Khairy, Shahrizat dahului pencabar

Malaysiakini

Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang mendahului calon-calon lain, masing-masing bagi jawatan ketua Pemuda dan Wanita dalam pengiraan awal petang ini.

perwakilan umno 2009 polls delegates breakdown 250309Pengiraan undi bagi jawatan-jawatan utama Pemuda, Wanita dan Puteri masih berlangsung. Difahamkan proses pengiraan berjalan lancar.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya.

Ramai menjangka Khairy dan Shahrizat terpilih dengan majoriti yang selesa.

Naib ketua Pemuda Umno itu bersaing dengan exconya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Manakala Shahrizat mencabar penyandang pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan naib ketua, exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.

Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri
(789 orang) membuang undi.

Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.

Proses pengiraan undi dijangka selesai lebih awal dan keputusannya juga akan diketahui lebih cepat bagi ketiga-tiga pergerakan tersebut.

Menurut jadual, keputusan rasmi persaingan sengit dalam sayap Pemuda, Wanita dan Puteri akan diketahui jam 9 malam ini.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s