Kg. Bharu – Jaga air muka Pak Lah, air mata rakyat sapa nak jaga

Tinggalkan komen

Mac 31, 2009 oleh HermanSamsudeen


dn_131“Kami setuju dengan pembangunan ini 110 peratus,” katanya, “tetapi, saya ‘tuan rumah’, DBKL perlulah berbincang dengan saya terlebih dahulu.”

Itulah yang diluahkan oleh Yang Dipertua Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) Dr Hosni Hussen Md Saat berhubung projek Puncak Baru yang dirasmikan oleh Pak Lah semalam.

Menurut Malaysiakini, sejak pertengahan tahun lepas, kumpulan peniaga ini membantah usaha membangunkan semula Lot 25 Kampung Baru yang dianggap kawasan perniagaan terawal orang Melayu yang pernah dirasmikan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman pada 1967.

Malangnya usaha bagi membantah projek itu diakhiri dengan pembatalan rancangan mengadakan demontrasi sempena kehadiran Pak Lah.

Demontarsi itu dibatalkan bagi menjaga air muka Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, sejauh manakah tindakan ini berkesan bagi membela peniaga dan penghuni di Lot 25 ini yang menjadi mangsa kepada pembangunan Puncak Baru.

Air mata mereka yang tumpah siapa nak jaga? Berapa yang dijanjikan oleh Pak Lah untuk mereka-mereka yang bakal menjadi mangsa ini? adakah Punca Baru akan memberikan tempat berniaga dan kediaman buat mereka.

Adakah pembinaan kondominium dan kompleks perniagaan yang disifatkan oleh Pak Lah sebagai “al-islah wa al-tajdid” (pemulihan dan pembaharuan) ini mampu dimiliki oleh peniaga dan penduduk yang tinggal disitu sekarang.

Ke mana pula mereka hendak ditempatkan bila projek berkenaan bermula dalam 3 bulan lagi? Adakah ini adil buat mereka?

Pak Lah berjanji untuk memberikan wajah dan arca simbolik baru bagi Kg. Bharu, namun dimanakah kebaikkan itu semua jika ramai penduduk Kg. Bharu yang terpaksa jadi mangsa dan tidak mendapat manfaat.

Ya! pasti ada yang dapat manfaat, tapi itu hanya bagi mereka yang sudah dijanjikan habuan tertentu bagi menutup mulut.

Sesiapa pun tidak tolak Kg. Bharu dibangunkan tetapi perlulah dibincang dahulu dengan penduduk, khususnya mereka yang tinggal berniaga di atas Lot berkenaan.

Sekurang-kurangnya terimalah pandangan mereka dengan memberikan ganti rugi yang setimpal. Memang DBKL ada buat perbincangan dengan mereka beberapa kali termasuklah wakil MAS yang menguruskan keseluruhan Kg. Bharu. Namun DBKL tetap berkeras dengan cara mereka.

Para penduduk tidak puas hati kerana mereka dilayan seperti pendatang haram yang tiada hak ke atas Kg. Bharu.

Ini menimbulkan banyak persoalan kerana tiba-tiba sahaja Pak Lah dijemput merasmikan Punca Baru dengan harapan usaha penduduk membantah projek itu berkubur atau pun bantahan itu ditujukan terus kepada Pak Lah dan bukan lagi DBKL selepas ini.

Menarikanya sebelum majlis itu, DBKL telah mengarahkan kontraktornya turun bagi menurap jalan dan memperbaiki longkang disepanjang laluan Pak Lah nanti.

Tidak cukup dengan itu, DBKL benarkan pula bendera Umno digantung disepanjang jalan, walhal bila Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’Lo’ mengadakan program di Kg. Bharu bendera Pas tidak dibenarkan.

Dulu ketika Tan Sri Khalid Ibrahim datang ke Kg. Bharu untuk berdialog bersama penduduk, pemuda-pemuda Pas Titiwangsa telah menaikkan bendera Pas bagi menyambut beliau. Tetapi sebelum subuh bendera itu diturunkan dan amaran diberikan bahawa bendera Pas tidak dibenarkan naik di Kg, Bharu tanpa kebenaran kecuali di Pusat Khidmat Titiwangsa.

Ahli Parlimen TitiwangsaInilah yang berlaku di Kg. Bharu. Umno berjuang dan terus berjuang. Tapi bukan untuk penduduk Kg. Bharu. Mereka hanya berjuang untuk tembolok mereka dan DBKL menjadi rakan mereka hinggakan MAS yang sepatutnya berkuasa di Kg. Bharu hilang taring. Penduduk hilang punca kepimpinan dan PPKPM hanya berdiri sendiri tanpa bantuan yang serius.

Mereka sering dijanjikan ini dan itu oleh wakil-wakil Umno. Malangnya Projek tetap berlaku dan apa yang mereka mahu masih tak dapat.

YB. Dr. Lo’Lo’ pernah dikunjungi wakil PPKPM, namun pihak persatuan terlalu berhati-hati dan takut untuk menunjukan bantahan mereka secara terbuka. Mereka masih mahu menjaga hati pemimpin Umno, dan atas sebab yang sama mereka batalkan juga akhirnya demontrasi bagi menyambut Pak Lah semalam.

Jadi, nasib Lot 25 kini sudah sampai ke Puncak Baru, apa yang mereka dapat tunggu dan lihat. Sejauh mana mereka berusaha, sejauh itulah mereka akan dapat.

Saya yakin pemimpin Pas tiada masalah untuk bantu mereka berjuang bagi mendapatkan hak mereka. Cuma terpulanglah jika mereka mahu atau tidak sebab Pas sudah ada wakil rakyat di situ untuk mereka rujuk.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: