Najib buat magik, mana dia dapat 60 Billion ni?

2

Mac 10, 2009 oleh HermanSamsudeen


Terkejut juga bila Malaysiakini sebut bahawa jumlah budget tambahan untuk tempoh dua tahun bagi menghadapi kemelut ekonomi semasa adalah berjumlah 60 Billion.

Malaysian Insider meramalkan 50 Billion manakala yang lain menganggarkan 10 Billion sahaja. Namun bila mendengar sendiri ucapan budget Najib jelas tidak banyak program baru, khususnya bagi menghadapi atau menyelesaikan krisis ekonomi negara.

Budget ini hanya menampung budget yang dibentangkan tahun lalu dan tiada apa-apa usaha bagi menyelesaikan masalah ekonomi negara melainkan persediaan bagi program bailout syarikat gergasi milik Kerajaan (GLC) atau kumpulan kroni tertentu.

Kita dengar ucapan beliau sampai habis tiada apa-apa yang menarik melainkan angka-angka hutang negara yang semakin tinggi bagi menampung budget ini. Semuanya berbillion-billion.

Sikit-sikit Najib sebut puluh-puluh juta atau billion-billion sahaja.

Peliknya, mana Najib dapat 60 Billion untuk belanja nie? Semua itu pastinya hutang yang dibuat atas nama Rakyat Malaysia dan Rakyat yang tak tau apa-apa tak pasal-pasal berhutang.

Abislah KWSP, Perkeso, Tabung Haji, PNB dan dana-dana awam lainnya jadi sumber kewangan. Tak pun, dia suruh Bank Negara cetak duit billion-billion.

Walauapa pun, Inilah hadiah buat Najib dan duit yang akan digunakan oleh Kerajaan Najib setelah beliau mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah. Kita lihatlah bagaimana beliau menguruskan dana 60 Billion. Kita nak tahu, berapa yang rakyat dapat dan berapa banyak kroni dia dapat untuk Bailout.

Dan selepas ini kita tengok juga Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah, kemudian tengok Najib, kemudian tengok Rosmah. Eh! mana pigi 60 Billion da….

About these ads

2 thoughts on “Najib buat magik, mana dia dapat 60 Billion ni?

  1. Hasbullah Pit berkata:

    Bagi saya, setiap pemimpin PAS perlu ada kefahaman tentang seigniorage.

    Sepatutnya tidak timbul persoalan “Peliknya, mana Najib dapat 60 Billion untuk belanja nie?”

    Tetapi yang patut timbul ialah, mana dia emas yang mewakili 60 bilion Ringgit itu.

    Herman-Persoalan mana dia emas yang mewakili 60 Billion? hanya difahami oleh orang-orang ekonomi sahaja, sebab tu kami gunakan tajuk yang orang biasa senang nak faham dan fikir. Ramai orang diluar sana tak faham kaitan emas dan duit yang dicetak, walaubagaimana pun, info tuan pun penting dan berguna juga.

    Mengikut dasar penerbitan matawang, cetakkan duit hanya dibuat berdasarkan rizab emas yang ada dalam dana Bank Negara. Bagi mengimbangi kekuatan ekonomi dan nilai matawang, nilai rizab emas serta rizab lain jadi perkiraan.

    Walaubagaimana pun secara senyap matawang boleh dicetak oleh pihak-pihak berkepentingan atau penjenayah tanpa merujuk nilai rizab emas negara bagi tujuan-tujuan tertentu. Ini berlaku di Amerika dimana mereka tidak bergantung pada nilai emas bagi mencetak duit. Tiada siapa tahu apa yang berlaku dibalik kilang cetak duit negara.

    So, apa-apa pun juga boleh berlaku. Sebut juta-juta, billion-billion. Kalau orang amanah pasti sumbernya betul tapi kalau tak amanah macam mana? cetak billion-billion pun mereka boleh buat apa?

    Akhirnya duit berlambak kat pasaran, bila ekonomi jadi inflasi rakyat diminta buat tabungan untuk kurangkan matawang dalam pasaran. Macam-macam boleh buat.

  2. Hasbullah Pit berkata:

    Untuk maklumat, sekarang ni duit dicipta dah tak sandar emas.

    Ulasan saya tentang darimana datang 60 bilion
    http://hasbullah.pit.my/2009/03/najib-ambil-60-bilion-dari-pengguna.html

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: