Oleh AMKNS
Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu.
Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi.
Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal.
Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara – sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera.
Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……
Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr.blogspot.com/2008/11/zakat-bukan-islam.html.
Pemudawilayah – Isu dan aduan terhadap Pusat Zakat atau Baitulmaal sudah menjadi perkara yang serius. Begitu banyak umat Islam yang dhaif memerlukan bantuan tetapi dinafikan atas pelbagai sebab yang berkaitan birokrasi. Pertanyaan asal usul, agama dan sesekali kena marah kerana tak cari kerja sering diterima oleh mereka yang berurusan di kaunter bantuan zakat!
Kalau orang itu asalnya dari negeri Terenggannu dan datang bermusafir di KL. Bila kesempitan duit mereka cuba minta bantuan di PPZ atau Baitulmaal Kuala Lumpur, malangnya jarang sekali ditolong atas alasan, hasil zakat KL hanya untuk orang KL.
PPZ dan Baitulmaal juga kelihatan tidak serius untuk turun padang mengesan umat Islam yang dhaif. Kadang kala kita hairan bagaimana Gereja yang tidak mendapat pembiayaan dari Kerajaan dapat memberikan khidmat terbaik buat orang bukan Islam dan umat Islam juga. Walhal duit zakat kita tidak pernah dikongsikan dengan yang bukan Islam, tapi nampak macam tak cukup untuk bantu umat Islam pula. Ke mana duit itu dibelanjakan. Kepada pengurus zakat, berhati-hatilah takut nanti ia akan menjadi alasan untuk anda dinafikan hak memasuki Syurga Allah.
Asalamualaikum,
Satu kejadian yang hampir sama juga telah berlaku di Sg Petani pada satu ketika dulu. Waktu itu melibatkan seorang pekerja kilang yang memerlukan bantuan untuk rawatan hospital. Tetapi di tolak. Kesudahannya dengan jasa baik seorang guru India Kristian, sedikit sumbangan dari gereja telah diperolehi tanpa banyak kerenah.
Tetapi kalau nak buat bangunan baru yang indah atau pelaburan saham yang besar barangkali tidak bagitu susah kut.
Ambillah iktibar daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Semua harus ingat sepatutnya menolong orang tidak perlu ada syarat. Sesiapa sahaja dalam kesusahan mesti ditolong. Hal berkaitan asal usul, agama dan keturunan mereka yang memerlukan tidak wajar diambil kira. Agama tidak mengajar kita membeza-bezakan orang mengikut keturunan atau asal usul. Begitu juga kesusahan tidak memilihketurunan dan asal usul.
Pingback: orang kita?????orang yg pandai « Meorz’s Blog
Mengikut pengalaman peribadi saya, masalah pengurusan zakat yang “memalukan agama” ni memang dari akar sampai le ke pucuknya… Jabatan Agama itu sendiri!
pokoknya, pemimpin yang tidak cakna rakyat. bila laa nak tukaq pemimpin nih? hadui..
ntahlah………………….apa nak jadi dengan pusat zakat alias baitulmal…..nak minta bantuan pun nak tanya info agama,bangsa..banyak sangat kerenah birokrasi…senang citer banyak menyusahkan orang yg sememangnya islam & melayu yang susah dan hampir kebulur…masih nak tanya status awak islam ke,melayu ke dan dari mana asal samada dari bumi atau ufo…..da tu suka pandang rendah pada insan yang memerlukan bantuan…pengurusan zakat ini bukan saja memalukan islam tapi bangsa dan negara…
dari dulu mcmni lah masalah nya.
Geram dan marah dgn agensi yg korupsi ni nk mmilih milih tpt saya juga ada mcm ni.rakan minta bantuan hampeh dia nk tolong.alasan tak layak.bukan nk cek dan tengok keadaan org tu mcm mana.tahu nk hukum org shj
Assalamualaikum,
Kenapa bila bincang isu kristianisasi, kita terus kaitkan dengan pusat zakat? memanglah pengurusan zakat kita ada masalah (duit zakat pun nak dikebasnye). Tapi isu mengkristiankan orang islam ni (lebih sesuai…menyesatkan orang islam) lebih besar lg. Bantuan duit drpd gereja hanyalah sbg saluran/peluang yg boleh digunakan oleh gereja.
Saya berpendapat, kalaupun org islam tak minta duit gereja…diorg akan guna cara lain juga. Saya teringat semasa di universiti, kerja2 sebegini dah dilakukan..masa tu student kita tak miskin merempat pun. Letih kita sebagai Majlis Teritnggi Mahasiswa Kolej dan Persatuan Mahasiswa Islam nak menanganinya.
Wa’alaikumussalam Sdr. Mohd Zahir
Ada banyak faktor lagi yang boleh menyebabkan kristianisasi ini. Namun isu pengagihan zakat ini adalah salah satu faktornya. Apabila orang Islam yang susah tidak mendapat bantuan yang sejawarnya daripada Baitulmal @ Pusat Zakat, sudah pastilah mereka akan mencari sumber-sumber yang lain. Apabila ini berlaku, maka mudahlah para mubaligh Kritian ini mendekati mereka dengan cara memberikan bantuan. Semakin lama semakin terpaut hati orang-orang Islam yang susah ini dengan para mubaligh Kristian apabila selalu diberikan bantuan. Akhirnya, dengan cara ini puak-puak ini mengkristiankan orang Islam.
Secara kesimpulannya, faktor dalaman (kelemahan pusat zakat, kelemahan aqidah) dan faktor luaran (usaha-usaha kristian) ini memainkan peranan penting dalam mengkristianisasikan orang Islam.