Laporan Berita Harian hari ini memetik kata-kata Pak lah tentang isu tarikh peralihan kuasa sebagai respon kepada pengikut Najib;
“Tunggulah, jangan minta saya cakap apa-apa pasal ni. Sabarlah…ia (peralihan kuasa) akan berlaku pada masanya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan projek Puncak Baru sempena pembangunan semula tapak pasar minggu Kampung Baru, di sini, pagi tadi.
Malaysiakini : PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam.
Pencalonan Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calon Pakatan Rakyat telah memeranjatkan ramai pemerhati politik.
Malaysiakini : Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak, termasuk pihak media supaya tidak membuat penilaian awal terhadap kepimpinan sebagai perdana menteri.