Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra

Oleh AMKNS

Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu.

Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi.

Continue reading

Fatwa sesat halal melacur dapat sambutan!

Oleh dewa

Tranungkite : Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka. Mungkin terpengaruh dengan fatwa ustazah UMNO agaknya.

Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Continue reading

Sasaran tawan 6 juta pemilih baru menjelang PRU Ke-13

Oleh G. MANIMARAN dan DEVID RAJAH

PETALING JAYA (mStar): Ketika empat juta rakyat negara ini masih belum mendaftar sebagai pemilih, kira-kira dua juta orang – golongan muda bawah 21 tahun, berpotensi tersenarai dalam daftar pemilih menjelang pilihan raya ke-13.

Sambil melihat kumpulan baru ini sebagai aset sokongan dalam menentukan kemenangan masa depan parti-parti politik juga sudah mula menggerakkan usaha menawan mereka sebagai pengundi.

SPR JANGKA 2 JUTA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menjangkakan akan ada lebih ramai pemilih baru muda yang berpotensi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Continue reading

Two million young voters will make the difference

By G. MANIMARAN and DEVID RAJAH

PETALING JAYA: They are young, opinionated and Internet-savvy. And some two million such Malaysians will be eligible to vote in the next general election, and will undoubtedly have a big influence on the results then.

The power of the young could be further reinforced by four million eligible voters, many believed to be under 30 years, who did not register in time for the March 8 elections.

If these youths choose to register, the eligible voter population in the country will total 16.9 million, including the 10.9 million already registered in the country.

“Two million youths will become eligible to register and vote in the next general election,” said Election Commission (EC) deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Continue reading

Anwar elok tumpu bangunkan 5 negeri

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya lalu, walaupun dalam situasi kritikal buat BN, gabungan parti itu sering diselamatkan oleh pola pengundian yang agak “saling bertentangan” oleh pengundi pelbagai kaum negara ini.

Ketika majoriti pengundi Melayu menolak secara terbuka Umno-BN dalam pilihan raya bersejarah 1999, yang ditandai kebangkitan tuntutan reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim, pengundi bukan Melayu dilihat menyelamatkannya. Dikatakan sekurang-kurangnya tujuh daripada sepuluh orang Melayu waktu itu menolak BN, tetapi ada pengundi bukan Melayu yang secara tradisinya menyokong pembangkang bimbang kerajaan BN boleh tumbang, maka mereka beralih mengundi BN.

Continue reading

Beri keadilan kepada Sheikh Muszaphar

Oleh Profesor Cabuk

Saudara Pengarang,

Saya terpanggil untuk membincangkan topik mengenai Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang dikatakan mengumpulkan wang RM1.2 juta di atas ‘keuntungan’ memberikan ceramah sebagaimana yang akhbar tuan paparkan.

Saya tidak bertujuan untuk menyanggah dakwaan wartawan terbabit. Benarkah Sheikh Muszaphar mengaut keuntungan yang banyak? Benarkah Sheikh Muszaphar meminta jumlah bayaran sehingga RM8000 sekali ceramah?

Continue reading

Kerajaan dipersoal kos projek ‘High Speed Broadband’ tinggi

Oleh Anis Nazri & Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) – Kos perbelanjaan Projek ‘High Speed Broadband’ yang dijalankan Telekom Malaysia lebih mahal iaitu melebihi RM11 bilion, sedangkan terdapat kaedah lain yang jauh lebih murah dari itu.

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu ‘Digital Power Line’ (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.

Continue reading