Menunggu ilham PM membatalkan peralihan kuasa
Tinggalkan komenMac 10, 2009 oleh pemudawilayah
Selepas sahaja Himpunan membantah PPSMI tamat Perdana Menteri merasai tekanan dari rakyat untuk memansuhkan PPSMI. Sejurus selepas itu beliau terus meminta kementerian pelajaran supaya menyegerakan keputusan berkenaan PPSMI.
Walaubagaimanapun Hishamuddin dengan sombong dan bongkaknya mengatakan bahawa ia tidak perlu disegerakan. Beliau memeperlekehkan rakyat yang berhimpun, memperlekeh suara tokoh-tokoh bahasa malah memperlekeh desakan Perdana Menteri yang bakal pencen itu.
Rakyat terasa sedikit lega apabila Perdana Menteri menyatakan demikian walaupun kenyataan itu sangat lemah dan tidak dapat mengubah apa-apa. Mungkinkah kerana Perdana Menteri ini sudah diserap semua kuasanya oleh Najib, sehinggakan menteri cikai macam Hishamuddin memperlekeh desakan tersebut.
Bagi Menteri Pelajaran itu, mendengar suara PM bakal pencen itu umpama mendengar tin kosong yang sudah tak berisi.
Terhinanya Pak Lah dengan sikap menteri-menterinya menjelang turunnya beliau daripada kerusi Perdana Menteri. Sebelum ini juga beliau didesak oleh menteri-menteri supaya turun sehinggakan beliau terpaksa mempercepatkan peralihan kuasa.
Jika Pak Lah tetap turun dari kerusi Perdana Menteri selepas perhimpunan agung UMNO pada 24-28 Mac ini, maka Pak Lah akan turun dalam keadaan yang sangat hina.
Pak Lah akan dipersalahkan oleh generasi akan datang diatas kegagalan ini. Dan yang paling teruk apabila mewariskan tampuk pemerintahan kepada orang yang bermasalah seperti Najib.
Tidak mustahil pada masa akan datang Najib dan Hishamuddin akan terus mengekalkan PPSMI ini. Mungkin ada perubahan yang dibuat tetapi sekadar make-up untuk mengaburi mata rakyat. Dasarnya tetap diteruskan. Sebab itu pelbagai alasan dan dalih yang diberikan.
Sedangkan sudah 6 tahun para cendekiawan bahasa menjalankan kaji selidik kesan PPSMI ini, dan ternyata keputusannya adalh negatif.
(Boleh klik pada link ini untuk memuat turun keputusan kajian tersebut) http://rapidshare.com/files/206652690/Ebook_Mengapa_Kami_Bantah_PPSMI.pdf
Kedua-dua orang keturunan bekas perdana menteri ini, tidak sampai hati menghapuskan PPSMI secara total seperti yang dituntut rakyat dan pejuang bahasa pada 7 mac 2009 lalu, kerana akan menjatuhkan air muka mentor mereka.
Jika dulu, Najib dan Hishamuddin hanya senyap dan tidak bersuara apabila Tun mahathir menghentam Pak Lah secara terang-terangan. Mereka hanya mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu berbalah dengan Pak lah pada masa itu.
Apabila kejatuhan Pak Lah semakin hampir, mereka mula berani mempertikaikan keputusan Pak Lah.
Sekarang ini, terpulang kepada Pak Lah untuk menyerahkan negara ini dalam keadaan beliau dihina dan mewariskannya kepada pemimpin yang bermasalah.
Rakyat berdoa supaya Pak Lah mendapat Ilham untuk membatalkan peralihan kuasa pada saat akhir.












