Jeffrey dakwa 13 anggota Parlimen Sabah termasuk 2 dari SAPP akan sertai Pakatan Rakyat

BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mendakwa 13 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurutnya kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

“Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya kecil ini (Permatang Pauh)…sekarang mereka sedang menunggu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di sini malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua anggota Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN). – BERNAMA

Pemudawilayah - Ahli Pas diingat untuk menumpukan sepenuh perhatian pada Kawasan DUN dan Parlimen yang dimenangi pada masa ini. Apa jua yang berlaku dimasa hadapan kita doa dan serah pada Allah. Isu lompat parti bukanlah perkara baru dan kita harus mengambil sikap tenang dan tidak terlalu ghairah bila mendengar berita-berita sebegini. Hanya Alla yang tahu apa akan berlaku pada September nanti….

Satu Respons

  1. Sama2 lah kita tunggu apajua keputusan sama ada bertukar nya tampuk pemerentahan negara kita ini . Datuk Sri Anuar pun orang melayu beragama Islam . Jika memegang tampok pemerentahan nanti Agama lah yang yang di Utama kan dari Bangsa .Jangan ikut cara sekarang ni Bangsa yang di Agung kan Agama di Abai kan . Jawi Masjid Imam dah tak relevan lagi .Ulamak dah bercanggah pendapat buat masa ini yang mana betul dan yang mana salah dah tak tau .

Tinggalkan jawapan