Oleh Mat Saman Kati
Bukan senang nak cari orang yang boleh buat serba-serbi. Kalau nak maki hamun…yang tu Perak Bangkit pun boleh buat. Kalau nak jadi tukang bodek, yang tu bagi kat Gomo. Tapi kalau nak jadi MB, nak jadi Imam, nak jadi Ir..kat Perak ni cuma ada sorang saja.
Tu pasai ada orang sakit hati bila Nizar diminta menjadi Imam. Tu pasai ada orang yang sakit hati Nizar jadi MB. Dan lebih sakit hati…bila tengok Nizar lebih diterima di Perak berbanding MB Haram Umno/BN.
Pagi tadi…masa aku tengah syok tidor…dapat satu call tentang satu kematian di Taman Damai. Bagi aku.. kematian satu perkara biasa. Tapi dalam hal ini, aku diminta supaya pi tengok jugak.
Bila aku sampai dimasjid Pengkalan Aur, Nizar sedang mengimamkan solat zohor. Pada aku…ini bukan luar biasa. Tapi bagi puak belah nun..ini sudah luar biasa. Kot-kot la Pak Lah boleh jadi imam…tapi yang nak ganti Pak Lah ni boleh ka?
Lepas solat zohor, Nizar mengimamkan solat jenazah. Bukan aku nak kata orang lain tak boleh nak buat, tapi pasai apa tak panggil Zamry ka..Mail Sapian ka? Atau pun… dah panggil…tapi depa tak upaya? Ataupun..Zamry dengan Mail tak bangkit lagi…pasai malam tadi karaoke sampai pagi kat Bilik Gerakan Pemuda UMNO Simpang kot?
Dari masjid, terus ke tanah perkuburan. Aku dok peratikan jugak kot-kot ada imam puak nun yang nak rampas mikrofon. Tapi tak dak jugak. Last-last…kat Nizar jugak la depa tala.
Nasib baik la Nizar ni boleh harap. Kalau nak harapkan puak nun…susah sikit la. Takat pulun komisyen boleh la.
Herman-Bertuah Bukit Gantang bakal dapat Ahli Parlimen macam Nizar, ruginya Negeri Perak sebab dapat Zambry.

Menjaja agama sendiri, macam agama bole di-value.
Politic, politic, agama, agama, 2 sect yang berbeze. Kecewa sungguh bile dgr pemimpin riak pasal amal ibadah.
Aduh, tak bace blog Nizar sendiri? Beliau sendiri yang menulis. Di antara barisan ayat yang digunakan, diselitkan juga unsur sindir halus.
Politik adalah sebahagian dari agama, benar, tapi bukan sebaliknya.
Saudara Herman, janganlah kita masuk campur hal akidah, itu adalah urusan Tuhan dan hamba nya.
Saya bukan UMNO, sila jangan tuduh tanpa usul periksa.
Pingback: Nizar Became Imam at BN’s Event | Noktah Hitam
Pada saya, sesiapa pun boleh jadi imam , orang UBN ke PKR ke PAS ke , semua boleh cuma yang kita tak nampak nawaitu dia tu saja.
Kalau hanya beolhe menjadi imam itu dan ini tak bermakna seseorang itu telah cukup sifatnya sebagai pemimpim.
Ingat lah bahawa perbuatan yang sengaja ditonjolkan adalah “RAKAN SYAITAN” Insaflah….
Pesankan pada Nizar ‘ Tak payah lah nak tonjol kan diri sangat seolah olah AKU lah paling alaim dan “paling dari segalanya”
Biar lah buat sesuatu itu dengan niat yang betul jangan hanya dalam waktu kempen ni aje. Apa pun saya doakan nizar berjaya dalam P59 ini walaupun kekelahan sedang jelas.
Herman : saya bersetuju dengan pendapat Noktah Hitam tersebut…saya berulang-ulang kali membaca posting dari Nizar sendiri dan cuba membacanya dari 2,3 sudut…
Memang diakui Nizar adalah pemimpin serba boleh dan juga boleh jadi imam yang baik…ni dari apa yang orang kata la..saya pon tak pernah berimamkan Nizar…tapi seperti kata Noktah Hitam, dalam posting blognya ada sedikit nada sinis menyindir pemimpin Umno…tapi masih membuat keputusan terbaik meninggalkan majlis apabila diprovoke oleh pemimpin Umno.
NH : blog posting simple dari Nizar boleh dibaca dari pelbagai perspektif dan pengolahan bahasa sbb nampak ia neutral wlpn ada beberapa part terserlah ke arah mana. tp kita amik la dari sudut positif dan pandangan baik…cth macam dia setuju jadi imam, maybe panjang lg ceritanya..setelah didesak gamak nyer baru dia nak jadi imam…
akhir sekali, tak yah kita panjangkan lagi pasal ni..cukup la sampai di sini saja….