Kisah sebenar kehadiran Nizar di Masjid Simpang

Tinggalkan komen

Mac 31, 2009 oleh HermanSamsudeen


CALON PAS & CALON BN BERTEMBUNG DI MASJID SIMPANG
Oleh Misbahul Munir Masduki
Setiausaha Politik MB Perak (Yang Sah)

Kempen pilihanraya sudah mulai rancak, masing-masing calon sudah pasti akan guna kesempatan terbaik untuk bertemu rakyat. Tidak ketinggalan masjid juga tempat terbaik bertemu dengan rakyat. Tidak ada apa salahnya baik calon PAS mahupun calon BN menggunakannya bagi memperkenalkan diri kepada rakyat.

Semalam, calon PAS bertembung dengan calon BN di masjid Simpang. Sebagaimana amalan biasa sebelum ini, apabila Hj Nizar berjamaah di mana-mana masjid di Perak, Imam bertugas ketika itu akan memberi peluang kepada Hj Nizar menjadi imam dan memberi sedikit tazkirah. Peluang ini juga diberikan oleh imam bertugas untuk Hj Nizar mengimami solat. Dan Hj Nizar tampil ke hadapan mengimami solat yang makmumnya calon BN, Tim. Presiden UMNO yang baru, Zambry Kadir dan lain-lain ahli Jamaah.

Setelah selesai wirid dan doa, UMNO pula menganjurkan Solat Hajat yang diimami oleh Imam mereka sendiri. Dan Hj Nizar turut menjadi makmum tanpa sebarang masalah. Selepas itu, Imam bertugas ingin memberi peluang Hj Nizar memberi sedikit tazkirah untuk memberi tafsiran ayat yang dibaca dalam rakaat pertama, tetapi dibantah oleh UMNO yang ada di masjid tersebut, demi menjaga keharmanonian, Hj Nizar tidak bangun memberi tazkirah sebaliknya bersetuju sama-sama membaca Yaasin sehinggalah selesai.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Zambry dalam kenyataan akhbarnya yang kononnya Hj Nizar merampas tugas Imam adalah tidak betul. Hj Nizar mengimami solat kerana diminta oleh Imam bertugas, dan beliau juga menjadi makmum solat Hajat anjuran UMNO yang diimami oleh Imam UMNO. Hj Nizar tidak memberi tazkirah setelah diberi peluang oleh Imam bertugas kerana menghormati bantahan dari UMNO. Ini cerita yang sebenar. Pada saya sepatutnya dua-dua diberi peluang jadi Imam, Maghrib Hj Nizar jadi Imam, Isya’ Ismail Shafian pula jadi Imam. Begitu juga tazkirah, lepas Hj Nizar bagi tazkirah, bagi peluang pula Ismail Shafian beri tazkirah. pendengar nilai sendiri tazkirah yang disampaikan. Itu baru demokrasi namanya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

Mac 2009
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: