Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Hrkh) – Sebaik sahaja bekas Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek ‘kecundang’ gara-gara moral akibat adegan seksnya yang tersebar melalui rakaman VCD, timbul desas-desus pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN) termasuk Umno, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Terkini lebih mengaib dan ‘mengerikan’satu lagi DVD seks yang didakwa membabitkan seorang lagi menteri dikatakan bakal disebarkan di Kepala Batas.
Dalam laman kuda-kepang.blogspot.com mendakwa DVD ini dilaporkan memaparkan “adegan seks amalan kaum Nabi Lut” yang dilakukan oleh seorang menteri.
“Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi bukannya daripada MCA. Menurut tulisan blogger Dato’ Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, DVD itu dipercayai melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura,” kata Dato’Ruhanie Ahmad dalam laman webnya itu.
“Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa amalan gay menteri berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata,” katanya.
Selain itu katanya terdapat info bahawa dua lagi DVD seks mengenai ‘dua lagi orang besar’ mungkin disebarkan oleh pihak tertentu di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.
“Percaturan politik di Malaysia nampaknya sedang menuju ke satu trend yang amat kotor,” kata Ruhanie sebelum itu sebagai mukadimah cerita tersebut.
Biar masa menetukan segalanya dan rakyat akan memerhati satu demi satu ‘permainan’ dan lakonan para pemimpin serta muslihat politik yang semakin terdedah dan menjengkelkan. – mks.
Ish, betul ke ni?
aku thu siapa i2. nkth.
Pingback: menteri umno homoseksual? « smsmen
“Tidak akan masuk syurga tukang2 fitnah”
Saya harap ade la orang yg akan kemukan bukti yg betul kalau perkara ni sahih.
en. noktahhitam i2 adlh “ahli syurga” nan kkl abadi sbb mengiaN sj penindsn pmmpin bn kpd rkyt kta. nkth.
Pingback: hati2 dengan mulut anda « smsmen
Tunggu pilihanraya…..banyak lagi peluru yang akan ditabur…ini hanya intro sahaja…promo untuk siaran musim pilihanraya…
Pingback: Open Fire from WordPress Blogger | Noktah Hitam
betulkah ni…..tnjuknlah bkti ksahihan crita ni?