PPSMI menyalahi kaedah pendidikan, pembunuh dalam diam!


PPSMI adalah suatu dasar pendidikan nasional yang terbukti gagal sepanjang pelaksanaannya selama hampir satu dekad. Ianya menyalahi kaedah psikologi pendidikan kanak-kanak yang dijadikan Allah pelbagai latar kecerdasan mereka. Pn Juliana Es, seorang pendidik berpendapat PPSMI bercanggah dengan Teori Kecerdasan Majmuk yang diperkenalkan oleh pakar psikologi Dr Howard Gardner. (Sila klik pada gambarajah untuk membaca artikel tulisan beliau.)

ppsmi-kecerdasan-majmuk1

Menurut beliau, “Pelajar-pelajar yang kecerdasannya cenderung ke arah logik-matematik tetapi kurang dalam linguistik, akan menghadapi kesukaran dalam mempelajari subjek yang mana sepatutnya mudah mereka kuasai – jika tidak kerana subjek tersebut disampaikan dalam bahasa yang perlu dipelajari terlebih dahulu. Tetapi mungkin juga mereka tidak akan menghadapi masalah ini, kerana kecerdikan mereka dalam logik-matematik pasti akan membantu. Mungkin, ya mungkin tidak. Kebarangkaliannya adalah 50-50.”

“Sementara golongan pelajar yang kecerdasannya adalah linguistik, mungkin mendapati pelajaran Sains dan Matematik menjadi enteng, kerana mereka tidak menghadapi masalah menguasai Bahasa Inggeris. Sekali lagi, mungkin ya, mungkin tidak.”

Ternyata beliau benar. Hasil satu kajian yang dibuat di UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus pelajar yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik. Menurut bekas Presiden Persatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Nordin Mahmood, akibat buruk daripda pelaksanaan PPSMI ini adalah kepada pelajar luar bandar dan golongan miskin di bandar yang tidak mempunyai latar belakang keluarga berbahasa Inggeris.

Tegas Nordin lagi, agenda PPSMI persis pembersihan etnik yang berlaku di Gaza, tetapi berlaku secara perlahan-lahan. Rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina dan India tidak hilang nyawa dari jasadnya, tetapi akan hilang tahap intelektualiti mereka serta jati diri dan identiti bangsanya.

One comment on “PPSMI menyalahi kaedah pendidikan, pembunuh dalam diam!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s