Penjelasan Ustaz Nik Abduh

Respon Saya Terhadap Penjelasan Ustaz Nik Mohd Abduh

Seminggu dua ini saya terpaksa berehat . Rehat terpanjang dalam sejarah saya menyertai gerakan Islam PAS ini .

Saya mengalami masaalah gangguan ketara di bahagian peti suara sehingga menyukarkan saya untuk bercakap dan saya dinasihatkan supaya tidak menyampaikan ceramah atau kuliah dalam tempoh sebulan ini .

Banyaklah program saya terpaksa dibatalkan dan saya memohon berbanyak maaf atas kesulitan yang dialami oleh pihak penganjur ekoran pembatalan tersebut . Saya berjanji saya akan ganti dengan tarikh yang lain insyaallah .

Continue reading

PEWARIS sahut cabaran GMI debat ‘halal-haram ISA’

Oleh Abdul Rahim Sabri

isa internal security act 040108Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS), penyokong kuat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menyahut cabaran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk berdebat tentang halal-haram akta kontroversi tersebut.

Bagaimanapun NGO Melayu itu mencadangkan perbahasan berkenaan diadakan secara langsung di sebuah stesen radio, bukannya di dewan orang ramai seperti saranan NGO penentang ISA itu.

Continue reading

Nik Abduh berhak pertahan kredibiliti Tok Guru

nik mohd abduh nik azizSebagai seorang insan yang punyai ayah, Ana menghormati tindakan Ust. Nik Abduh yang membuat pendedahan berhubung ‘kerja-kerja bodoh dalam Pas’ oleh segelintir makhluk yang tidak bertanggungjawab sehingga melaga-lagakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang.

Ana membaca tulisan beliau yang digambarkan oleh Khalid Samad sebagai membaca cerita didapur ke beranda rumah. Ya! dalam keadaan Keluarga Nik Abduh yang begitu dipandang tinggi oleh masyarakat, seharusnya membersihkan segala ketidakjelasan itu dilakukan oleh beliau. Itu tanggungjawab Nik Abduh sebagai anak.

Continue reading

kerja – kerja bodoh dalam pas (2)

Oleh Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

1) Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.

Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar – benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Continue reading

Pemudawilayah anjur Himpunan Rakyat Desak Kabinet Tarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak Jumaat Ini

Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan kesal dengan sikap Ahli Kabinet Malaysia yang diketuai Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayani pandangan Jakim, Jabatan Agama, Mufti dan NGO Islam berhubung dengan isu agama anak K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Kabinet telah mewujudkan Jawatankuasa khas bagi membincangkan isu ini dan diketuai oleh Menteri di JPM, Koh Tsu Koon, Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Sesungguhnya Kabinet Najib sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut Eksekutif bukannya Legistatif dan Kehakiman. Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama.

Dalam apa jua urusan yang menyentuh tentang agama khususnya agama Islam, Kabinet perlu juga merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan juga memohon perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama negara ini.

Continue reading

Malaysia tanah perkuburan dakwah, bukan Islam dilantik jadi Mufti!

Gadai agama tidak wujudkan perpaduan
Oleh Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Keharmonian serta perpaduan antara kaum di dalam negara ini tidak akan dapat dicapai dengan menggadaikan prinsip agama, kata Naib Presisden PAS, Mohamad Sabu.

“Menggadai prinsip agama mana-mana kaum dalam negara ini, lebih-lebih lagi prinsip agama seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja tidak akan mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum malah ia tidak ubah seperti bom jangka yang akan memusnahkan negara ini,” kata beliau mengulas tindakan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Continue reading

SPR belakangi demokrasi – Mahfuz

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh

ImageKUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf disarankan supaya menjawat posisi Pengerusi Pemilihan Umno sahaja apabila sering dilihat menyebelahi Umno.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfuz Omar semasa mengulas pelbagai isu yang membabitkan SPR mutakhir ini terutamanya dalam penangguhan pengumuman pilihan raya kecil Dun Penanti dan isu barung panas.

