BN Hilang Dua Timbalan Menteri Dalam Satu Kerusi Yang sama!

Allahuakbar!!! semua orang sudah tahu siapa Ahli Parlimen baru bagi Kuala Terengganu. YB.Mohd Abdul Wahid Endut akhirnya berjaya meruntuhkan keangkuhan Umno di Kuala Terengganu.

Uniknya, kerusi Kuala Terengganu ini telah mengorbankan dua Timbalan Menteri dalam satu penggal yang sama dimana pada Pilihanraya Umum lalu, Razali Ismail telah berjaya mengekal kerusi Kuala Terengganu untuk BN dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Continue reading

BN sudah hilang 3 Kerusi Parlimen setakat ini…

Malaysiakini : BN kini tinggal 137 kerusi Parlimen

Barisan Nasional (BN) kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.

Continue reading

Laporan Malaysiakini Pada Hari Pengundian Di Kuala Terengganu

kuala terengganu by election results 2009 170109 bm versionMalaysiakini : PAS rampas kerusi Parlimen KT

9.29 malam Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan.

9.25 malam Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

9.12 malam Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada bila-bila sekarang. Tiada pemimpin Umno kelihatan di Stadium negeri. Dan hanya calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut berada di situ.

9.10 malam Tidak rasmi – PAS mendapat 32,393 undi manakala BN mendapat 29,969 undi. PAS mendahului dengan 2,424 undi. Calon bebas mendapat 191 undi. Dua lagi kotak undi akan dikira. Pegawai pengurus pilihanraya telah memanggil semua calon naik ke pentas.

Continue reading

‘Kerjasama langit dan bumi’ buahkan kejayaan

Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) – Pengarah Pusat Reformasi Sistem Pilihan Raya PAS (Ceri), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif berpandangan ‘kerjasama antara langit dan bumi’ iaitu munajat secara besar-besaran yang dipohon oleh setiap individu rakyat Kuala Terengganu memberi kejayaan besar PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Selain itu katanya, kerjasama mantap antara Pakatan Rakyat yang menggambarkan imej perpaduan telah mencipta satu suasana politik yang menyebabkan seluruh masyarakat di Kuala Terengganu terlibat sama dalam proses pilihan raya yang penting.

Continue reading

‘Jangan putus hubungan dengan Allah’ – Abdul Wahid Endut

Oleh Intan Abdullah

KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) – Mohd Abdul Wahid Endut yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu mengingatkan agar para petugas parti supaya terus menjaga hubungan dengan Allah dalam memastikan keberkatan dalam setiap usaha dijalankan. Iklan

Demikian ucapan sulung beliau dalam satu majlis bersama petugas dan penyokong Pakatan Rakyat di markaz PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai selepas majlis pengumuman calon selesai di Stadium negeri, Kuala Terengganu semalam.

“Terdapat banyak syarat yang membolehkan kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya ini, dan selepas menang kita perlu terus konsisten menjalankan gerak kerja.

Continue reading

PAS menang, Abdul Wahid layak ke Parlimen!

Alhamdulillah!!! Allahuakhbar…Allahuakhbar…Allahuakhbar………

Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

ImageIni bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini.

Continue reading