PPSMI…….DOSA UMNO DAN BARISAN NASIONAL YANG AKAN DIPERSOALKAN ANAK BANGSA DI MAHSYAR

Sukar untuk penulis mulakan tulisan ini. Bukan kekeringan idea tetapi tidak tahu di mana hendak dimulakan. Sedih. Marah. Kecewa. Terkilan. Perasaan itu datang dan meniti satu persatu di jiwa penulis.

Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 2008 telah pun diumumkan. Tangisan kegembiraan bagi yang berjaya dan wajah penuh kekecewaan bagi yang kurang berjaya. Namun, bukan soal itu yang mahu penulis bincangkan.

Bukan juga soal 51% pelajar menjawab kertas soalan matapelajaran Sains menggunakan Bahasa Inggeris dan bukan juga soal meningkatnya jumlah pelajar yang mendapat A bagi semua matapelajaran yang diduduki.

Apa yang ingin penulis utarakan adalah betapa PPSMI itu membunuh tunas-tunas yang bakal mewarisi legasi anak bangsa.

Continue reading

Himpunan Aman bagi ‘Membantah Keganasan Israel di Semenanjung Gaza’

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) akan menganjurkan Himpunan Aman bagi ‘Membantah Keganasan Israel di Semenanjung Gaza’. Himpunan ini akan dilangsungkan pada hari Jumaat- 2 Januari 2009, selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Negara.

Pemudawilayah menyeru agar rakyat Malaysia, NGOs dan parti-parti politik disekitar Wilayah dan Selangor untuk turut serta bagi menyatakan bantahan terhadap keganasan dan kezaliman Israel yang masih lagi melancarkan peperangan di Semenanjung Gaza.

Himpunan ini akan dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub bersama Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Sdr. Kamaruzaman Mohamad.

Continue reading

Perhimpunan aman Palestin di Masjid negara Jumaat ini

Kuala Lumpur – Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara pada 2 januari 2009 selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS YB Salahuddin Ayob.

Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin. Kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu. Continue reading

Pemuda PAS Wilayah anjur XPDC dakwah malam tahun baru.

Kuala Lumpur – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan menganjurkan program xpdc dakwah sempena malam tahun baru yang akan datang ini.

Pemuda Wilayah akan memfokuskan 2 tempat pada malam tersebut, iaitu taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Permaisuri. Dua Lokasi ini dipilih kerana tempat ini menjadi tumpuan anak-anak muda di malam tahun baru setiap tahun. Continue reading

Lancarkan demonstrasi, boikot dan solat hajat lindungi rakyat Palestin!

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.

Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.

Continue reading

PAS rakam simpati, bantah keras kekejaman Zionis

Oleh Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) – PAS merakamkan rasa simpati terhadap musibah yang menimpa penduduk Palestin khususnya kerajaan Hamas dan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah-bahagi terhadap perjuangan gerakan tersebut.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan zalim regim haram Zionis Israel membunuh rakyat dan memusnahkan penempatan Palestin di Gaza adalah sangat dikesali dan ternyata bertentangan dengan peradaban manusia yang bermoral dan bertamadun.

Continue reading

Allahuakhbar : Zahar sertai PAS, kempen di KT

Oleh Muda Mohd Noor

Malaysiakini : Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim – yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter – secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Zahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Continue reading

PPSMI: Gapena beri kata dua 31 Dis

Malaysiakini – Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama.

Continue reading

Kempen JOM SERTAI PAS


Dewan Pemuda PAS dan Lajnah Pemerkasaan PAS menjemput anda semua ke Majlis Perasmian Kempen JOM SERTAI PAS pada hari Sabtu 27 Disember 2008 bertempat di Dataran Shah Alam, Shah Alam, Selangor. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Majlis akan turut diserikan dengan kehadiran khas Kapten (B) Datuk Zahar Hashim, bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan yang baru mengisytiharkan menyertai PAS bersama 28 ketua cawangan UMNO bahagiannya dalam satu majlis semalam.

Datanglah beramai-ramai!

Universiti & Persatuan Peguam Syarie Malaysia kena anjur kursus HUDUD

Ketidaktahuan sebilangan besar rakyat dinegara ini khususnya kalangan kumpulan berpendidikan tinggi terhadap undang-undang HUDUD dan QISAS menjadi punca utama kepada merebaknya salah faham terhadap hukum yang diperturunkan oleh Allah ini.

Maka sewajarnya suatu ruang yang mencukupi perlu diberikan bagi mereka memahami sistem perundangan Islam yang mencakupi hukum HUDUD dan QISAS ini. Kita melihat bahawa Universitilah tempat lahirnya para peguam, hakim-hakim dan pengamal undang-undang.

Maka disitulah tempat terbaik buat undang-undang HUDUD dan QISAS ini dibentangkan untuk mereka fahami. Pihak universiti yang mempunyai Fakulti Undang-undang dinegara ini masih belum melengkapi silibus pendidikan mereka seandainya HUDUD dan QISAS tidak dimasukkan dalam sisitem pembelajaran.

Continue reading

Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas

Oleh Mohd Khalil Abdullah

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) -Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Iklan

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan.

Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana.

Continue reading

Hudud MCA Wajar Tarik Balik Bantahan, Jangan Bertindak Membabi Buta

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengesa Pemuda MCA Wilayah Persekutuan menarik balik bantahan yang dikemukakan kepada YB Dato Presiden Pas berkaitan dengan isu hukum Hudud dan Qisas.

Pemudawilayah telah meneliti isi bantahan berkenaan yang dihantar melalui sehelai surat yang ditandatangani oleh Sdr. Chiew Lian Keng pada petang semalam di Pejabat PAS Pusat.

Jelas dalam surat bantahan itu bahawa pemuda MCA tidak memahami hasrat dan konsep hukum hudud yang telah termaktub dalam Al-Quran. Kegagalan ini menyebabkan mereka bertindak membabi buta dan hanya berlandaskan kefahaman yang cetek tentang isu ini.

Continue reading

SEKRETARIAT KHAS DIALOG ULAMA’ DAN UMARA’ PERMULAAN NAJIB UNTUK BINA IMEJ ISLAM

Oleh Ust. Idris Ahmad
AJK Pas Pusat

Utusan Malaysia, 22 Dis 2008. – Sebuah sekretariat khas akan ditubuhkan untuk mengendalikan dialog antara ulama dan umara bagi memastikan perbincangan di antara kedua-duanya berlaku secara lebih mapan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dialog yang akan dilakukan secara berkala itu penting untuk membolehkan pandangan kedua-dua pihak terhadap sesuatu perkara dapat dibincangkan mengikut keperluan semasa.

“Untuk itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penubuhan sekretariat ini yang boleh menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan dialog antara ulama dan umara.

Continue reading

Mangsa bencana Bkt Antarabangsa jadi mangsa dendam BN, Laporan enggan diserahkan pada kerajaan negeri

MB kecewa, JKR enggan serah laporan Bkt A’bangsa

Oleh Jimadie Shah Othman

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 03Malaysiakini : Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Continue reading

IJN-Penswastaan Institusi Kesihatan Sudah Bermula, BN Lepas Tangan

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan melihat bahawa cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Berhad semalam memulai gerak langkah Kerajaan BN yang ingin melepaskan tanggungjawab sosialnya dan industri kesihatan negara.

Isu penswastaan institusi kesihatan awam sudah lama kedengaran, namun cadangan yang dikemukakan Sime Darby Berhad semalam benar-benar mengejutkan rakyat kerana ianya disambut dengan begitu santai oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak yang dengan mudah bersetuju pada pengambilalihan itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid mengakui bahawa mereka telah menerima surat kelulusan dari EPU semalam selepas mengemukakan cadangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan Kerajaan dalam IJN.

Continue reading

Kekuasaan polis ganti keluhuran Perlembagaan

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Jika hobi boleh didefinisikan sebagai satu amal perbuatan yang berterusan yang dilakukan dengan penuh keceriaan, maka kerja menangkap dan menahan orang yang terlibat dengan perhimpunan boleh dikatakan sebagai hobi pihak polis di negara ini.

Tetapi hobi itu sendiri ada yang baik dan ada yang tidak baik. Menangkap orang yang hanya berhimpun secara aman sudah pasti adalah satu hobi yang tidak baik.