Continue reading

Mufti perlu bangkit bantah keputusan kabinet – Ustaz Mat Iraq

Oleh Zuharman

KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) – Mufti-mufti di negara ini perlu bangkit mendesak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud berkata, kabinet bukannya mahkamah yang boleh membuat keputusan mengekalkan agama anak biar pun ibu bapa sudah memeluk Islam.

“Ini sudah bercanggah. Kalau kes itu berkaitan dengan agama ia mesti melalui Mahkamah Syariah. Kalau sekali pun kabinet mahu membuat keputusan, namun dalam hal agama ia mesti dirujuk kepada jabatan berkaitan.

Continue reading

Demi politik, Najib gadai Islam

Oleh Datuk Mahfuz Omar
Ketua Penerangan Pas Pusat

Demi ‘survival’ politik, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.

Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.

Continue reading

CERAMAH UMUM
29 APRIL 2009
JAM 9 MALAM
DARUL UMMAH, KG PANDAN

PENCERAMAH
-DATO TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
(ajk PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang)

-Tuan Hj Hanipa Maidin
(ajk PAS Pusat/Peguam PAS)

-YB Dr Lo’ lo Hj Ghazali
(ajk PAS Pusat/ahli parlimen PAS Titiwangsa)

anjuran PAS Kawasan Titiwangsa

Kes Agama Anak : Najib lantik Koh Tsu Koon jadi Mufti?

Najib dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.

Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Continue reading

DBKL ‘musnahkan’ Tanah Rizab Melayu

KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu negara kerana ia merupakan tanah rizab Melayu.

Menurut Setiausaha Muafakat, Shaharudin Mahmud, pihaknya bimbang jika hasrat itu seperti mana yang dirancang mengikut Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang dilancarkan sejak pertengahan tahun lalu itu diteruskan, ia akan membawa kemusnahan kepada kampung tradisi dan hak milik orang Melayu pula semakin kecil.

Continue reading

Isu anak kekal agama asal: NGO Islam minta Kabinet kaji semula

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pertubuhan badan bukan kerajaan Islam (NGO) hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.

Mereka mendakwa keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Antara NGO Islam yang hadir ialah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Alliance Coordinating Committee of Islam (Accin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muafakat dan Khalifah Institute, Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).

Continue reading

Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti

mufti perakMalaysiakini : Keputusan kabinet semalam – anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam – sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.

Continue reading

Mahathir atau Najib PM?

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -”Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini.”

Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.

Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Continue reading

Pas rugi jika Mujahid dicalonkan Ketua Pemuda Pusat

Petang tadi ada sahabat dari utara call ana, minta cadangkan nama Ust. Mujahid Yusuf Rawa untuk jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat dalam Muktamar nanti. Terkejut juga dengan saranan yang begitu advance itu.

Ana tak boleh janji apa-apa sebab pencalonan itu datang dari pemuda kawasan. Hatta pemuda Titiwangsa yang ana pimpin pun mempunyai cadangannya sendiri. Itu cadangan yang diputuskan mesyuarat, ana sendiri pun tak boleh nak komen sebab setiap ahli mesyuarat ada hak dan undian majoriti dibuat kerana pencalonan itu amanah bukannya suka-suka.

Continue reading

Calon Timbalan Presiden Pas Guna Duit Lobi Perwakilan Kawasan?

Ana malas nak ulas isu ini sebab setahu ana penggunaan wang dalam proses pemilihan parti tidak pernah berlaku. Ada yang mengatakan hal ini wujud dan dikaitkan dengan seorang calon Timbalan Presiden yang kini sedang giat berkempen.

Sejauh mana tuduhan itu benar, ana sendiri tidak tahu kerana orang yang datang memberi maklum itu tidak mempunyai bukti dan sekadar menyatakan maklumat itu diterima dari orang lain.

Continue reading