Cuti tahunan sektor awam dikurang 5 hari, Cuepacs kecewa

4

Disember 12, 2008 oleh HermanSamsudeen


CUEPACS, JPA bertemu pagi ini bincang keputusan kerajaan

Oleh G. MANIMARAN

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Cuti tahunan bagi kakitangan perkhidmatan awam – lebih sejuta orang – akan dipotong lima hari mulai 1 Januari ini – keputusan yang menyebabkabn Cuepacs kecewa dan terkilan. Bagaimanapun peraturan baru itu tidak diguna pakai ke atas polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran.

Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari.

Dengan keputusan baru itu, kakitangan dalam Gred 1 hingga 20 akan hanya menikmati 20 hari, Gred 21-30 (25 hari), Gred 31-54 (25 hari) dan Gred Pengurusan Tertinggi (25 hari).

Kemudahan itu meliputi tempoh perkhidmatan 10 tahun dan ke bawah.

OPSYEN

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau menyatakan demikian dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pekeliling perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kadar baru kemudahan cuti rehat tahunan kepada kakitangan awam mulai 1 Januari ini.

Kadar kelayakan cuti rehat bagi seseorang pegawai adalah tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan iaitu tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira bagi tujuan pengiraan kelayakan mendapat cuti.

Kadar cuti rehat yang berkuat kuasa bagi kakitangan awam yang sedang berkhidmat adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 atau Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 atau pekeliling atau surat pekeliling atau peraturan lain yang berkaitan.

Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember.

“Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang,” katanya.

REAKSI CUEPACS

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan keputusan tersebut.

“Kami tidak diminta memberi pandangan dan tidak diajak mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

“Kami kecewa dengan pengurangan cuti tahunan lima hari ini,” katanya.

Cuma, kata beliau, pihaknya diminta menghadiri satu pertemuan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Putrajaya pagi esok.

“Kami akan membuat pendirian esok,” kata beliau sambil menambah, Cuepacs tidak pasti sama ada kerajaan bertindak demikian kerana mendapati cuti umum semasa terlalu banyak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu Bernama, badan induak kesatuan sekerja awam itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu.

Jelas beliau, adalah tidak adil untuk mengurangkan kelayakan itu kerana untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.

Sebagai contoh, Ahmad Shah berkata, kemasukan baru ke dalam perkhidmatan awam yang berkhidmat selama 30 tahun, akan kerugian 150 hari yang bersamaan dengan lima bulan.

Herman – Sewajarnya Kerajaan bincang dengan Cuepacs dahulu sebelum umumkan perkara ini. JPA dah mula syok sendiri nampaknya.

About these ads

4 thoughts on “Cuti tahunan sektor awam dikurang 5 hari, Cuepacs kecewa

  1. Hasbullah Pit berkata:

    Adakalanya saya nampak cuepac ni macam anti produktiviti.

  2. farishafau berkata:

    tak setuju cuti di kurangkan 5 hari.kalau nak kurangkan lebih adil kurangkan pada semua sektor, bukan dengan ada pengecualian.

  3. erisa berkata:

    cuti kurang lima hari bising,
    masa cuti hari minggu ditambah dan menjadikan hari bekerja 5 hari sahaja, ada calculate sekali tak berapa hari setahun dah cuti bertambah?

    nak sedop kojo sendiri je jang,…nak cuti 29 hari sebulan pun takde org halang…:)

    Pemudawilayah-Sebenarnya ramai org tak perasan, kakitangan awam kerja 5 hari sahaja selepas hari kerja pada sabtu dimansuhkan. Sebenarnya kakitangan awam dah kena kelentong dengan Kerajaan BN sebab untuk lima hari bekerja tu mereka kena tambah 1 jam setiap hari menjadikan waktu kerja mereka 9 jam, berbanding sektor swasta yang kerja 8 jam sehari.

    Jadi dalam seminggu, 5 hari mereka kerja bersamaan tambahan 5 jam yang mana masa itu jugalah yang digunakan untuk kerja hari sabtu sebelum ini.

    Soal cuti tu, kita serah pada Cuepacs untuk bincang.

    Kita selalu fikir bahawa kakitangan Awam tak banyak kerja dan selalu relaks…Tapi bila Pakatan dah pegang sendiri Kerajaan Negeri, barulah ramai yang faham bahawa tidak semua agensi atau peringkat dalam Kerajaan yang kerjanya relaks. Banyak yang sibuk juga. Sibuk mesyuarat dan pelbagai aktiviti kerja.

    Suasananya lebih kurang sama dengan sektor swasta, dimana tidak semua syarikat aktiviti kerja sibuk. Lihat pada level dan jenis bidangnya.

    Cuma bezanya kakitangan awam ini kerja dibayar gaji guna duit cukai, itu yang rakyat selalu angin kalau mereka slow buat kerja. Tapi terpulanglah pada penilaian masing-masing.

  4. Pegawai Kementerian Pelajaran berkata:

    JPA memang dah lama haprak…terutama kpd pihak Kementerian Pelajaran byk hangki pangki keputusan dan dasar yg dibuat…PM perlu kaji balik meletakkan pegawai2 di JPA jgn sampai setiap keputusan yg dibuat oleh JPA menjejaskan sokongan rakyat kpd pihak kerajaan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 93 other followers

Disember 2008
I S R K J S A
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Arkib

Categories

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers

%d bloggers like this: