Suatu artikel menarik untuk kita renungi. Betapa kita sedaya upaya memboikot barangan Amerika bagi melemahkan rangkaian sekutunya yang menzalimi umat Palestine. Namun dalam diam media dan masyarakat kita masih berhibur dengan cara Amerika. Ternyata apa yang dilakukan kini hanyalah sebagai satu topeng kemunafikkan semata.
Aditya: Kebergantungan kita keterlaluan!
Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, bangga menjemput Rihanna untuk beraksi di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13 Februari. Ironinya kerana ketika ini kita warga Malaysia sedang berkempen pemboikotan produk Amerika Syarikat dan Israel, tiba-tiba muncul kempen ini.
mStar : LEBIH 1,000 nyawa terkorban di Gaza City, Palestin. Kanak-kanak paling ketara menjadi kerakusan Zionis Israel. Itu hakikat yang kita dengar dan lihat hari ini.
Sejak Disember 2008, serangan Israel ke atas bumi Palestin kembali lagi, lebih dahsyat apabila mereka menggunakan senjata kimia untuk mematikan sasaran. Subhanallah!
Continue reading →