Gila!…itulah yang terhambur dari mulut teman-teman yang ditemui lewat minggu lalu berhubung dakwaan seorang pemuda, Saiful Bukhari Azlan, 23 yang mengaku bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara.
Ramai melihat bahawa ini adalah konspirasi terbaru terhadap Anwar. Isteri beliau Dr. Wan Azizah dan pimpinan tertinggi KeADILan dalam temuramah media semalam mendedahkan bahawa terdapat beberapa ugutan bunuh dikirimkan kepada Anwar.
Malah selepas dakwaan baru ini wujud, Anwar terpaksa disembunyikan bagi tujuan keselamatan. Keadaan menjadi havoc di hadapan kedutaan Turki ekoran khabar angin yang mengatakan Anwar berada disitu. Penyokong-penyokong Anwar bersedia menunggu dihadapan Kedutaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu akan disiasat dengan teliti dan terperinci dan berharap agar semua pihak bekerjasama.
Saiful, lelaki yang mengaku diliwat pernah dilihat berada dipejabat Najib dan ini menimbulkan banyak tanda tanya tentang hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat mengetahui bahawa Najib juga merupakan individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita mongolia, Altantuya.
Jadi konspirasi menjatuhkan Anwar melalui tuduhan liwat sengaja dilakukan bagi memastikan peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dinafikan sekaligus menolak peluang Anwar menjatuhkan Kerajaan BN. Teori politik ini dibawa ketengah oleh ramai pemerhati yang begitu sangsi dengan cara dakwaan yang dibuat.
Adakah benar Anwar mempunyai keinginan seks luar biasa atau cerita ini sengaja direka bagi membunuh karier politik beliau yang kembali bersinar.
Dahulu, tuduhan liwat ke atas beliau dan Sukma Darmawan Sasmita Atmadja di tolak oleh mahkamah. Malah Mahathir sendiri mengesahkan bahawa apa yang berlaku pada Anwar pada tahun 1997 adalah suatu perancangan politik yang diluar kawalan.
Kali ini dengan nafas yang kian sesak, pemimpin BN mengirimkan serangan yang begitu mengugat kredibiliti Anwar. Dan tidak mustahil, tak lama lagi akan ada VIDEO Rakaman terbaru berhubung kes ini yang dijadikan bahan bukti atau ada tilam lagi yang diusung turun naik mahkamah.
Difailkan dalam: Isu Politik, Jenayah



















Semua rakyat Malaysia tidak kira Melayu, India dan China ataupun rakyat peribumi di Pulau Borneo telah mengesan selama lebih 50 tahun kita semua ditipu. Memang sah ditipu oleh kerajaan manipulasi duit. Penubuhan kerajaan yang sepatutnya berbakti kepada rakyat menggunakan duit untuk mencengkam rakyat, menggunakan duit untuk mencuri harta rakyat, menggunakan duit untuk mengaburi mata rakyat dan menggunakan duit untuk membunuh pemimpin berjiwa rakyat seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Melayu mudah lupa. Itu merupakan penyelidikan oleh Tun Mahathir terhadap orang Melayu. Maka dengan ini pemikiran beliau terus digunakan oleh Ahli UMNO. Di mana Ezam Mohd Noor. Adakah Ezam akan menyatakan Anwar meliwat lagi sedangkan dulu minta dilangkah mayat apabila Anwar dituduh. Mana Ruslan Kasim, Mana Luqman Adam dan yang lain-lain. Semua lari kerana Anwar sudah tiada duit dan Nurul Izah sudah bersuami. Kesian orang Melayu. Jatuhnya kerajaan Melayu kerana berpecah belah dan ada yang bersikap tali barut atau barua seperti UMNO sekarang. Jahat seperti Karma Wijaya pasti balasannya akan datang dari Allah Taala. Teruskan berjihad dan bermunajad semoga Allah melindungi pemimpin-pemimpin Islam dan bukan penindas-penindas Islam di UMNO. BN anda sudah pasti adalah merupakan Barisan Neraka. Jadi mari kita berjihad supaya kita tidak tergolong di kalangan mereka. Takbir! Allahuakbar!
Teruskan pakatan Melayu, India, China dan Peribumi. Kita LAWAN Parti Melayu Laknat(UMNO). Di dalam Islam tiada perjuangan Bangsa seperti orang UMNO. Haram berjuang secara bangsa tetapi demi negara KITA semua akan makmur dan sejahtera. Jangan sekali-kali Melayu, India, Cina dan Peribumi lari dari medan perjuangan. Fikirkan pewaris KITA. Di mana mereka akan pergi mencari sesuap nasi sekiranya KITA masih dijajah oleh Melayu Sekular. Tiada pengorbanan maka tiada kejayaan. Setiap bangsa dan agama diseru berdoa ikut kepercayaan masing-masing agar Tuhan melindungi pejuang KITA iaitu DSAI. Semoga kehadiran Anwar memberikan satu nafas baru untuk negara dan menghukum mereka yang bukan sahaja dilaknat oleh Rakyat Malaysia malahan Tuhan yang empunya Alam Semesta.
Tiada apa yang harus kita takutkan kerana mereka yang ada kuasa seperti Pak Lah, Najib, Musa Hasan dan Ghani Patail akan lenyap dimakan bumi. Percayalah ada kuasa lagi besar dari mereka. Mereka adalah merupakan seekor khinzir yang kehilangan ekor. Berlari mencari tempat untuk disondol agar kesakitan dan kehinaan dapat dialihkan. Oleh itu kita terus bersatu melawan musuh kita iaitu UMNO. UMNO sudah tidak releven perjuangannya dan hanya releven kepada Ezam Mohd Noor dan Khairy Jamaludin. Oleh itu kita rakyat Malaysia boleh melawan 2 orang musuh rakyat ini. Berjuang dan terus Berjuang. Bertahan dan terus bertahan. Tiada apa yang perlu kita takutkan!