Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang*
Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk “Memeluk Islam” yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini. Iklan
PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.
Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.
Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.
Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.
Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.
*Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Difailkan dalam: Artikel, Hak Asasi, Isu Politik, Isu Sosial, Keluarga&Masyarakat, Undang-Undang



















salam
adakah mungkin agenda tersirat Majlis Peguam Malaysia menganjurkan Forum ‘Memeluk Islam’ secara terbuka untuk menakut2 kan Bukan-Islam yang berhasrat untuk menganut Agama Allah yg Hak? Mereka tidak mempunyai Hak untuk mencadang meminda mana2 undang2 atau Qanun berkaitan ‘memeluk islam’ …Tidak Sama Sekali!