Ketuanan Melayu : Umno sangat terasa, rakyat terus bertenang….

Bila sahaja Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu yang disifatkan beliau sebagai tidak lagi relevan, maka bertempiklah hulupolong-hulupolong Umno untuk menongkat keangkuhan mereka.

Hishamuddin, Hamid Albar, Shafie Apdal dan Khaled Nordin, tampil menjadi juara Umno. Soi Lek cuba memasang perangkap dan akhirnya pemimpin Umno melatah. Tidak cukup dengan itu Presiden MCA, Ong Tee Keat enggan mengaku bahawa itulah suara MCA. Maka kian gamatlah pentas politik bersukukan bangsa ini.

Soi Lek memancing dengan cuba mengangkat label Ketuanan Rakyat yang sewajarnya dinobatkan sebagai model politik negara kini bagi mengantikan ideologi Ketuanan Melayu.

Continue reading

Jangan Jual Pakatan kepada BN, Rakyat Sedang Memerhati…..

Kesangupan beberapa pemimpin BN merapati pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) akhir-akhir ini wajar diperhalusi. Selepas sahaja Pilihanraya ke-12 Mac lalu, pemimpin Pas Selangor dijemput bertemu dengan Pemimpin Umno bagi membincangkan soal menubuhkan Kerajaan Campuran. Namun pemimpin Pas telah menolaknya dengan penuh bermaruah.

Saat Pilihanraya Kecil Permatang Pauh berlangsung, politik negara meyaksikan beberapa pemimpin BN secara terbuka menyatakan kesediaan untuk bersama Pakatan. Anwar menjanjikan 16 September sebagai tarikh keramat untuk peralihan tampuk pemerintahan negara. Walaubagaimana pun, atas kekangan yang terpaksa dilalui, projek itu ditangguhkan.

Continue reading