Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang

Oleh G. MANIMARAN

1jpgTAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

Continue reading

Kisah sebenar kehadiran Nizar di Masjid Simpang

CALON PAS & CALON BN BERTEMBUNG DI MASJID SIMPANG
Oleh Misbahul Munir Masduki
Setiausaha Politik MB Perak (Yang Sah)

Kempen pilihanraya sudah mulai rancak, masing-masing calon sudah pasti akan guna kesempatan terbaik untuk bertemu rakyat. Tidak ketinggalan masjid juga tempat terbaik bertemu dengan rakyat. Tidak ada apa salahnya baik calon PAS mahupun calon BN menggunakannya bagi memperkenalkan diri kepada rakyat.

Continue reading

Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

Continue reading

Siapa nak ikut Kalaiwanar boleh berambus dengan segera!

Hati ini bersyukur  bila membaca berita tentang Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaiwanar semalam mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain.

mStar Online yang melaporkan berita itu semalam tidak salah tulis. Memang dia ahli PKR dan diakui oleh Pengerusi PKR Negeri Kedah, Ahmad Kasim dalam Harakah hari ini yang turut menyifatkan tindakan Kalaivanar itu sebagai tidak memberi kesan pada kempen Pakatan Rakyat di Bukit Selambau.

Continue reading

Calon PAS Mesra Rakyat

PRK 059

AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato’ Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat.

Continue reading

UMNO tak reti bahasa istana – Ustaz Idris

BUKIT GANTANG, 31 Mac - “Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan” kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz ‘saya mohon derhaka’ oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan. Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan. Continue reading

Kg. Bharu – Jaga air muka Pak Lah, air mata rakyat sapa nak jaga

dn_131“Kami setuju dengan pembangunan ini 110 peratus,” katanya, “tetapi, saya ‘tuan rumah’, DBKL perlulah berbincang dengan saya terlebih dahulu.”

Itulah yang diluahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) Dr Hosni Hussen Md Saat berhubung projek Puncak Baru yang dirasmikan oleh Pak Lah semalam.

Menurut Malaysiakini, sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.

Continue reading