Akademi Kepimpinan Pemuda


Oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat

Perasmian Kem Akademi Kepimpinan Pemuda [ DPPP ]

Alhamdulillah , 14 Mac 09 yang lalu , Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya memiliki dan merasmikan sebuah Kem yang telah dibangunkan dan kini tersergam bagi membolehkan aktiviti – aktiviti pengkaderan berlangsung .

Kem yang bertempat di Kok Lanas Kelantan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan capacity building dikalangan pimpinan dan bakal pimpinan DPP disemua peringkat.

Bahkan Kem ini insyaallah akan menjadi salah satu pusat pembinaan fikrah , syakhsiyyah dan kemahiran kontemporari dalam pembinaan keterampilan diri , pengurusan , pengucapan awam , kemahiran berfikir , komunikasi interpersonal dan komunikasi global .

Saya sebagai Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda ingin merakamkan setinggi – tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan khasnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sokongan padu yang diberi malah sudi merasmikan Kem AKP ini biarpun beliau tidak dapat hadhir kerana keuzuran dan teks perasmian beliau dibacakan oleh Yb . Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mahmood selaku Exco Pembangunan Insan , Belia , Sukan dan Ngo Kerajaan Negeri Kelantan .

Yb. Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mahmood juga adalah orang penting disebalik kejayaan pembinaan kem AKP ini . Semoga Allah swt memberikan ganjaran sewajarnya kepada beliau .

Tahniah juga ingin saya kalungkan buat semua ajk AKP bermula dengan Timbalan Pengerusi AKP sdr Zuraidin Abdullah , Pengarah AKP Dr. Supyan Hussin , Setiausaha AKP Khairulfahmi Mat Som dan seluruh Ajk AKP .

Kini AKP telah memiliki modul yang siap untuk diaplikasi dan dihayati oleh pesertanya kelak . Modul AKP berkait langsung dengan :

  1. Teori Amalan Kepimpinan Organisasi
  2. Keterampilan diri
  3. Protokol dan etiket sosial
  4. Pengucapan awam
  5. Komunikasi Interpersonal
  6. Pengurusan
  7. Kemahiran berfikir
  8. Komunikasi global
  9. R & D
  10. Komunikasi Bahasa Inggeris
  11. Pengurusan Masa
  12. Pengurusan Tekanan diri
  13. War – game dan Kepimpinan
  14. Nilai diri dan pasukan dalam Jamaah

Asas utama dalam Akademi kepimpinan Pemuda ialah membina circle kefahaman yang jelas terhadap pengurusan dan kepimpinan . Kefahaman yang dimaksudkan ini boleh dilihat secara garis kasarnya dalam membentuk :

  1. Faham struktur , kepimpinan , sumber dan budaya dalam organisasi
  2. Faham peranan pemimpin dalam organisasi
  3. Faham kepentingan wawasan dalam kepimpinan.
  4. Faham konsep plan , organize , lead dan control
  5. Faham proses analisa scenario , swot dan sebagainya
  6. Faham proses strategic planning
  7. Faham asas pengwujudan struktur organisasi
  8. Faham proses membuat keputusan berasaskan objektif
  9. Faham kepentingan kawalan dan penambahbaikan
  10. Faham disiplin bekerja untuk mencapai matlamat
  11. Faham mekanisme kawalan dalan organisasi bukan berorientasikan keuntungan .
  12. Faham asas politik secara tersusun
  13. Faham asas pendekatan jamaah dalam pendekatan politik Malaysia

Saya harapkan AKP yang seketika dulu pernah diideakan oleh Yb. Dato’ Hj. Mahfuz Omar [ bekas Ketua DPPP ] dalam ucaptama beliau pada tahun 2003 dan kini dijadikan satu gagasan besar dibawah kepimpinan Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayub selaku Ketua DPPP dapat dilaksanakan dengan jayanya .

Kejayaannya pula pasti sahaja melalui sokongan dan dokongan seluruh anggota pemuda dipelbagai peringkat agar DPP akan senantiasa dapat melahirkan kepimpinan yang menepati piawaian standard sebagai seorang pemimpin warisan perjuangan Nabi saw .

Akhirnya saya juga mengucapkan tahniah buat DPP Negeri Kelantan yang kini dipimpin oleh Yb . Zaki Ibrahim di atas kerjasama gigih bagi menjayakan penubuhan dan perasmian Kem AKP DPPP ini . Tahniah jua buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak . Semoga segalanya menjadi amal soleh dan memperoleh ridha dari Allah swt .

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s