Bercakap tentang perhimpunan aman di negara ini ianya dikawal oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak yang asas yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini. Secara teorinya apabila sesuatu hak itu dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan kita boleh katakan hak tersebut adalah satu hak yang amat penting.

Continue reading

Anak syarikat T’ganu rugi RM80 juta

Malaysiakini : Beberapa anak syarikat kerajaan Terengganu mengalami kerugian keseluruhan kira-kira RM80 juta dalam tempoh tiga tahun lalu, kata menteri besar di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Syarikat-syarikat berkenaan termasuklah Golden Pharos Sdn Bhd, Syarikat Percetakan Islam Terengganu dan Permint-Suterasemai Sdn Bhd, lapor Bernama.

Continue reading

Siasatan wakil BN boros RM26.6 juta

bm version selangor state expenditure 26 million gone in two months 161208

Oleh Jimadie Shah Othman

Malaysiakini : haniza talhaJawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Continue reading

PESANAN BUAT RAKAN SEPERJUANGAN

Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kepada Allah swt yang masih memberikan kita ruang untuk menambahkan bekalan amal dan pahala bagi memudahkan perjalanan kita untuk ke syurga-Nya. Kita mohon kepada Allah swt semoga perjalanan hidup kita ini tidak menjerumuskan kita ke dalam neraka-Nya.

Wahai sahabat, perjuangan ini bukanlah suatu kegiatan mengisi masa lapang. Perjuangan ini juga bukanlah suatu aktiviti bersifat suka-suka. Suka buat, buat. Suka tak buat, tak buat. Janganlah dicemari perjuangan ini dengan sikap sedemikian.

Perjuangan ini ibarat kain putih yang diamanahkan kepada kita. Kitalah yang akan mencorakkan kain putih ini sama ada menjadi pakaian ahli syurga ataupun menjadi pakaian ahli neraka. Doakanlah semoga kita layak ke syurga atas perjuangan ini. Doa-doakanlah supaya perjuangan ini tidak menghumbankan kita ke neraka.

Wahai sahabat, tahniah kerana anda merupakan pimpinan dalam barisan para pejuang yang mewarnai perjuangan ini. Hargailah daya pemikiran yang dikurniakan Allah swt kepada anda supaya daya pemikiran itu memberikan kebaikan kepada perjuangan. Doa-doakanlah supaya daya pemikiran itu tidak memperkudakan perjuangan ini untuk kekenyangan tembolok dan perut anda.

Renung-renungkanlah dan insafkanlah diri ini tentang keperitan para pejuang yang membarisi perjuangan ini. Tidak ada lain yang kami harapkan selain daripada dikurniakan seorang pimpinan yang mampu membawa kami ke syurga. Doa-doakanlah semoga anda bukanlah pimpinan yang membawa barisan perjuangan ini ke neraka.

Wahai sahabat, syukurlah kerana kita masih teguh berdiri di barisan perjuangan ini walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan. Syukurlah kerana tanpa jawatan itu maka kuranglah sedikit soal jawab kita di Mahsyar nanti.

Tanyalah kepada diri kita wahai sahabat. Adaklah kita taati pimpinan perjuangan ini? Adakah kita ikhlas dalam berjuang? Atau adakah kita menjadikan perjuangan ini ruang untuk menyusun agenda sendiri demi memenuhi tuntutan tembolok dan perut sendiri?

Adakah kita memang berkorban untuk perjuangan ini atau kita hanya kelihatan seperti berkorban tetapi hakikatnya kita tidak melakukan apa-apa pun? Adakah kita benar-benar menjiwai perjuangan ini atau adakah kita sekadar suka-suka kerana kita meluat dan menyampah dengan pihak yang di sebelah sana?

Wahai sahabat, perjuangan ini bukan main-main. Kita bermati-matian berjuang untuk mencapai kemenangan ini. Berdoalah agar kemenangan yang sedikit ini tidak menjadikan kita pejuang yang gilakan kemenangan sehinggakan kita bertungkus-lumus menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt kepada kita.

