Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

 Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

YB Encik Nga Kor Ming
ADUN Pantai Remis
MP Taiping
Pejabat EXCO Negeri Perak, Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera
Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universi ti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.

* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *

(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

—–
http://bumiperak.blogspot.com/2009/04/surat-tuan-guru-kepada-yb-nga-berkenaan.html

3 comments on “Surat Tuan Guru kepada YB Nga berkenaan Ayat Al-Quran

  1. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.
    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 18 April 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 19 April 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
    Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.
    Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.
    Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.
    Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin
    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Salam perkenalan.Saya amat tertarik dan terkedu apabila membaca surat tokguru MB Kelantan kepada YB Nga. Apa salahnya jika Nga cuba membaca dan memahami isi alquran. Besar harapan tokguru sebenarnya. Surat tersebut bukan untuk Nga sahaja tetapi ia adalah hasrat yang tersirat dari tokguru untuk melihat Islam dijulang suatu hari nanti. Bekerjalah untuk kemenangan Islam kerana Allah tidak bertanya samada kita menang atau kalah tetapi ditanya apa sumbangan kita untuk kemenangan agama Illahi ini.Waktu Imam Khomeini berjuang diIran dahulu ketika ditanya dimana pengikut kamu wahai Imam? Khomeini menjawab bahawa pengikut aku ketika ini sedang berada didalam kandungan ibu meraka dan didalam buaian waktu itu.Jauhnya pandangan
    seorang pemimpin samalah dengan apa yang tersurat disebalik surat tokguru itu. 10 atau 20 tahun akan datang barangkali anak-anak cina yang memegang belon atau bendera PAS diKuala Sepetang itu bakal menjadi perubah iklim politik tanahair ku. Syabas Nga dan doa tokguru penuh berkat. InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s