Mahathir: Najib dibayangi ‘tingkat empat’ baru

Mantan perdana menteri bimbang kesan negatif pengaruh kumpulan penasihat Datuk Seri Mohd Najib Razak ala pasukan “tingkat empat” yang didakwanya menyebabkan kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa hubungan penasihat timbalan perdana menteri ini ada hubungan dengan pasukan penasihat Abdullah, termasuk menantunya Khairy Jamaluddin.

“Saya diberitahu, Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya.

Continue reading

Eurocopter: “Abdullah makan nangka, Najib terkena getahnya”

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato’ Paduka Husam Musa menyatakan ketika ramai menyangka kononnya ‘perbincangan’ pembelian Eurocopter didalangi Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan komisyen seperti kes kapal selam dan pesawat perang mungkin wujud sekali lagi, Najib terasa isu ini cuba dipalitkan kepada Timbalan Presiden Umno itu.

“Isu ini cuba dipalitkan kepada beliau sedang orang lain yang memakan nangka dan orang lain terkena getah,” kata Husam secara sinis dalam satu ulasan yang dipaparkan dalam blognya baru-baru ini.

Continue reading

“Kami ke Pakistan guna duit sendiri” – Misbah

Image

Menteri Besar Contoh: Hanya Gunakan Kelas Ekonomi Untuk Menaiki Pesawat Sebagai Langkah Penjimatan Walaupun Beliau Mampu Untuk Mendapatkan Tempat Duduk Yang lebih Selesa

Oleh Johari Jaafar

IPOH, 31 Okt (Hrkh)- “Kami pergi ke Lahore, Pakistan tidak menggunakan wang kerajaan atau parti, sebaliknya menggunakan wang kami sendiri”.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, ketika menjawab pertanyaaan daripada banyak pihak mengenai perbelanjaan beliau bersama rombongan mengiringi Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ke Lahore, Pakistan baru baru ini.

“Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita Menteri Besar Perak dan saya menyertai ijtimak Jamiat Islami di Lahore, Pakistan, mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana,” katanya sewaktu ditemui di pejabatnya semalam.

Continue reading

ADA ‘TANGAN GHAIB’ BEBASKAN ABDUL RAZAK BAGINDA?

PEMBEBASAN ABDUL RAZAK BAGINDA MENINGGALKAN PELBAGAI PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DPPWP) melahirkan rasa terkejut di atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Oktober 2008 yang membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan membunuh seorang rakyat Mongolia, Altantunya Sharibu.

JUHAM DPPWP menyuarakan bantahan dan kebimbangan sekiranya pembebasan Abdul Razak Baginda tersebut berpunca daripada ‘tangan-tangan ghaib’ dari balik tabir yang melibatkan pihak ketiga dalam pengendalian kes pembunuhan Altantunya.

Continue reading

Islam dan Ketuanan Melayu (2)

Oleh Fahri Abdullah al-Masri

Akhirnya polemik Ketuanan Melayu meletus kembali menjadi topik perbincangan dalam kalangan cendekiawan Melayu. Ketuanan Melayu adalah suatu konsep yang tidak pernah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Demikian antara hujah pihak-pihak yang tidak pernah bersetuju dengan Ketuanan Melayu itu. Bagi mereka, kalau hal itu tidak pernah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan, maka kenapakah hal itu perlu diulang-ulang?

Continue reading

MCA Minta Mansuh ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

“Ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini.

Continue reading

Minyak -> RM1.92 harga terbaik petrol- Pakar ekonomi

Dari Kelatekito

Pakar- pakar ekonomi berpendapat harga petrol sebaik- baiknya diturunkan ke harga asalnya iaitu RM1.92 seliter bagi merangsangkan ekonomi negara lebih- lebih lagi ketika harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, jangkaan harga petrol mungkin diturunkan sebanyak 15 sen seliter pada akhir bulan ini adalah terlalu sedikit.

Continue reading

Islam dan Ketuanan Melayu (1)

Oleh Fahri Abdullah al-Masri

Konsep Ketuanan Melayu adalah suatu ungkapan yang diutarakan Dr Mahathir dan dipercayai ia tak pernah dibangkitkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum Dr Mahathir. Ringkasnya, ‘Ketuanan Melayu’ itu satu hubungan yang terikat kuat dengan beliau. Apa-apa yang terjadi selepas artikel ini tersiar, beliau turut terheret sama.

Agar lebih bertanggungjawab, biarlah saya nyatakan di sini bahawa buah fikiran ini saya temui ketika berbual ringkas bersama Dr Muhammad Nur Manuty. Saya rasa, beliau sendiri pun terlupa bahawa saya pernah menelefonnya ketika meminta buah fikirannya mengenai hal ini.

Continue reading

Kronologi sistem demokrasi berparlimen, Raja berpelembagaan

Oleh Mior Isfandy Mior Azizan

Penjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula secara serius pada abad ke-18.

