MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD: DI KUANTAN BUKAN KELANTAN

oleh Ust Idris Ahmad

Utusan Malaysia 25 Mac 2009 melaporkan sepasang suami isteri dari Perumahan PPRT Bandar Baru, Jaya Gading di sini dan sembilan anaknya yang berusia 14 tahun hingga 5 bulan daripada murtad.

Pasangan suami isteri berusia 45 dan 35 tahun yang berasal dari Terengganu itu, bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja di sini selain membuat surat akuan hendak keluar daripada Islam.

Bagaimanapun, hasrat mereka diketahui oleh MUIP yang kemudiannya memberi kaunseling kepada pasangan berkenaan, serta berjaya mengembalikan akidah suami isteri tersebut dengan bersyahadah semula.

Berita yang menakutkan bagi orang yang ada kesedaran akidah dan sayang kepada Islam. Ini adalah negeri bakal PM Datuk Seri Najib Tun Razak. Bakal Presiden Parti yang penuh dengan rasuah.

Selalu dalam setiap kali pilihanraya di Kelantan, Datuk Najib juara untuk mengutuk Pas gagal membangunkan rakyat dan membasmi kemiskinan. Tiba-tiba berita dalam Utusan Malaysia 25/3/09 negeri dia orang hendak murtad fasal miskin.

Lain kali Datuk Najib selesai masalah orang mkiskin dulu sebelum hendak pergi merampas negeri Perak. Walaupun negeri perak yang diperintah oleh pakatan Rakyat yang ramai exco bukan Islam tidak ada kedengaran bahawa rakyat hendak murtad macam negeri yang diperintah Datuk Najib.

Saya nasihat Datuk najib tidak usah datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk janji projeklah, selesailah masalah rakyat di tempat awak dulu. Rakyat Bukit Gantang tidak ada yang susah macam itu lagi. Nanti orang dua bukit kata negeri awak pun rakyat hidup bangsat, tiba-tiba hendak bela rakyat dua bukit.

Benarlah orang kata “Umno kuat Melayu bangsat”. Buktinya berita hari ini.

2 comments on “MISKIN SAMPAI HENDAK MURTAD: DI KUANTAN BUKAN KELANTAN

  1. Memang betul tindakan keluarga tersebut memang menurut kata hati, berfikiran sempit dengan menjadikan agama sebagai taruhan, hanya kerana masalah yang kecil sampai terfikir untuk menukar agama seperti kata Timbalan Yang DiPertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

    Itu adalah kesalahan bahagian mereka. Tapi kita hanya pandai melihat kesalahan orang lain. Bagaimana pula kesalahan bahagia kita dan pejabat agama yang lain, MUIP, Baitulmal dan juga zakat seluruh Negara.

    Memang betul boleh datang pejabat isi boring, tapi berapa tahun baru dapat keputusan. Semua orang tahu akan karenah birokrasi badan-badan seperti MUIP dan agama lain seluruh Malaysia seperti Baitulmal dan zakat.

    Mesyuarat jawatankuasa mungkin sebulan sekali. Ini belum lagi dengan segala dokumen sokongan yang perlu dikemukakan. Kutipan zakat bukan main hebat, tapi duit asyik megah ditayangkan berapa baki bukannya berapa yang dibelanjakan untuk asnaf yang layak. Bila keluar TV dan suratkhabar selalunya keputusan dan kelulusan boleh pulak dibuat secara segera dan serta-merta.

    Inilah yang menghairankan kita. Kalau alasan polisi dipertaruhkan kita wajib mengubah polisi yang tidak betul ini. Jangan asyik nampak salah dan kesilapan orang tetapi tidak pernah bermuhasabah untuk memperbetulkan diri sendiri. Pengurusan kita juga berlandaskan ‘management by crisis’ bukannya ‘management by objective’.

    Asmawi
    Kuala Lumpur.

  2. Sejak Reformasi , muncul Gerakan Ajaran Sesat yang berleluasa di kampus tempatan Malaysia . Pengaruh ini telah memperdaya segala pengikutnya ke arah kebinasaan.
    Malahan , ini menjurus kepada keruntuhan moral dan akhlak . Banyak pihak telah mempertikaikan soal isu agama dan pegangan hidup rakyat Malaysia .
    Adakah Islam hanya tinggal pada nama sahaja ?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s