Keghairahan segelintir pihak yang terpengaruh dengan dakyah media dan cakap-cakap kumpulan minoriti telah menyebabkan suasana Mesyuarat Agung Pas di sekitar wilayah persekutuan menjadi hingar-bingar. Sama ada mereka tahu tentang perlembagaan atau tidak, boleh dilihat dari keputusan pencalonan yang dibuat bagi jawatan tertinggi Parti.
Bukan ingin merendahkan pandangan mereka, tetapi sekadar ingin menegur. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dalam hierarki kepimpimpinan Parti, Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dan menjadi ketua bagi Parti Islam Semalaysia bukannya Presiden.
Presiden adalah ketua Eksekutif bagi pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Syura dan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.
Dalam hierarki kepimpinan, Presiden adalah jawatan peringkat kedua selepas Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am.
Secara langsung tindakan Presiden dipantau oleh Majlis Syura.
Meletakkan Tok Guru Nik Aziz yang kini sebagai Ketua Majlis Syura untuk bertanding jawatan Presiden dilihat sebagai satu penghinaan kepada beliau dan satu cubaan untuk merendahkan kredibiliti beliau sebagai Ketua Majlis Syura.
Sewajarnya pimpinan yang sudah duduk dijawatan yang paling tinggi tidak boleh diturunkan melainkan beliau mempunyai masalah kepimpinan.
Isu Pro-Muzakarah dan Pro-Pakatan baru-baru ini timbul dan menyebabkan ahli jadi keliru. Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang dijadikan sasaran selepas beberapa idea penambahbaikkan beliau ditentang secara membuta tuli oleh segelintir pihak yang bertindak mengikut kata hati bukannya akal. Luahan pandangan Presiden itu mahukan maklumbalas oleh ahli dan perbincangan yang meluas bukannya perlu dianggap sebagai keputusan beliau.
Malah baru-baru ini beliau dengan beraninya menarik semula cadangan Kerajaan Perpaduan setelah melihat ahli gagal menyambutnya untuk diperbincangkan secara ilmiah.
Ini sekaligus memberikan imej buruk kepada Pas kerana ahli-ahli dilihat seolah-olah bertindak membuta tuli bukannya dengan akal kerana apa sahaja pandangan yang diberikan terus dibantah tanpa adanya ruang untuk berdiskusi secara ilmiah.
Roh Pembangkang begitu tebal dalam diri segelintir ahli hingga menutup hati mereka untuk mendengar pandangan pimpinan. Bukan setakat BN sahaja dibangkang, pandangan murni pimpinan pun dibangkang. Jika kita enggan dengar dan bincang pandangan pimpinan, siapa lagi yang kita hendak dengar?
Jika hari ini kita tolak pandangan Hadi, esok lusa, Presiden lain naik dia juga akan tersiksa kerana sikap ahli yang tidak mahu berfikir dan menelaah ilmu sebelum membuat keputusan atau pandangan terhadap apa yang pimpinan luahkan.
Akibatnya, kedudukan Tok Guru Nik Aziz pula jadi sasaran seolah-olah beliau tidak sesuai jadi Mursyidul Am hingga perlu ditukar jadi Presiden bagi mengantikan Tok Guru Haji Hadi. Nampaknya ahli yang membuat keputusan pencalonan itu mempunyai masalah besar iaitu tidak memahami struktur kepimpinan dan keutamaan parti.
Ana juga difahamkan bahawa kawasan yang mencalonkan Tok Guru ini juga baru sahaja Bermesyuarat Agung setelah lebih 10 tahun tidak mengadakan mesyuarat agung. Tiba-tiba mereka muncul dan cuba buat havoc dalam parti.
Ya! walaupun baru, tapi tindakan luar biasa mereka itu mengemparkan ramai pihak. Adakah itu yang mereka mahu. Menarik perhatian orang lain terhadap suara minoriti mereka dengan membuat pencalonan yang luar biasa yang bagi ana sesuatu yang biadap kepada Mursyidul Am!
Kalau pun tak suka Presiden sekarang, calonkanlah orang lain bukannya pimpinan nombor satu parti untuk rebut jawatan nombor dua dalam Parti.
Mereka telah downgrade Tok Guru Nik Aziz dan sepatutnya mereka sedar perkara ini. Jika perkara sebegini dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti akan wujud pula kumpulan yang mencalonkan Presiden dari kalangan Calon Muslimat pula.
Nampaknya parti ini akan jadi haru biru jika kumpulan minoriti ini terus menerus dibiarkan memainkan peranan. Tapi ana yakin, cadangan mereka itu tidak akan diterima oleh Perwakilan lain. Itu gempak sahaja. Setakat ingin meriuhkan suasana Muktamar yang semakin riuh ini.
Herman-Ini adalah pandangan peribadi ana dan tiada kena mengena dengan Pemuda Pas Wilayah.
Pingback: Daily News About Cuba : A few links about Cuba - Thursday, 23 April 2009 19:35
Setuju sangat la Herman….tak paham dengan ahli parti yang tak paham perlembagaan parti…. bersepah orang yang tahu perlembagaan PAS tapi ramai jugak ahli PAS yang tak tahu perlembagaan PAS…. organisasi PAS pun tak tahu…yang depa kelam kabut nak jawatan saja…nak jadi hero kunun….
Salam
Sebenarnya disini saya pon musykil sikit dgn saudara Herman, didalam aritikel lain jarang plak ada nota kaki kat bawah posting ini pandangan peribadi.
Pandai sebut salah guna kuasa tapi sendiri mau ingatla.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Harta Peribadi ka ?
Berkenaan Artikel ini :-
Berkenaan dgn Unity Goverment, saudara amat arif dgn tugas/kuasa diantara Mursyidul Am & Presiden dalam menjalan strategi yg menguntungkan parti, dari segi bahasa pon dah nampak Mursyid tu hebat dah dari Presiden dari sudut bahasa syurga.
Bagi saya bila ada pandangan yg berbeza yg ketara antara 2 Tok Guru disini saya nampak Presiden melangkaui kuasa Mursyidul Am dlm mengatur strategi & menyebabkan musuh ada antara mereka. Comunication Error/Breakdown kat sini. Kes Muqabalah contohnya. Lebih Kurang.
Bagi saya Ir Nizar jd Presiden , 2 – Tok Guru Pimpinan Majlis Syura.
Bila orang reti agama penghalang tu banyak, dia dgn hujah dia + nas & sebagainya dok lawan bahas plak , last-last tak jd gheja, orang yg kurang nie nak belajar dan melaksanakannya melalui tunjuk ajar Mursidul Am.
Mursyidul Am sebagai penaung dan pengerusi Majlis Syura Ulama yang menjadi badan tertinggi dalam institusi PAS.
Tugas-tugas majlis syura Ulamak :
-Menghurai menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.
-Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.
-Mengawal, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik Ahli-ahli jawatankuasa Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.
adapun tugas-tugas presiden :
- Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang temaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang telah diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.
-bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat seta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu.
-Melantik Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS Negeri/wilayah persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
-Mengambil apa2 jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.
-Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
so dimana yang dikatakan Presiden melangkaui kuasa mursyidul am
Itu sebablah saya amat kesal dengan pas kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan TG Nik Aziz untuk jawatan presiden,nampak sangat tak faham dengan perlembagaan parti pas,saudara baca komen Nik Abduh,pas kawasan Bukit Bintang dan 7 kawasan yang lain yang tidak mencalonkan presiden,baca habis-habis perlembagaan pas,saya amat maklum ini disebabkan kawasan-kawasan mendapat saf pimpinan muka-muka baru yang terlalu ghairah,jangan sampai orang munafik/ sb masuk dalam saf pimpinan sudahlah.tk
Alhamdulillah.. Terima kasih atas peringatan yg saudara-saudara berikan. Moga Allah memberikan hidayah kepada ahli dan kepimpinan serta menyelamatkan parti / jemaah Islam daripada anasir-anasir yang boleh mencemarkan dan melambatkan kemenangan Islam. Takbir!