Oleh Datuk Mahfuz Omar
Ketua Penerangan Pas Pusat
Demi ’survival’ politik, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sanggup mengadai kepentingan agama Islam.
Keputusan kabinet yang membenarkan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama merupakan petanda jelas Umno sanggup mengadaikan agama semata-mata kerana mahu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Melayu.
Selama ini Najib dan pemimpin Umno yang lain sering menuduh PAS mengadaikan agama Islam bila bekerjasama dengan DAP tetapi keputusan kabinet itu membuktikan sebaliknya.
“Ini bukti bahawa yang mengadaikan agama Islam untuk kepetingan politik adalah Umno bukan PAS kerana kita (PAS) komited dengan perjuangan menegakkan Islam.
“Mereka (Umno) menuduh kita (PAS) mengadaikan agama di Perak bila memberi tanah kepada penduduk Kampung Baru yang terdiri masyarakat Cina dan juga kepada sekolah Cina sedangkan apa yng kita lakukan itu adalah demi keadilan yang dituntut oleh Islam,”
Keputusan kabinet itu bertentang dengan pasal 12(4) perlembagaan persekutuan yang mengizinkan salah seorang ibubapa menentukan agama anak.
Ini menafikan hak bapa atau ibu untuk menentukan agama anak-anak mereka jika berlaku perpisahan.
Keputusan kebinet itu mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan untuk memberi perlindungan terhadap orang yang menukar agama.
Saya juga ingin mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Mohd Khir yang dipertanggung jawabkan menjaga hal ehwal agama Islam agar segara tampil membuat pembelaan dalam isu ini.
Pada 23 April lalu, kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada tarikh tersebut.
Difailkan dalam: Isu Politik, Isu Sosial, Keluarga&Masyarakat, Kenyataan Media, kenyataan




















Diharap isu penukaran agama ini tidak dipolitikkan, kerana ia lebih kepada peribadi seseorang. Banyak perkara yang perlu dijelaskan dan isu ini berbau emosional. Perlu dapat fakta yang lebih jelas dan yakin dari dua dua belah pihak. Saya tidak mahu komen tanpa mendapat berita penuh.
PAS perlu mengambil penuh konteks Perlembagaan dalam isu ini, jika dari konteks keagamaan mesti ada percanggahan.
Sama seperti kita melihat kes Zambry Vs NIzar, peluang untuk menang kes ini lebih nyata jika kita berpandukan Perlembagaan. KIta tidak boleh menang dengan emosi sahaja, perlu ada fakta yang jelas.
Untuk kes kenapa tidak PAS mahu melihat dari sudut Perlembagaan. Ini bukan kes, menidakkan Islam sebagai agama rasmi, tetapi remedy, adakah PAS pun beranggapan tidak ada jalan penyelesaian langsung untuk non-Muslim dalam kes ini?
Ini jika ada konflik of interest, baik isu ini tidak diperdebatkan oleh PAS, biarkan ia sebagai masalah individu. Saya faham susah untuk PAS untuk mengimbangi pegangan dan fahaman Islam PAS dan mencari jalan tengah untuk Non-Muslim.
Terpulang lah untuk PAS jika mahu kisah sangat pasal masalah non-Muslim. Saya selalu ada tanggapan orang politik semuanya sama, kejap boleh, kejap cakap tak boleh.
Saya setuju bukan kabinet yang menentukan, sepatutnya Mahkahmah, tetapi mahkamah mana satu.
Hakim Mahkahmah di Malaysia tidak pernah memberikan pertimbangan yang wajar untuk kes kes seumpama ini. Rekod perundangan kita untuk mana kes-kes high profile yang lain pun tak pernah ada keadilan dan pertimbangan. So, jika keputusan kes ini berat sebelah, PAS akan kata ok ke?
Jika PAS dengan PR, memerintah Malaysia, apa tindakan menangani kes seperti ini?