Ini terjadi apabila strategi memanipulasi perjanjian yang dibuat oleh Francis Light dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 yang berakhir dengan penaklukan Pulau Pinang atau dijenamakan sebagai Prince of Wales Island.

Continue reading

Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti

PULAU PINANG 21 Okt (Utusan Malaysia). – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya kontrak sosial dijadikan kurikulum di universiti bagi menjelaskan isu itu yang kini sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, penjelasan kepada generasi muda khususnya pelajar universiti penting bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka.

Continue reading

Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing

KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). . – Masalah kebanjiran tenaga kerja asing di negara ini berpunca daripada sikap sesetengah majikan yang mahu membayar gaji rendah berbanding mengambil pekerja tempatan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah berkata, majikan juga tidak memberi peluang kepada pekerja tempatan walaupun mereka lebih rajin dan senang diatur untuk melakukan kerja berbanding pekerja asing.

Continue reading

Daftar persatuan belia – Ismail

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

SEREMBAN 21 Okt (Utusan Malaysia).  – Kementerian Belia dan Sukan memberi amaran kepada semua persatuan belia di negara ini supaya mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan selewat-lewatnya hujung tahun ini jika mereka mahu peruntukan daripada kerajaan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu berbuat demikian supaya semua persatuan belia lebih bertanggungjawab.

Continue reading

Selangor aims to take over Syabas

By ELAN PERUMAL and THO XIN YI at the Selangor State Assembly

THE Selangor government will take over Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) if it is able to strike a deal that will benefit the people and the state.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state was doing its best to restructure the water supply system to ensure consumers pay as little as possible for water.

“We want the water restructuring plan to be done at the lowest cost while Syabas wants a much higher price.

Continue reading

Indeks Persepsi Rasuah Malaysia membimbangkan

KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia). – Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2007 yang dicatatkan pada tahap 6.76 peratus merupakan satu tahap yang agak membimbangkan, kata Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Beliau berkata, selain itu, sebanyak 52.5 peratus responden yang terlibat dalam kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 juga menyatakan bahawa rasuah dalam sektor politik adalah tidak terkawal.

Continue reading

Kempen pulaukan barangan

KUALA LUMPUR – Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar di negara ini akan bergabung mengadakan kempen pemulauan besar-besaran terhadap produk-produk yang harganya tidak diturunkan mulai bulan depan.

Tindakan itu diputuskan sebagai tindak balas ke atas kedegilan peniaga dan pemborong yang masih enggan menurunkan harga barangan meskipun harga bahan bakar sudah tiga kali diturunkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Continue reading

Lagi laporan polis terhadap Najib

anak muda malaysia ngo police report on najib eurocopter 211008 03Oleh Abdul Rahim Sabri

Malaysiakini : Sekumpulan pemimpin pembangkang dan aktivis membuat aduan polis lagi terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung perolehan helikopter Eurocopter dan isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kira-kira 10 orang yang menggelarkan diri Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM), bersama ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin dan setiausaha Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah Al-Jundi, membuat laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Continue reading

‘Israel’ robohkan penempatan rakyat di Johor

kampung baru plentong tengah johor bahru protest 161008 03Sudah tiada perkataan lain lagi yang sesuai bagi mengambarkan kezaliman Kerajaan BN melainkan memanggil mereka sebagai ‘Israel Malaysia’. Kes perobohan rumah-rumah rakyat marhaien bagi memberi laluan golongan korporat dan aristokrat BN meraih keuntungan atas nama projek pembangunan bukanlah perkara baru. Kali, ini mereka tunjukkan sekali lagi kezaliman mereka tanpa memikirkan untung nasib rakyat yang kini tertekan dengan sikap sombong pemimpin Bn dan juga balaci-balaci mereka ini.

Malaysiakini Berita 1: 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah diroboh

Oleh Abdul Rahim Sabri

Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju semalam.

Continue reading

ISA terhadap RPK untuk lindungi kebobrokan Najib

SUNGAI BULOH, 15 Sept (Hrkh) - Penggunaan ISA terhadap pengendali laman blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin dianggap sebagai langkah menyekat ‘kemaraan’ blogger tersebut mendedahkan lebih banyak lagi kebobrokan pimpinan negara, khususnya berkaitan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah, berkata penahanan suaminya itu semata-mata menyekat Raja Petra berterusan menulis mengenai kepincangan Najib, khususnya menjelang peralihan kuasa tahun depan. Continue reading

Najib akan rombak ‘besi berkarat’ dalam Kabinet Abdullah

oleh Safar Jumaat

APA sebab Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli-Ahli MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno, dari Disember 2008 ke Mac 2009, tiada siapa yang tahu.

Ketika banyak pihak yang mendakwa, ia suatu usaha untuk melewat-lewatkan tarikh pengunduran Abdullah, dari Disember ke Mac, ada juga yang membuat telahan, Abdullah tentunya mempunyai strategi sendiri yang sukar dibaca. Continue reading

Minyak Turun Harga Barang Naik lagi

Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini (15/10/2008)

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20. Continue reading