S’gor bantah projek nyamuk ‘pendekar’

Malaysiakini : Kerajaan Selangor membantah sekeras-kerasnya rancangan melepaskan berjuta-juta nyamuk “pendekar” untuk melawan aedes bagi mengawal peningkatan kes denggi, kata exco kesihatan negeri Dr A Xavier Jayakumar.
Sebuah syarikat Britain dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dilaporkan sedang merancang melepaskan jutaan nyamuk “pendekar” – yakni spesies jantan Aedes aegypti yang telah dijuruterakan genetiknya (GE) – di Pulau [...]

Ghapur Salleh letak jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Ghapur Salleh meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkuatkuasa pada hari Rabu.
Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya malam Rabu.

Ibu Tunggal Tinggal Dalam Pondok Usang Dalam Hutan Mohon Bantuan

POKOK SENA, 30 April (Bernama) — Bagaikan hidup di zaman purba, hanya batang dan daun pokok dijadikan pondok tempat berteduh, makan pula hanya apa sahaja yang boleh dimakan.
Begitulah kedaifan seorang ibu tunggal, Azura Nor Haida Mohd Zain, 29, dari Kampung Pecah Gadong, Mukim Gajah Mati di sini, meneruskan kehidupan bersama dua anaknya.

Kembangkan Islam dengan tunjuk contoh baik

oleh Ahli PAS Seumur Hidup
Dah lama aku tak keluar dengan anak bini aku. Bukan malas tetapi kesibukan kerja membuatkan aku kekurangan masa utk keluarga.
Semasa aku lepak kat Green Town Mall Ipoh, lepas solat Maghrib aku terserempak dengan kawan lama. Mula-mula cakap pasal kerja, lepas tu cakap pasal isu politik pulak. Umor aku dengan dia, jauh [...]

Masa Begitu Menghambat… Idea Perubahan Perlu Segera Dimartabatkan

oleh Zukri Aksah
Kebelakangan ini masa begitu menghambat saya, kerja-kerja di pejabat memaksa saya menangguhkan buat sementara rancangan saya untuk menerbitkan Cetak Biru Reformasi Perlembagaan, Struktur, dan Polisi Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam perlumbaan Pak Lah dan Anwar Ibrahim mahu menjadi jagoan perubahan, saya rasa bertanggungjawab untuk menyegerakan penyampaian idea-idea saya ini.
Di bawah ini saya senaraikan beberapa [...]

BSKL rugi RM140 bilion?

Oleh siasahdaily
KOTA BHARU, 29 April: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sudah kerugian kira-kira RM140 bilion sejak dua bulan lalu dan faktor terbesar akibat dari ketidakstabilan kerajaan yang ada.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar ia dihentikan segera.

Litar lumba untuk mat rempit-Nik Aziz

KOTA BHARU 29 April – Kerajaan negeri menyifatkan langkah untuk mewujudkan sebuah litar lumba motosikal khusus bagi menangani kegiatan lumba haram oleh mat rempit bukan suatu pembaziran.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya ia merupakan usaha positif bagi membolehkan mat rempit meluahkan perasaan dan dididik supaya tidak menyusah dan mengancam orang lain.

Industri ternakan ayam bakal lumpuh

KUALA LUMPUR 29 April – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia mendakwa industri ternakan ayam di negara ini berkemungkinan lumpuh tidak lama lagi ekoran peningkatan kos pengeluaran haiwan itu.
Persekutuan itu dalam kenyataan akhbar hari ini menyatakan kos pengeluaran sekilogram ayam kini RM4.35 berbanding harga siling kerajaan RM4.

Perbahasan hari pertama Parlimen hangat dan gamat dengan ‘pertikaman lidah’

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Seperti yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Harga beras tempatan naik melambung

KUANTAN – Orang ramai terkejut apabila mendapati harga beras tempatan melambung dalam tempoh seminggu lalu di sekitar bandar ini.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah kedai runcit mendapati harga beras semalam naik antara RM6 dan RM8 bagi pek 10 kilogram manakala pek 5 kg meningkat RM4.70 sekampit.

P’bangkang diketepi sesi soalan Parlimen

Oleh Jimadie Shah Othman
MALAYSIAKINI : kemaskini 5:06pm PKR tidak berpuas hati sesi soalan Dewan Rakyat yang membelakangkan ahli-ahli parlimen pembangkang, kata naib presidennya Mohd Azmin Ali.
“Saya sangat sedih apabila saya melihat senarai soalan yang ditetapkan oleh parlimen. Sangat sedikit soalan yang dihantar oleh (wakil-wakil) Pakatan Rakyat diberi keutamaan dalam urutan soalan,” katanya dalam wawancara dengan [...]

SAM: Nyamuk ‘pendekar’ bawa ancaman

MALAYSIAKINI : Jutaan nyamuk “pendekar” yang akan dilepaskan untuk menentang aedes bagi mengawal peningkatan kes denggi boleh membawa mudarat kepada alam sekitar dan kesihatan manusia yang serius, kata Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Oxitec Ltd, sebuah syarikat Britain, dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dilaporkan sedang merancang melepaskan jutaan nyamuk “pendekar” – yakni spesies jantan Aedes aegypti yang [...]

Syed Ali letak jawatan dalam BN

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR 29 April – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Cheras berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, Syed Ali tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian itu.

Kee Kwong gesa Keng Yaik undur

KUALA LUMPUR 29 April – Pengerusi Gerakan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Tan Kee Kwong menggesa Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik meletakkan jawatan sebagai penasihat parti kerana sikap beliau yang sering campur tangan dalam hal ehwal parti telah membawa banyak musibah kepada parti.

Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan

Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) – Mufti Perlis, Dato’ Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

Jangan guna parlimen untuk kepentingan politik individu – Sultan Mizan

Oleh Roy Rasul & Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin
KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) – Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan [...]