PPSMI menyalahi kaedah pendidikan, pembunuh dalam diam!

PPSMI adalah suatu dasar pendidikan nasional yang terbukti gagal sepanjang pelaksanaannya selama hampir satu dekad. Ianya menyalahi kaedah psikologi pendidikan kanak-kanak yang dijadikan Allah pelbagai latar kecerdasan mereka. Pn Juliana Es, seorang pendidik berpendapat PPSMI bercanggah dengan Teori Kecerdasan Majmuk yang diperkenalkan oleh pakar psikologi Dr Howard Gardner. (Sila klik pada gambarajah untuk membaca artikel tulisan beliau.)

ppsmi-kecerdasan-majmuk1

Continue reading

Kenyataan Media Presiden PAS berhubung insiden di Perak

” Pemudawilayah memohon kepada semua pendokong dan penyokong PAS dan PR agar tidak terjebak dengan provokasi pihak tertentu yg cuba memerangkap PAS, PR dan rakyat dalam kemelut ini. Sepertimana yang ditekankan oleh Tuan Guru Presiden, PAS adalah parti yang bernaung di bawah Prinsip-prinsip Rukun Negara:

1) Kepercayaan kepada Tuhan

2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3) Keluhuran Perlembagaan

4) Kedaulatan Undang-undang

5) Kesopanan dan kesusilaan

Maka, Pemudawilayah menggesa semua pendokong dan penyokong PAS dan PR untuk bertenang dan bersabar serta meletak kepercayaan kepada kepimpinan untuk menguraikan kemelut yang melanda negeri Perak.”

Kenyataan Media Presiden PAS berhubung insiden di Perak

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara.

Continue reading

‘Let us not forget their names’

your sayMalaysiakini : ‘These four people have betrayed the trust of the rakyat. They will have to pay us back for their greed and avarice. It is not vengeance we seek but justice.’

On Perak gov’t collapses – BN claims power

John Johnson: It is really disheartening to see that these four reps who were chosen by the people to represent go for monetary gain. Each of them would become instant millionaires, I presume.

Continue reading

Keputusan Sultan beri ‘advantage’ kepada Pakatan untuk jangkamasa panjang

Mendengar titah Sultan yang mengarahkan Nizar dan Exconya letak jawatan memang menyakitkan hati setiap rakyat. Walaupun ramai yang tidak berkenan tapi itulah yang dikehendaki Sultan Perak.

Setelah beberapa jam berlalu fikiran kita mulai mencari hikmahnya. Maka disitu jika kita amati, jelaslah bahawa kita sepatutnya ucap tahniah dan terima kasih kepada Sultan atas keputusan itu.

Continue reading

Reformasi ’98 berulang di Perak

Nampaknya tragedi penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan cara yang keji berlaku lagi di Perak. Tapi kali ini mangsanya adalah Nizar, Menteri Besar Perak. Cuma beliau bernasib baik dari Anwar kerana bukan didesak letak Jawatan atas tuduhan Liwat tapi kerana pembelotan C4 (Celaka 4=Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota).

Continue reading

Najib bawa C4 Untuk Desak Sultan

Kehadiran Najib di Istana Kinta bukan dengan tangan kosong, beliau turut membawa C4 bagi mendesak Sultan Perak Sultan Azlan Shah, mengiktiraf BN sebagai Kerajaan baru Perak.

C4 yang dimaksudkan bukannya seperti Bom C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya. Ianya adalah C4 dalam dunia politik yang penuh kontraversi di Perak. C4 adalah ‘Celaka 4′ iaitu khususnya buat 4 orang yang telah memporak perandakan negeri Perak.

Continue reading