Enggan bayar hutang RM218 juta….peluang ahli Umno masuk neraka cerah


Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Ahmad Faizadh Yahaya mengeluarkan perintah itu dengan kos setelah membenarkan permohonan Umno mengetepikan keputusan mahkamah terhadap parti itu pada 17 Julai lepas, mengarahkannya membayar RM218 juta bersama faedah dan kos kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.-Malaysiakini

Begitulah jahat dan kejinya Umno. Mereka tahu mereka berhutang kepada Elegant Advisory tetapi mereka berusaha keras untuk tidak membayar hutang itu walaupun kes berkenaan telah diputuskan Mahkamah sebelum ini.

Elegant Advisory telah membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Bendahari Umno, Abdul Azim ketika itu.

Perkara ini diketahui oleh seluruh pemimpin Umno dan rekod serta bukti yang ada mengesahkan bahawa Umno berhutang dengan Elegant Advisory.

Malangnya mereka mengunakan segala kuasa dan strategi teknikal yang ada untuk memastikan keputusan Mahkamah itu diubah.

Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan.

Peguam Umno, Mohd Hafarizam berkata timbalan pendaftar menerima alasan Abdul Azim dalam permohonan mengetepikan penghakiman tanpa kehadiran itu, bahawa writ saman dan pernyataan tuntutan berkenaan dibuat tanpa memenuhi Aturan 10 Kaedah 1 Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dan Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan.

Katanya dokumen-dokumen itu tidak diserahkan sendiri kepada defendan manakala Elegant Advisory telah menamakan pihak yang salah sebagai defendan kerana syarikat itu sepatutnya menamakan pegawai awam parti dan bukan bendahari Umno sebagai defendan.

Ini adalah satu alasan teknikal tetapi hakikat hutang itu wujud sudah sedia dimaklumi. Mengapa Umno masih ingin berdalih lagi. Kenapa mereka enggan bayar hutang itu setelah lebih dari lima tahun kes ini berlarutan.

Inilah bukti bahawa Umno sebenarnya parti yang keji, perompak dan penipu. Ini adalah hutang yang dibuat kepada sesama syarikat yang menyokong Umno, ia syarikat swasta. Kes ini terbuka.

Tapi bagaimana dengan agensi Kerajaan yang diuruskan oleh Umno. Apakah ada kemungkinan Umno tidak melakukan penyelewengan dan merompak dana negara. Jika dengan Syarikat swasta pun mereka boleh tipu sebanyak RM218 Juta dan boleh buat bodoh, bagaimana dengan duit rakyat yang hangus di tabung haji, perwaja steel, MAS, dan sebagainya?

Berapa banyak lagi hutang atau duit yang Umno rompak tapi rakyat tidak tahu? Kenapakah tiada seorang pun ahli Umno atau pemimpin mereka yang insaf tentang perkara ini dan berusaha membayar atau memulangkan semula duit yang mereka ambil.

Jika hutang ini tidak dibayar, maka confirmlah ahli dan pemimpin Umno akan ke neraka selepas ini kerana orang yang berhutang itu neraka sahajalah tempat di akhirat nanti.

Kami bukan menjatuhkan hukuman ini, tapi Allah dan Rasulnya telah janjikan hukuman ini. Ingat! hari ini kamu boleh kenyang dan bahagi-bahagi duit hutang itu, tapi esok…kamu bahagi-bahagilah pintu neraka yang Allah akan sediakan…..

Jika tidak mahu masuk neraka….bayar sahaja hutang itu…habis cerita.

5 comments on “Enggan bayar hutang RM218 juta….peluang ahli Umno masuk neraka cerah

  1. Nak kritik itu bagus.
    Memang tak habis-habis UMNO songlap wang.
    Tapi soal syurga, neraka – serahlah pada Allah.
    Jangan gopoh menyerang lawan dengan senjata agama.

    Herman – Terima kasih atas teguran itu Khairul……artikel diatas juga satu teguran dan peringatan kerana neraka itulah yang Allah janjikan buat mereka yang tak bayar hutang. Maknanya selagi mereka masih hidup mereka masih ada peluang bayar dan terlepas dari seksa neraka.

    Tapi kalau masih keras kepala juga itulah hukuman mereka nanti. Kami bukan menghukum tapi hanya sekadar mengingatkan hukuman yang Allah telah janjikan.

    Tak perlu risau untuk nyatakan hukum-hukum yang Allah janjikan sebab itulah sebahagian dari tanggungjawab kami. Adakalanya kami bercakap lembut dengan orang Umno, tetapi sesekali keluar juga ayat-ayat yang keras yang sememangnya perlu untuk mengingatkan mereka. Itulah yang diajarkan dalam Al-Quran, adakalanya Allah sebutkan kemanisan syurga dan ada kalanya Allah mengeluarkan ayat-ayat yang keras buat mereka yang keras kepala.

  2. Al-Quran surah Sajdah ayat 21 : ” Dan sungguh Kami akan rasakan kepada mereka seksaan [azab /"torment"] (di dunia) ini sebelum sebelum datang azab yang besar agar mereka kembali ke jalan yang benar” – Tafsiran Mushaf Standard Indonesia.
    Fahaman saya bahawa apa juga “kesalahan” terutama bersifat haram yang dilakukan oleh manusia mendapat balasan di dunia ini menurut berat atau ringan kesalahan itu. Balasan Allah dilaknakan dalam berbagai bentuk. Ia secara langsung atau tidak langsung melalui pada diri sendiri, anak-isteri, harta benda, kesihatan dan kegagalan dalam lapangan yang kita kerjakan. Paling kecil kita tersepak batu atau dimaki orang… KESADARAN INI SAYA KIRA PERLU DIKHUTBAHKAN. wALLAHUALAM. ~’kawan’ Aq Jan 2009,

  3. Pingback: Soal Syurga Neraka, PAS Ingatkan Umno Bukan Jatuhkan Hukuman « Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s