib si fakir miskin yang minum air lombong di Gambang, Pahang (sila klik di sini untuk cerita MB Pahang yang otaknya di lutut). Mana letaknya otak yang Allah bagi untuk berfikir?. [...]
Please keep us updated on how to make donation to this family. May Allah help this family and burn those corrupted Pahang leaders in hell
Money talks friends! All said and done, the MB and his ruling party cronies will just go out there and buy the support.People like Zakaria for whom the NEP was instituted are detined to die poor. On the contrary, the MB will be lighting his cigars with ringgits. The cry of the day is “CHANGE” and it is the Malays like Zakaria who must lead the charge.
terima kasih kerana artikel ni membuka mata rakyat malaysia tak kira bangsa. tengok la sendiri sdr respon dan komen, semuanya rakyat bangsa malaysia, tak kira kaum yang ingin membantu.
ada tak siapa yang boleh membantu? saya nak derma tetapi kalau sesiapa tu nak tolong jadi bendahara duit tu, jangan songlap sebab Tuhan akan melihat!
kita ikhlas nak tolong.
masih tak nampak dan faham lagi ke wahai makhluk yang bernama orang/manusia. kata tak de duit, tapi mana datangnya RM48 000 tu. bodoh la sapa undi dia..orang membazir kawan syaitan..
Ya Allah, kesian nya Keluarga ni. Saya harap si bapa berjaya merubah hidup keluarga ini kelak
Pemimpin² ni seharusnya sedar, golongan² yang fakir macam ni boleh tuntut kat akhirat kelak. Sedarlah bila kamu semua tidak dapat menggerakkan tubuh kamu, segala penyesalan² itu semuanya tidak berguna lagi
YB CCC 8 itu akan dihadapkan dimahkamah shah alam,sebab Hakim ditemerloh pernah menjadi penasihat undang undang negeri Pahang tentu rapat dengan YB CCC 8.Plantif telah menambah defedan baru, UPEN dan PTG Pahang.Itulah sebab MB marah sangat ke YB tersebut.YB CCC 8 sudah kena amaran keras dari MT UMNO dalam kes mantan MB NS.
ape la nk jd….tk igt mati ke…its just no….tp smpai 48K…duit tu kalo tolong org miskin kt pahang tu pn tkpe….saham dunia, saham akhirat pn naik…
heheh aku pelik tul.. nape la org miskin mesti anak berduyun2
anak smpai 8 org.. rumah kecik tu pun leh lagi pk nk tmbh anak.. adoii mcm mn tu… kt bersamamu pun tunjuk mcm tu gak… si bapa sepatutnyer lebih byk berusaha utk tingkat taraf keluarga bkn tinggatkn jumlah ahli dlm keluarga..
Satu cara untuk menolong keluarga yang miskin macam ni adala dengan mengajar sesuatu kemahiran kepada kaum wanita di komuniti mereka.Dari hasil kemahiran ini mereka boleh menolong menaikan taraf economi tetanga.Selain dari menaikan semangat (self esteem) untk berjaya dalam hidup ini. Hanya dengan menghulur duit masalah mereka tetap melarat. Duit sedekah juga boleh di gunakan untuk mendirikan bengkel atau hall/pondok ( simple pun cukup )- tempat untuk mengajar kaum ibu dan anak dara kemahiran business dan juga lain lain acara kesihatan terutama sekali family -planning. Ini juga adala suatu peluang untuk mereka mengambil tangng jawab untuk mengendadalikan nasib dan situasi masimg masing .Di sini la kita yg berupaya bole menolong dengan lebeh effective lagi seperti menyedekahkan bebrapa jam untuk mengajar apa yg kita bole seperti menjahit, menyulam, dll. seni dan kraftangan.. Kita mesti merebakkan semangat positif dan persistent dalam masyrakat kaum kita. Nasib kita di tangan kita sendiri. Jum?
Kalau Adnan tak beli nombor CCC9, rasanya tentu ada sumber dr luar (bukan kerajaan) yg akan membeli no. tersebut. Kocek kerajaan (JPJ) akan bertambah RM48,000, jab kerajaan yg lain tak hilang RM48,000. Bukannya keluar kocek kiri masuk kocek kanan, tak ada pertambahan dlm pendptan kerajaan.
macam tulah pemimpin UMNO @ YB lepar lupa ttg kesusahan .YB baru ni pulak kalau bak duit , rasuah main lucky ball d bandar Kuantan habis ratus-ratus takpe nk tolong orang susah. MMG NAK MAMPUS!!!!!
apa yang terjadi di pahang amat-amat memeranjatkan…
di luar pemikiran kita.jika di kuala lumpur kita melihat kejadian aneh..mungkin itu tidak aneh bagi kita lagi..
memang mereka hidup dengan persekitaran itu…bukan sahaja udara tercemar malah akhlak juga..
tapi tak sangka,di pahang juga berlaku..
pahang tidak sekuat kuala lumpur pembangunannya,tetapi kenapa rakyat dan penduduk jadi jahil dan liar.
yang muda ramai yang rosak..
yang tua tak kurang gatalnya
pantang ada peluang..semua kebas
pantau-pantaulah kawan-kawanku..