UMNO akan kalah di Titiwangsa?

Oleh Hafiz Noor Shams

KL Pos memberi gambaran yang UMNO akan kalah kepada PAS di kawasan Parlimen saya, Titiwangsa.

Wakil rakyat Umno di parlimen ini, dulunya gagal dan kemudiannya juga gagal dalam membangunkan satu-satunya perkampungan tradisional ini.Apa yang mereka (umno) perjuangkan, tiada siapa yang tahu melainkan perjuangan untuk “mengisi” poket mereka.

Barangkali, Aziz Jamaluddin ini dikemukakan oleh Umno Titiwangsa untuk menjadi jambatan atau wakil para kapitalis masuk dan menguasai tanah komersial di Kg. Baru itu.

Khabarnya, Aziz bukanlah tersohor sangat di luar Kg. Baru. Malah, adalah dijangkakan, dia akan ditolak pengundi di Kg. Datuk Keramat dan Kg. Pandan. [Calon BN Titiwangsa dipilih untuk kuasai tanah Kg Baru? KL Pos Februari 25 2008]

Patutlah BN tak aktif langsung di Keramat! Cuma bilik gerakan UMNO saja yang ada bendera BN dan UMNO. Di luar bilik gerakan itu, semuanya PAS!

15 Respons

  1. BAHASA MELAYU

    Kembalikan martabat Bahasa Melayu. Gunakan untuk semua urusan di Malaysia. Jangan harapkan mereka yang berkepentingan. Cakap je pandai, sudah banyak melabur mesti hendak untungnya. Pastikan istilah Bahasa Melayu digunakan semula sebelum mengundi. Fikirkanlah ” Bahasa Jiwa Bangsa ” . Bahasa yang mundur tanda bangsa kendur.

  2. salam untuk semua…undiii

  3. bleh caye ke??????
    was2 la

  4. tampa pembangkang kita jadi pak turut..parlimen mungkin malap…hantu 2 bemaharajalela…..

  5. No wonder la mcm tu. Bukan ke Titiwangsa menang tanpa bertanding?

  6. nama nya aziz
    orang kg baru
    pangilan manjanya tuan baba
    pengerusi kg baru.

    bila menang nak jual kg ku
    boleh sambut harijadi di dangdut ku
    sebab aku menyambut hari jadi biaselah di pubku

    lama lama aku beku sebab orang tak suka padaku

    rupanye dulu aku memang berhati batu

    tolong balas responku

  7. Mana PEMUDA PAS, lesap?? Tak update pun web nie.

  8. macam biasalah .dimana saja…ada orang suka ada orang tak suka

  9. Salam Para Pejuang Islam yang dikasihi. Semoga dirahmati Allah swt. Sempena musim pilihanraya ini, hamba pohon diberi laluan untuk disiarkan tulisan ini.

    Dengan Jasa Baik dan Izin Tuan Punya Blog:

    Tok Him Seorang Pejuang! (Tribute to Datuk Paduka Ibrahim Ali)

    Apa yang orang tak pernah kata kepada Dato’ Paduka Ibrahim Ali?
    ‘Raja Katak’, ‘Putera Katak’, ‘Lompat Si Katak Lompat’ dan pelbagai cacian, maki hamun, umpat keji dan kata nista dilemparkan kepada Tokoh Pejuang Melayu ini.

    Saya telah lama memikirkan untuk menulis satu artikel tentang perjuangan beliau dalam politik, namun kekangan masa membatasi diri. Namun jika punya peluang saya akan menulis juga tentang kehebatan beliau sebagai seorang politikus yang tidak gentar berhadapan dengan sesiapa. Terlalu sedikit informasi berkenaan beliau di internet.

    Baik UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan KEADILAN semua pernah merasa penangan berbisa beliau. Beliau seorang Tokoh Pejuang Melayu Islam yang “CAKAP LEPAS” dalam menyuarakan suara hati melayu. Digeruni serta dihormati oleh KAWAN & LAWAN.

    Namun didalam masa yang sama mempunyai hati yang baik, mengenang budi dan menghargai PERSAHABATAN dalam ertikata yang sebenar. Inilah yang pernah dirumuskan dalam satu buku biografi beliau yang pernah saya tekuni di satu masa dahulu. Tajuk buku itu ialah IBRAHIM ALI – Meredah Samudera.

    Setelah selesai membaca buku tersebut, sedikit demi sedikit perasaan benci, meluat dan menyampah kepada beliau hilang dengan sendiri.

    Selama ini banyak pihak yang menyangka beliau seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian. Malah ada sesetengah pihak yang tanpa berfikir panjang sanggup menuduh beliau dengan melabelkan beliau sebagai Pengamal Politik Lalang tanpa menghargai sumbangan beliau didalam mempertahankan Hak Ketuanan Melayu didalam erikata sebenar (Bukan pakat main2 hunus keris dan cium macam sesetangah puak tu).

    Percayalah, sebenarnya keadaan politik semasa yang kebanyakkannya tidak berpihak kepada beliau; membuatkan beliau terpaksa mengambil sesetengah keputusan politik yang kurang popular dan membakar diri.

    Prejudis saya luntur dan mula memahami cara, sikap dan visi perjuangan beliau yang sanggup bermati-matian didalam mempertahankan Hak Ketuanan Politik Orang Melayu Islam ditanah air tercinta.

    SAYA TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI BELIAU SECARA PERIBADI, namun Alhamdulillah; sedikit sebanyak saya mengenali pemikiran politik beliau.
    Dihempas badai mentera, dilambung ombak ganas, ditikam belakang…Tok Him terus handal meredah samudera.

    Seorang pejuang akan selamanya menjadi pejuang. Tidak pernah berhenti sehingga nafas yang terakhir.

    Ku dedikasikan post entry ini buat Dato’ Paduka Ibrahim Ali.
    Semoga Beliau “Berjaya merampas kembali kawasan PARLIMEN PASIR MAS, KELANTAN; pada pilihanraya kali ini”.

    Beliau seorang calon bebas tidak berparti (setelah dipecat oleh UMNO) yang bertanding diatas tiket PAS, dengan budi bicara Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau serik dalam permainan “tikam belakang” politik kepartian, menyebabkan beliau sukar untuk join PAS. Atau barangkali mungkin beliau mahu bebas bercakap dan menyuarakan pandangan tanpa takut terbatas sebagai etika dan displin didalam sesebuah Parti Politik. Segalanya berkemungkinan.

    Tidak mengapa…sekali Tok Him melangkah…Pantang Undurrr!

    Aku Salut kamu wahai pejuang!

  10. Liputan Terkini : Anwar Ibrahim Turun Pasar Minggu Kampung Baru, KL (Khamis 6 Mac, Masa : 9.30 – 11 pm) JALAN DITUTUP !

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA :

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

  11. LIPUTAN TERKINI:

    Foto-Foto Perhimpunan Malam Terakhir BARISAN ALTERNATIF Sebelum Hari Mengundi Esok ( Lokasi : TAMAN PERMATA, LEMBAH KERAMAT / Masa : 9.30pm – 12am )

    FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

    http://theindiestory.blogspot.com

    CHECK IT OUT!

  12. Akhirnya, Dr Lo’ Lo’ mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.

    http://penamaya.wordpress.com

  13. alhamdullilah… akhirnya pas menang jugak di kaw. parlimen titiwangsa. manis jer aku tengok dr. lo lo. tuu bior pun aku bukan mengudi kat kl. aku orang pd.. tapi mase aku pg kl sehari seblm mengundi ade ler aku tengok poster nyer…. memang baik orang nyer… mungkin masyarakat dah sedar…. moga dr lo lo dapat membawa masyarakat kejalan yang diredhai ALLAH S.W.T .

    ” VOTES HAS SPOKEN “

  14. BAGUS….BIAR UMNO KALAH….LAGIPUN, RAKYAT DAH MULA SEDAR SERTA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA PEMBANGKANG UNTUK MENTADBIR KERAJAAN….JANGAN LA JADI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG…..MEDIA DALAM DAN LUAR NEGARA JELAS MEMAPARKAN SIKAP JIJIK DAN BURUK UMNO DAN BN…. KITA KENA LA PRIHATIN….NI NEGARA KITA….X KAN NAK SUME HARTA DAN KEKAYAAN NEGARA KITA DIBOLOT OLEH ORANG2 UMNO DAN BN? ADA ORANG CAKAP…..ALA, AHLI POLITIK MANE2 PUN SAMA JER….BETUL KE????JAWAPAN TU SILAP….TENGOK KELANTAN…..WALAUPUN UMNO DANBN SEKAT DUIT DAN X BAGI KAT SANE…..TAPI RAKYAT BOLEH HIDUP DAN PEMBANGUNAN BOLEH DIBUAT….MACAM2 SKIM BOLEH BUAT..ORANG UMNO DAN BN YANG BLAJA JAUH2 SAMPAI LUAR NEGARA PUN X BOLEH FIKIR MACAM TOK GURU FIKIR….TAMBAHAN PULA, RASUAH PUN X DA….KLW ADA, ORANG UMNO BOLEH HANTAR SAPE2 SAJA UNTUK CHECK……DIPERSILAKAN…..
    AKU TETAP SOKONG TOK GURU…..
    TOK GURU, KAWE ANOK KELATE TETAP AKAN SOKONG DAN BERDIRI TEGUH DI BELAKE TOK GURU….GAPO JADI PUN, AMBO TETAP NOK KO ISLAM…KALU MENTERI UMNO DAN BN MAKE DUIT AMBO DAN HASIL YANG AMBO BAYAR, AMBO X REDHO….BIAR TUHAN JO YANG BALAS

  15. Assalamualaikum semua…

    walaupun pilihanraya umum-12 sudah pun berakhir namun kehangatannya masih lagi terasa dan sudah pasti ada keputusan yang mengecewakan dan ada juga yang cukup mengharukan bukan sahaja pada parti pembangkang tetapi pada pengundi juga khususnya rakyat Malaysia.

    apa2 pun jua, usah ditangisi mahupun dikenang apatah lagi untuk meratapi kekalahan tetapi inilah masanya untuk kita bergerak maju ke hadapan bersama jentera2 ISLAM yang berjaya menambat bukan sahaja hati dan sokongan padu dari orang Melayu beragama Islam tetapi juga dari bangsa lain juga.

    tahniah pada semua pemenang di dalam parti PAS, teruskan usaha murni anda dan jangan jadikan kemenangan ini sebagai titik terakhir di dalam perjuangan malah perjuangan baru sahaja bermula.

    syabas kepada semua pengundi parti pembangkang, khususnya pada parti PAS dan insya-Allah undian anda tidak akan disia-siakan asalkan kita sama2 memberi peluang kepada parti PAS untuk mengembangkan sayapnya sebagai pembela rakyat meskipun tidak diberi mandat untuk mengelolakan negara.

    kepada yang kurang berjaya, lisa tetap ucapkan syabas dan percayalah perjuangan anda tidak berakhir dengan kekalahan tetapi insya-Allah akan disusuli dengan kemenangan yg dikurniakan Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2 Nya. Yang penting jangan patah semangat dan teruskan berjuang.

    - Lisa Wan

Tinggalkan jawapan