Demokrasi Dicincang

V.Sivakumar
Speaker, Dewan Negeri Perak.

Bukankah seorang Speaker berhak memanggil dewan bersidang? Kalau hak untuk memanggil dewan bersidang juga dirampas daripada seorang speaker, apakah nilai-nilai demokrasi yang akan kita warisi pada masa akan datang. Kita tidak mahu anak-anak kita hidup dalam kelambu ‘demokrasi setengah masak’.

Saya telah memanggil untuk mengadakan persidangan tergempar pada 3 Mac 2009. Tetapi saya dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai alasan. Mengikut Perintah-perintah Tetap 8, seseorang speaker boleh memanggil persidangan tergempar dalam keadaan-keadaan yang amat memerlukan. Dalam keadaan biasa, notis 14 hari diperlukan untuk memanggil dewan untuk bersidang. Tetapi dalam keadaan tergempar, notis itu tidak diperlukan. Continue reading

APABILA UMNO TERLUPA “KIDNAP” SPEAKER PERAK

Hanipa Maidin

2000259835554006708_rs1

Seseorang cenderung melakukan kesilapan apabila membuat kerja secara gopoh gapah. Itulah yang berlaku kepada Umno. Kegopohan parti gelojoh tersebut kini meletakkan nyawa “kerajaan haram” BN di Perak seperti nyawa-nyawa ikan.

Semuanya bermula apabila Umno terlupa speaker. Umno hanya menumpukan bagaimana nak “menculik” tiga orang bekas Adun yang melompat dan bagaimana nak mengusir Dato Seri Nizar sebagai MB Pakatan Rakyat ( PR ) tanpa menyedari bahawa orang yang mereka patut “culik” terlebih dahulu adalah Speaker DUN Negeri Perak. Continue reading

Tindakan samseng Pemuda Umno di Parlimen memalukan!

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan anggota pemuda Umno yang menyerang ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen semalam. Ini adalah tindakan anarki yang pertama dilaporkan berlaku dalam kawasan parlimen.

Dalam kejadian itu, ahli Parlimen Pakatan Wilayah Persekutuan dari Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng (DAP) turut dipukul dibahagian muka dan badan setelah cuba melindungi Pengerusi DAP YB Karpal Singh.

Continue reading

Pemuda Umno berlagak Samseng, Serang ahli Parlimen Pakatan yang lumpuh

Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno

karpal singh live 9mm bullets warning letter on sultan and malay rights 200209 06Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan ‘celaka’  yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Continue reading

Mereka akan terima padahnya kata Najib

Jawapan agreasif Najib terhadap persoalan berhubung Laporan rasuah yang dikaitkan dengan dirinya memperjelaskan lagi tekanan yang dialaminya. Malaysiakini melaporkan bahawa;

“Semalam, dua Adun Pakatan itu membuat laporan kepada SPRM, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Continue reading

Pejuang Bangsa atau Pejuang Bangsat!

Sedih ada, marah pun ada. Begitulah perasaan rakyat, khususnya orang Melayu yang kini kian terpinggir. Nak cakap Melayu dalam kelas Matematik dan Sains pun tak boleh.

Dulu nenek moyang kita bangkit tentang penjajah Inggeris. Tok Janggut, Abd Rahman Limbung, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela dan ramai lagi pahlawan Melayu yang bangkit menentang Inggeris lantaran dasar dan budaya yang dibawa.

Continue reading

Pas terbuka menerima Samad Said atau sesiapa sahaja

a samad saidDewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) tidak menolak jika Datuk A Samad Said dan seniman yang lain terbuka hati menyertai Pas atau sekurang-kurangnya menunjukkan kebersamaannya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Subjek Sains dan Matematik (PPSMI) sebenarnya telah menunjukan jalan kebersamaan itu. Walaupun Samad Said bukan ahli Pas tetapi beliau tetap berani untuk berdiri atas pentas Pas demi memperjuangkan kelansungan Bahasa Ibunda kita khususnya Bahasa Melayu.

Continue reading

Abdullah beri amaran kepada Najib

Bernama memetik;

“Wang yang diperuntukkan dalam pakej rangsangan kedua, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mac, mesti dibelanjakan dengan berkesan, jika tidak ia merupakan suatu pembaziran” kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Ini adalah satu amaran dan peringatan buat Najib yang bakal mewarisi kerusi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac nanti. Pakej ransangan kedua yang akan diumumkan hanya dilaksanakan dibawah pentadbiran Najib dan pastinya kerisauan Abdullah terhadap masa depan perniagaan yang dijaga oleh kroni beliau menjadi satu beban dalam tempoh terdekat ini.

Continue reading

Wakil Rakyat BN Meninggal Lagi….

Adun Batang Ai, Datuk Dublin Unting meninggal dunia

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting, 53, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai meninggal dunia di Normah Medical Centre di Kuching pada pukul 1.25 pagi tadi setelah diserang angin ahmar, sumber PRS mengesahkan. Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian. BERNAMA

Herman-Takziah diucapkan buat keluarga beliau. Pilihanraya akan berlaku di Sarawak juga nampaknya. Ini pasti ada hikmahnya!

Pakatan Rakyat Perak pilih pendekatan perundangan, bukan kekerasan – Nizar

Oleh Johari Jaafar

IPOH, 22 Feb (Hrkh) – Menteri Besar Perak, Dato’ seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat nengeri ini berhubungan rampasan kuasa BN adalah menerusi perundangan bukannya melalui kekerasan dan melakukan kacau bilau seperti di negara yang pernah terjadinya ‘rampasan kuasa’.

Continue reading