Sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam menangani isu kebanjiran pengawal keselamatan asing khususnya dari Nepal begitu mengecewakan rakyat. Semalam beliau telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) ke-20 di ibu negara.
Arkib Bulanan: Februari 2009
80,000 pekerja diberhenti sementara
Speaker Kedah pertahan Sivakumar
Malaysiakini : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.
Speaker Dun Perak “Hindu Pariah”, Melayu dicabar Untuk Membunuhnya!-MyKMU
Oleh max
gma2000my@gmail.com
Amat sedih juga melihat reaksi bahan berita dan blog UMNO-BN mengenai isu ini, terutama sekali bila melihat Speaker Siva Kumar dihina dicerca dipanggil dengan kata kata kesat seperti “Hindu Pariah”, aneh juga kenapa tidak gunakan “keling pariah”( dengan izin). Ialah kalau panggil dia keling nanti terasa pulak si mamak yang baru jadi MB tu kan?
Komen Pembaca : Menyambut Gayung Bung Mokhtar Dan Mereka Yang Sealiran Dengannya
Oleh ahmad
Saya ini ialah seorang daripada beberapa “penulis” kecil sendirian dalam PENYATA ABDUL RAHMAN TALIB, atau “LAPORAN JAWATANKUASA PELAJARAN” tahun 1960.
Saya ini sudah berusia lanjut. Sejak belajar DI MAKTAB, tidak terlihat pun nama Bung Mokhtar dalam masa 48 tahun bercakap tentang kedaulatan bahasanya (?). [apa bahasa ibundanya ?]
Apakah PENYATA RAZAK 1956 itu tidak menghasilkan pemimpin politik dan pemimpin dalam berbagai bidang kehidupan masyarakat ? Mereka tidak matang dan lemah ? Tidak sekuat dan bergeliga seperti Bung Mokhtar yang memakai ‘gelar’ seperti BUNG KARNOE – SEOKARNOE, presiden Indonesia yang lantang.
Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco – Dr Aziz Bari
“Kali ini giliran BN pula merasa,”-Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) – Sungguhpun Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.
Elizabeth tetap letak jawatan, Pilihanraya 3 Bukit Akan Berlangsung
Eli: Saya tetap letak jawatan exco dan Adun
Malaysiakini – Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan.
Saranan henti boikot Produk AS, Israel bukti kempen kita berjaya
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel.
Kami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.
Aminuddin Baki: Tokoh pendidik dan pemikir PAS
Oleh Mohd Fadli Ghani
SALAH satu nama yang diisytiharkan sebagai ahli PAS oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kalangan tokoh-tokoh pemikir bangsa Melayu selain Prof Tan Sri Ahmad Ibahim dan Prof Dr Ungku Omar Ahmad ialah Aminuddin Baki yang digelar sebagai “Bapa Pendidikan Malaysia”.
Walaupun beliau lebih terkenal kerana sumbangan besarnya dalam bidang pendidikan di negara ini, Aminuddin Baki ialah seorang ahli PAS pada akhir 1956 iaitu setelah pemimpin pujaannya, Dr Burhanuddin al-Helmy memimpin PAS. Dalam PAS, nama beliau tidak pernah menonjol kerana lebih selesa dengan strategi Dr Burhanuddin untuk meletakkan figur-figur PAS memegang jawatan utama kerajaan.
Umno rampas kuasa Raja-raja, huru-harakan negara
Oleh Nyza Ayob
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja untuk menyalah guna kuasa serta mencelarukan negara.
“Apa yang berlaku di Perak, kita tidak mahu bertempur dengan raja, kita mendukung raja berperlembagaan yang sebenarnya. Tetapi apa yang berlaku, pemimpin umno mengambil kuasa mutlak dari raja-raja,”beliau berkata demikian sewaktu menjawab kenyataan Tahuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mencelah ucapannya sewaktu membawa usul menjunjung kasih titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
MB S’gor saman Khir Toyo
Malaysiakini : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.
Continue reading
PPSMI: Pemuda PAS sedia debat dengan Pemuda Umno
MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Malaysiakini : Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.
PPSMI cetus perbahasan hangat di Parlimen
Kerajaan Pakatan Kedah Potong gaji exco untuk tabung rakyat susah
Malaysiakini : Gaji semua anggota exco kerajaan negeri Kedah akan dipotong 5 peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.
Pembunuhan bermaharajalela, Polis jangan sibuk jaga program Pakatan sahaja.
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melahir rasa simpati dan takziah kepada saudara Muhammad Ali yang kehilangan anggota keluarganya dalam satu kes samun dan bunuh yang berlaku dirumah beliau di Lorong Permai 14, Ampang Tasek, Ampang Jaya.
Dalam kejadian itu, isteri beliau Nurhajahan, 39, anaknya, Nurazizah, 7, dan Nasir, 22 ditemui mati bergelimpangan di dalam bilik dan ruang tamu.
Boleh keluar waran tangkap, Senator Hayati tidak hadir – Peguam
Oleh Muhammad Arif Ismail
SHAH ALAM, 18 Feb (Hrkh) – Setelah beberapa kali dipanggil untuk menghadapi perbicaraan, Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang juga Timbalan Ketua Wanita Umno Selangor masih tidak hadir dan pihak Mahkamah bakal mengeluarkan waran tangkap.
Fakta Isu Tanah : Ini Jawapan YAB DS Nizar
Oleh alhusseyn
Dato’ Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Sangsi Pak Lah tidak lepaskan jawatan PM?
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Ketika tinggal enam minggu menjelang pemilihan Umno dan peralihan kepimpinan kerajaan, masih wujud kesangsian yang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur?
BN jangan fobia pilihan raya kecil – Khalid Samad
Pemimpin Pakatan Usah Beri Laluan Mudah Untuk Najib Jadi PM

Sedar atau tidak kini Pakatan Rakyat terperangkap dalam permainan politik Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung Umno Mac nanti. Tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak secara Kudeta, yang kemudiannya diiringi dengan isu perletakkan jawatan beberapa wakil rakyat yang disabotaj dan diugut, disamping isu jual beli dan lompat parti telah menyibukan pemimpin Pakatan untuk menjawab.
Ianya nampak seperti sudah dirancang bagi memudahkan laluan Najib menjadi PM, di mana Pakatan tiada masa mengulas apalagi mengadakan kempen menolak Najib sebagai PM. Pakatan sibuk jaga wakil rakyatnya dari melompat disamping menjawab tohmahan isu derhaka, bogel dan kempen untuk pilihanraya DUN Perak. Selain itu, persedian Pilihanraya di dua bukit pada awal April nanti menjadi topik perbincangan.
Tunjukkan wajah Azilah dan Sirul sebelum keputusan diumumkan
Debaran menanti tarikh keputusan hakim pada 9 April 2009 berhubung kes pembunuhan Altantuya begitu begitu terasa kini. Pastinya Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 lebih berdebar menantikan keputusan hidup dan mati mereka.
Namun sebelum kes ini ditutup, rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu. Sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.