Janganlah kemenangan yang sedikit ini menjadikan kita lupa tentang tanggungjawab dakwah yang terpikul di bahu setiap Muslim. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami para pejuang yang mementingkan ghanimah perjuangan berbanding syurga-Mu.

Perjuangan ini adalah medan dakwah yang terbentang luas. Tunaikanlah tanggungjawab kita menyemai benih-benih iman di atasnya. Janganlah medan luas ini dijadikan medan pertempuran di antara kita. Jangan sia-siakan medan ini. Jangan cemari medan ini dengan nanah dan darah saudara kita sendiri. Janganlah kotori kesucian medan ini dengan nanah dan darah sesiapa juga.

Wahai sahabat, perjuangan ini bukanlah medan untuk kita beradu kekuatan. Medan ini adalah ruang untuk kita memilih untuk ke syurga atau ke neraka. Ibarat pesan Tok Guru Nik Aziz, hanya ada dua perkara dalam diri seorang Muslim. Syurga atau neraka. Dosa atau pahala.

Tepuk dada, tanya iman. Hiduplah sebagai seorang yang mulia. Berdoalah semoga kematian kita berdarjah syahid.

Wahai sahabat, jangan lupa pesanan ini kerana……kiamat sudah dekat.

Antara Kita Dan HAMAS : Suatu Perbandingan Yang Jelas Yang Wajar Direnungi

Pihak HAMAS telah menjadikan bidang kebajikan sebagai aspek utama yang perlu diberikan perhatian dan tumpuan. Bagaimanakah kita?

HAMAS tidak pernah jemu memenuhi keperluan rakyat Palestin. Bagaimanakah kita?

Pemimpin HAMAS hidup sebagai pemimpin dan bukan sebagai dewa di kayangan. Bagaimanakah kita?

HAMAS mampu membentuk jiwa dengan iman yang kental di kalangan anggotanya. Bagaimanakah kita?

Dalam kesibukan berjihad, pimpinan HAMAS masih lagi kukuh dengan kegiatan usrahnya. Bagaimanakah kita?

Dalam penderitaan yang tidak pernah padam, pimpinan HAMAS mampu menyiapkan tesis sehingga ke peringkat kedoktoran. Bagaimanakah kita?

Anggota HAMAS yang sering keluar masuk penjara sempat menghafal al-Quran dalam tempoh itu. Bagaimanakah kita?

Rakyat Palestin yang hidup dalam penuh penderitaan mampu bangun sebagai satu barisan yang gagah apabila seruan hayya ‘ala al-jihad dikumandangkan. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS telah mengorbankan segala-galanya untuk jihad. Bagaimanakah kita?

Tidak pernah wujud istilah veteran kepada aktivis HAMAS. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS akan berkorban apa sahaja bagi membela ahli bawahannya. Bagaimanakah kita?

Pimpinan HAMAS hidup dalam penuh kesederhanaan walaupun mereka mampu memiliki apa yang mereka mahukan. Bagaimanakah kita?

HAMAS sentiasa turun ke medan untuk mendekati rakyat tanpa mengira ras keturunan, fahaman politik dan agama. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS menganggap masalah rakyat adalah masalah mereka. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS begitu mematuhi soal ketepatan masa. Bagaimanakah kita?

Ahli HAMAS berani menyatakan teguran dan kritikan kepada pimpinan mereka. Bagaimanakah kita?

Pelbagai lagi. Bagaimanakah kita?

Persoalan “bagaimanakah kita” ini tidak akan selesai selagi kita gagal untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah.

Hanya satu sahaja ubat dan penawarnya. TARBIYYAH.

Semoga kita diberikan taufik dan hidayah oleh Allah swt. Ameen.

20,000 nelayan hentikan boikot

fishermen nelayan protest 161208 04Malaysiakini : Kumpulan 24 persatuan nelayan memberhentikan tindakan mogok ke laut, yang dilancarkan 12 Disember, selepas bertemu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini.

Keputusan jawatankuasa bertindak yang mewakili 20,000 nelayan di tujuh negeri dicapai petang ini selepas pertemuan dengan bekas setiausaha agung MCA itu di Hutan Melintang, Teluk Intan pagi ini.

Continue reading