PPIM mahu Kerajaan Pusat laksanakan Projek Ladang Babi Moden Seperti Di Selangor

Tinggalkan komen

April 29, 2009 oleh HermanSamsudeen


PPIM: Segerakan sistem ladang babi moden

pig farm and dirty riverMalaysiakini – Ekoran  merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.

“Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka,” kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin.

Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut.

“Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus dan mencemarkan alam sekitar, telah mengunding pelbagai kesan pencemaran pada alam sekitar dan risiko pelbagai penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap ‘tidak berkaitan’, hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya.

Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan.

PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini.

“Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi,” kata Noor Nirwandy.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 78 other followers

April 2009
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Arkib

Categories

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 78 other followers

%d bloggers like this: