Lama Menghilang..Kembali Dengan Kemenangan…

Assalamualaikum ww,

Tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa blog ini tidak dikemaskini? Artikel terakhir adalah pada 26 Februari dan semalam baru satu artikel baru dimasukkan oleh Sdr. Fadhil.

Lebih 5000 email dan komentar di terima dan sebahagiannya telah dibaca dan diluluskan untuk disiarkan. Masih ada lagi email yang belum dibaca dan ada juga yang terpaksa di delete kerana dihantar banyak kali.

Hampir 3 minggu tak jejakkan mata ke laman-laman web. Bukan kerana tiada talian internet, tapi kerana kekangan masa serta tugas-tugas dilapangan.

Sepanjang tempoh berkenaan, pemuda-pemuda Wilayah telah turun padang termasuklah rakan-rakan moderator yang juga tak menang tangan untuk berkempen dan menyusun gerak kerja. Walau pun hanya bertanding di tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Labuan dan Titiwangsa, namun kerana kekurangan tenaga, kami terpaksa turun secara full time.

Tenaga pemuda Wilayah tidak ramai terutamanya pada saat Pilihanraya kerana teman-teman yang mengundi di negeri asal telah kembali lebih awal. Koordinasi antara semua gerak kerja kempen terletak pada Jentera Pilihanraya Kawasan (JPK) dimana teman-teman pemuda berada disemua posisi bagi membantu mengukuhkan JPK.

Kita akui bahawa dari segi kemampuan material dan penguasaan media, kita kalah kepada BN. Tetapi dengan cara kerja yang berterusan dan strategi ‘perang gerila’ yang dilancarkan, kita berjaya membawa Calon-calon kita menembusi kubu-kubu Umno-BN.

Jika dahulu kita biasa dengan method Ceramah Kelompok dan kempen rumah ke rumah sahaja. Kali ini kita berjaya menambahkan struktur kempen dengan memasuki premis perniagaan, pejabat dan juga mengadakan serang hendap dengan kempen secara Hit & Run di kebanyakkan tempat.

Inilah yang kita ada, dan memang jauh dengan kempen BN yang mana mereka menguasai semua rangkaian TV untuk berkempen setiap hari.

Tetapi, dengan inisiatif rakyat yang kini semakin bijak, mereka dapat menilai kebenaran dalam kekalutan politik negara.

Pemuda Wilayah bersyukur pada Allah dan berterima kasih kepada semua pengundi yang akhirnya memberikan peluang untuk PAS Wilayah memiliki ‘anak sulung’ yang bakal menjadi proksi kepada rakyat di Parlimen kelak.

YB. Dr. Lo’lo’ Dato’ Hj. Ghazali adalah pilihan tepat rakyat dan Pemuda-pemuda PAS akan terus berdiri dibelakang kepimpinan bagi memastikan kerusi P119 Titiwangsa Kekal bersama PAS dan seterusnya merampas Putrajaya dan Labuan pada masa akan datang dari kejahilan Umno-BN.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang dan petugas yang tidak henti-henti menyalurkan bantuan kewangan dan tenaga. Susah payah kita akhirnya membuahkan hasil, dan insyaAllah ini hanyalah suatu permulaan kecil. Walaupun tidak banyak yang kita boleh buat dengan memenangi satu kerusi ini, tetapi apa yang pasti, satu perubahan besar akan terjadi dalam politik Wilayah selepas ini.

Suara rakyat akan lebih telus di Parlimen dan kita juga mempunyai rangkaian alternatif cara kerja yang pastinya akan dapat memberikan banyak kebaikkan untuk rakyat.

Blog ini, dalam tempoh satu atau dua minggu ini mungkin agak kurang artikel dan insyaAllah akan ada lebih banyak bahan-bahan baru selepas tempoh itu.

Buat masa ini, pihak kami sedang dalam proses penyusunan semula gerak kerja khususnya bagi memastikan Ahli Parlimen Titiwangsa dapat memberikan manfaat untuk semua.

Sekian Wassalam

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Satu Respons

  1. تكبير! الله أكبر

Tinggalkan jawapan