CERAMAH UMUM
29 APRIL 2009
JAM 9 MALAM
DARUL UMMAH, KG PANDANPENCERAMAH
-DATO TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
(ajk PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang)-Tuan Hj Hanipa Maidin
(ajk PAS Pusat/Peguam PAS)-YB Dr Lo’ lo Hj Ghazali
(ajk PAS Pusat/ahli parlimen PAS Titiwangsa)
anjuran PAS Kawasan Titiwangsa
Arkib Harian: April 24, 2009
kerja – kerja bodoh dalam pas
oleh Nik Abduh Nik Abd Aziz
Salam Kamunting,
Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam – macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan. Continue reading
Kes Agama Anak : Najib lantik Koh Tsu Koon jadi Mufti?
Najib dengan tiba-tiba melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah. Inilah yang berlaku dalam kabinet Najib yang semakin huru hara.
Jawatankuasa berkenaan turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil. Keempat-empat orang ini dilantik bagi membahaskan isu yang sangat sensitif dan kemudiannya mengeluarkan fatwa bahawa;
1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.
2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.
DBKL ‘musnahkan’ Tanah Rizab Melayu
KUALA LUMPUR – Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan (Muafakat) membantah hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu negara kerana ia merupakan tanah rizab Melayu.
Menurut Setiausaha Muafakat, Shaharudin Mahmud, pihaknya bimbang jika hasrat itu seperti mana yang dirancang mengikut Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang dilancarkan sejak pertengahan tahun lalu itu diteruskan, ia akan membawa kemusnahan kepada kampung tradisi dan hak milik orang Melayu pula semakin kecil.
Isu anak kekal agama asal: NGO Islam minta Kabinet kaji semula
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pertubuhan badan bukan kerajaan Islam (NGO) hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.
Mereka mendakwa keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.
Antara NGO Islam yang hadir ialah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Alliance Coordinating Committee of Islam (Accin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muafakat dan Khalifah Institute, Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).
Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti
Malaysiakini : Keputusan kabinet semalam – anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam – sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.
Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.
Mahathir atau Najib PM?
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 24 April (Hrkh) -”Seolah-olah macam dia Perdana Menteri pula sekarang ini.”
Demikian pandangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa kepada Harakahdaily dalam satu wawancara semalam.
Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini dilihat mempunyai pengaruh ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Pas rugi jika Mujahid dicalonkan Ketua Pemuda Pusat
Petang tadi ada sahabat dari utara call ana, minta cadangkan nama Ust. Mujahid Yusuf Rawa untuk jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat dalam Muktamar nanti. Terkejut juga dengan saranan yang begitu advance itu.
Ana tak boleh janji apa-apa sebab pencalonan itu datang dari pemuda kawasan. Hatta pemuda Titiwangsa yang ana pimpin pun mempunyai cadangannya sendiri. Itu cadangan yang diputuskan mesyuarat, ana sendiri pun tak boleh nak komen sebab setiap ahli mesyuarat ada hak dan undian majoriti dibuat kerana pencalonan itu amanah bukannya suka-suka.
Calon Timbalan Presiden Pas Guna Duit Lobi Perwakilan Kawasan?
Ana malas nak ulas isu ini sebab setahu ana penggunaan wang dalam proses pemilihan parti tidak pernah berlaku. Ada yang mengatakan hal ini wujud dan dikaitkan dengan seorang calon Timbalan Presiden yang kini sedang giat berkempen.
Sejauh mana tuduhan itu benar, ana sendiri tidak tahu kerana orang yang datang memberi maklum itu tidak mempunyai bukti dan sekadar menyatakan maklumat itu diterima dari orang lain.
Calon Nik Aziz sebagai Presiden satu penghinaan kepada beliau
Keghairahan segelintir pihak yang terpengaruh dengan dakyah media dan cakap-cakap kumpulan minoriti telah menyebabkan suasana Mesyuarat Agung Pas di sekitar wilayah persekutuan menjadi hingar-bingar. Sama ada mereka tahu tentang perlembagaan atau tidak, boleh dilihat dari keputusan pencalonan yang dibuat bagi jawatan tertinggi Parti.
Bukan ingin merendahkan pandangan mereka, tetapi sekadar ingin menegur. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dalam hierarki kepimpimpinan Parti, Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dan menjadi ketua bagi Parti Islam Semalaysia bukannya Presiden.
Presiden adalah ketua Eksekutif bagi pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Syura dan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.