Mungkin tajuk diatas boleh dianggap sebagai satu fitnah kepada pihak polis tetapi itulah yang tergambar dalam pemikiran ramai pihak pada masa ini selepas melihat laporan berita malam tadi berhubung kematian A. Kuhan, 23 semasa masih ditahan di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya kelmarin.

Dalam rakaman laporan berita berkenaan, kesan seksaan dibelakang tubuh dan kaki mangsa jelas kelihatan. Bahagian belakangnya penuh calar seperti disebat atau ditoreh dengan benda tajam dan bahagian kakinya hingga ke betis berwarna merah seperti telah dipukul dengan benda keras.
Laporan forensik belum dikeluarkan tapi melihat rakaman mayat mangsa sudah cukup untuk masyarakat membuat spekulasi.

Nampaknya teguran pemudawilayah melalui kenyataan yang dibuat berhubung isu Konsert Rihanna dipandang ringan oleh pihak Celcom (M) Berhad. Celcom yang bekerjasama dengan Syarikat Pineapple Concert Sdn Bhd untuk mengadakan konsert ternyata tidak peka terhadap sensitiviti rakyat negara ini yang sedang dilanda gejala sosial yang melampau.
PETALING JAYA (mStar): Bantahan Dewan Pemuda PAS terhadap penganjuran konsert dalam negara ini tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat termasuk daripada kaum bukan Melayu terhadap parti itu.